sticky post

lagu yang dimainkan di blog ini adalah lagu favourite writer tika writer dalam kegembiraan dan juga kesedihan. sesiapa yang tak senang mendengarnya, sila slow/ mute kan speaker anda. terima kasih.

scroll down for new post :)

20121231

Selamat datang 2013

Assalamualaikum ;)




Semoga semuanya berjalan dengan lancar
apa yang dihajati dimakbulkan olehNya..
dan Iman sentiasa bertambah
In Shaa Allah


Aminnn...



20121230

Alhamdullillah

Assalamualaikum..

habis sudah beban yang lama diletakkan di atas kepala..tinggal sedikit sahaja full report! after that, im gonna be like bird! terbang bebas tanpa sedikit pon bebanan..lepastu boleh lah rehat sekejap! dan mencari kerja..ye, mencari kerja! untuk kahwin! yeayyy kahwin! *joke* cari yg halal, beli asset, enjoy with kawan kawan..last baru fikir kahwin! kumpul harta mana yang boleh. bagi mak abah makan dengan hasil titik peluh kita. bantu adik adik macam mana mak dengan abah buat. tu hajat besar aku after belajar nih. semoga tuhan membuka pintu rezeki utk aku dan menetapkan jodoh yang terbaik untukku. aminn...




saya tak puas lagi enjoy dengan mereka di bawah!




muka selepas VIVA..ni lah group VIVA aku di bawah 1 advisor..nampak tak kereleasan tension di situ? yeayyyyy!
thank you so much miss! banyak sgt membantu. dari kami zero sampai boleh paham segala galanya.
atas dari kiri : nabil, daniel, irwan(bacak)
bawah dari kiri : nini, nadia(saya), miss nadia nurul najwa(advisor), leyha, syuhada, nia.




mereka kebahagiaan saya, kini dan selamanya.... walaupun pernah bergaduh,sakit hati sesama sendiri. itulah kawan! give and take itu wajib. semua ada kekurangan. love u all damn much! im gonna miss u all :')


ini sahaja dulu. ada lagi yang nak di update pasal mereka. banyak! sebab tengah mengedit full report, masa menjadi halangan setakat ini.




see ya for the next update!


terima kasih sudi baca ^^



20121217

Ajari aku





hanya Engkau yang bisa 
hanya Engkau yang tahu
hanya Engkau yang mengerti
semua ingin ku....


#Ya Allah datangilah 'Engkau' dalam diri ini :')

AJARI AKU TUK BISA MENCINTAIMU..


20121212

12/12/12. Rain. R&R.

Assalamualaikum^^

harini 12/12/12 kan? kan kan? how sweet tarikh ni kan..nak kata nikah, rasanya takde orang buat sbb hari bekerja. so mestilah tertumpu pada bayi yang dilahirkan harini. alololololo. bestnya kalau aku melahirkan baby tarikh secantik ini. hoi hoi hoi! *berangan*

harini sumpah aku busy gila. seriously. dengan invoicenya berlambak. heran jap. bila aku takde keje, tak ade lah invoice nak datang berlambak macam tu. bila boss bagi keje tadi, kemain ramai orang hantar invoice kat atas tray aku. hurrrrrr..busy makssss tau. berpeluh peluh tangan nak siapkan. sabar je lah jah oi.

ha tadi dok busy tengok pc pastu tengok kertas dengan nombor nombor yang kecik kecik kecik tu. damn gila. boleh buta aku. tengah tengah khusyuk dok check payment vendor, masuk pulak email.

"makan luar jom"

aku yang tengah stress tu terus reply cecepat reply.

"ikut jeeeee..kalau ada orang nak bawak" *ceh ayat kesian*

yang di cc kan pun reply jugak.

"R&R jom! nasi ayam..nasi ayam sambal ke nasi ayam pedas" *menu popular kat R&R tu.*

aku pun dengan lahapnya.

"dua dua! lapar nihhhh! haha" *end*

tepat jam 1, kami pon keluar office. hoyehhh lapar gila masa tu. sebab banyak keje dalam office tu, bila keluar, dapatlah release tension sikit kononya. kalau tak keluar, lepak je la kat cafe bawah tu mengadap muka muka yang sama. ngahngahngah


sampai je R&R tu, tetiba tekak nak makan lain. ceit! mee rebus jadi pilihan. nasib sedap! kalau tak mau aku keciwa dengan keputusan drastik perut aku =___='

lepas makan tu, macam biasalah dok borak borak dengan mereka alkisah office tu. sekarang, benda yang baik buruk semua aku tahu. tapi tak lah semua sebab baru 2 bulan je dengan dorg kan. mestilah tak habis cerita lagi. tetiba, hoihhhhhhh! hujan turun lebat hoi. jum balik, harini "boss i ade okehhhh" dorang tahu sangat perangai boss aku tu. so dorang gelakkan. foineeee. tak guna. berlari lari anak la ke kereta mengharungi hujan. basah!

aku terus p berlari ke kereta. sumbat diri aku dalam kereta tu. aircond kereta pulak rosak. huishh mmg kabur cermin. tak boleh bkk tingkap sebab huja. heater kereta pon lambat panas. memang masing masing bertungkus lumus tolong mengelap cermin sebab taknak bagi kabur. aku yang dok belakang pon dengan tiba tiba pergi lap cermin tepi tu. sengal. hahaha. masa dorang tengah kabut kat depan tu. memang sempat lah jari jemari aku keluarkan handphone than snap gambar kabut mereka tu. kihkihkihkih..


inilah mereka yang aku dok cerita tadi tu. kabut dengan hujan lebat! haha

kene pulak dengan tarik 12/12/12..so sweet balik office dengan basah basah..gituwwww



terima kasih sudi baca ^^





20121202

#kepintubahagia

Cerita yang memberi sedikit kesan dalam hidup. Betul, bukan senang nak memaafkan orang yang telah melukai hati kita. Sangat susah sehinggakan kadang kadang wujudnya dendam dalam hati. Quote yang terbaik dan sangat setuju dengan kata kata dari cerita ini.

"untuk mencari kebahagiaan sebenar, maafkan diri kita,dan memaafkan diri orang lain"

Ya. Itulah yang aku pernah lalui. Berat. Berjaya ku tempuhi. Alhamdullillah :')



Terima kasih sudi baca^^

#via blogapps

20121129

best. enjoy. me. happy.

Assalamualaikum..

oh hye! fuhh. yes! im very tired today. really. serius. and shit. ahah! macam ni. rasanya dah berhari jugak me tak duduk kematu kat office tu. why? because you know kan. nak akhir tahun dah. so the beban comes to me! put all the beban on my shoulder. haih. tapi takpe, me enjoy gila. sebab badan sihat dan otak tak beku dek kene aircond yang sejuknya kemain tu. hiks!

me sekarang ditugaskan di warehouse port tu. barang dalan warehouse tu toksah la nak cerita. kalau jatuh atas kepala, memang hancur berkecai lah kepala tu. mana tak nya, spare part crane semua dalam tu. hoih. but like seriously. work with man is big different compared with woman. kerja dengan mamat mamat or pakcik pakcik best! mereka sgt kelakar dan mereka kerja bkn dengan emosi. dah beberapa hari ni serious aku rasa tenang dan enjoy even kerja menggunakan kederat. yg bestnya, abg me turun di lokasi and pesan kat kawan kawan dia suruh jaga me. hiks! so sweet my bro :')

esok sambung lagi bekerja. mereka itu terdiri dari engineer,mantainance, and mereka so sasa! boleh jatuh hati tau dengan kejantanan mereka. awwww! ahah. okay,me dah start mengarut. haha. that all..will be update if me have time to visit this blog. heh!

*so many typo right? sorry, update guna fon. keypad kecik cam harommm. nak edit,tapi malas! i know u alls genius and paham ketypooan me tu..kihkihkih..adiosssss

20121121

Sakit dan Pembersih Dosa

Assalamualaikum^^

pernah sakit? mestilah pernah kan? marah tak bila sakit? mestilah ada sikit mengeluhkan? biasalah, manusia kan.. siapa yg suka sakit. alang selsema sikit je dah mula mulut macam langau.

pernah tahu sakit itu adalah pembersih dosa dosa kecil kita? mungkin juga dosa besar. mana tahukan. itu semua kerja yang maha Esa.

ya, sakit itu pembersih dosa jika kita ikhlas. namun jika kita tak ikhlas, jesteru itu akan menambah dosa kita. oleh itu, jauhkan dari mengeluh dan sebagainya. sebaliknya ucaplah alhamdullillah dengan ikhlas ;) bila hati mula nak mengeluh, istighfar la banyak banyak dalam hati.



"Dan apa sahaja musibah yang menimpamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkanmu sebagian besar (dari kesalahan kesalahanmu)", QS As Syura 30



kawan kawan pembaca sekalian, sesungguhnya tanda tanda kiamat kecil sudah boleh dikatakan lengkap, bila lagi nak berhijrah kearah lebih baik kalau bukan sekarang. jum bersama sama kearah lebih baik. mari kita mencari hidayah Allah bersama sama. In Shaa Allah. dengan hati ikhlas, mungkin kita akan jumpa jalan mudah. berdoa. itu adalah senjata umat Islam. dan yakin Allah bersama kita ;)


terima kasih sudi baca^^

20121119

Selamat hari lahir

#TextCutie via mobile



ada angin tolong layangkan. terima kasih angin ;)

Let it go

Assalamualaikum ;)







please love your self, away from hurts :)

20121114

Catatan baru

Assalamualaikum..

Alhamdullillah. Awal muharam disambut dengan keberkatan dan rahmat. Titisan air mata turut terlerai ketika baca doa penutup. Hati sebak sedang aku sendiri tak tahu kenapa. Mengenangkan dosa yang tidak terampun rasanya. Sungguh banyak dosa diri ini. Hujan di luar renyai sejak petang tadi. Rezeki. Semoga hijrah tahun ini lebih bermakna. Catatan lama telah diangkat. Kini catatan baru sudah mula dicatit. Apa yang perlu buat, kurangkan dosa. Make it minimum as you can. Tahu banyak dugaan. Nafsu tidak terkawal. Tapi atasilah dengan akal yang ada. Maafkan aku yang khilaf ini. Wahai dosa,pergilah kau dari hidupku. Semoga cahaya kali ini lebih terang agar aku dapat mengikuti dan merasai cahaya itu. Salam MAAL HIJRAH semua. Berubahlah selagi ada masa sebelum kematian menyambut. Aminn.

*nasib ade application blog dalam fon. Mana mana je boleh update as now ;)

20121108

Adakah masih?



sungguh besar maknanya bagi yang bermakna :/

20121107

makian bertalu talu

aku marah sangat harini. terlampau marah. selama aku berpraktikal, harini aku rasa hari makian aku paling banyak sekali dalam hati. fuck! hey hey hey! kau jangan ingat kau dah tinggi kau bagus? tinggi tinggi kau tu **** je kot. aku memang tahu aku ni praktikal, tapi aku bukan kuli batak kau. paham? ikut suka kau nak marah depan orang lain. kau tu lagi berpengalaman sepatutnya kau lagi tahu jaga hati orang bawah kau sebab kau pun pernah jadi orang bawah kan? apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku? aku pun tak paham. dengan orang lain kau bukan main lagi baik lembut senyum. dengan aku kau buat muka babi. apsal? sebab aku praktikal? fuck off kalau macam tu. kau pon pantang nampak aku bergaya sikit kan. mulalah kau nak jeling jeling aku pakai apa kan? apsal? sebab aku ni praktikal aku akleh bergaya sikit dari kau? macam tu? memang sial lah kau kalau kau mcm tu. kau pon bukan reti bergaya mana pon. memang mulut aku jahat. mulut aku jahat pada orang yg macam kau. MACAM KAU. paham. aku benci kau weyh sebab kau bajet bagus. hoi CEO pon senyum lah dengan aku! omputih tempat aku lagi tahu jaga hati orang dari orang macam kau. pehh memang lepas ni memang takdelah aku nak tunjuk muka senyum aku dekat kau. kau ingat kau je boleh serius? memang tak! kau tak tengok lagi aku cane. memang takde aku nak tunjuk muka kecut aku dekat kau. sebab kau dah mula nak pijak aku. tolong jaga air muka orang sebelum air muka kau pulak jatuh dibuat dek orang. cilanat!


20121105

Kerna separuh aku dirimu

Assalamualaikum^^

starting u alls mesti tak suka dengar lagu ni. sebab starting tak berapa mantoppp.sila fokus pada chorus. layannn woh!



disebabkan tukar nama dari peterpan kepada NOAH..aku suka balik. lagu lagu dia adalah jiwa aku.


P/s sesiapa yang nak play dari blog ini, sila mutekan lagu Kenny-G di bawah ye. terima kasih


terima kasih sudi dengar^^

20121023

FosterThePeopleHOUDINI


 Assalamualaikum^^

oh please dengar lagu ni. first time aku dengar terus macam nak menari. aku tak tahu asal mana group ni. tapi boleh tahan comel..silalah dengar. tapi macam biasalah kan..bila jenguk blog ni kene mute/pause kan lagu Kenny-G dibawah tu ye;)



enjoy the lirik..yang aku bold kan tu maknanya aku suka lirik tu..kihkihkih

Song Title: Houdini
Artist: Foster The People


Rise above gonna start the war
Whatcha want whatcha need whatcha come here for
Well an eye for an eye and an F for fight
Takin me down as the prisoners riot
Got shackles on, my words are tied
Fear can make you compromise
Fast enough it’s hard to hide
Sometimes I want to disappear
When I feel kinda bad and I’m all distressed
Pass it off on a better day
Well you got whatcha want whatcha never knew
Perfect gift from me to you
Got shackles on, my words are tied
Fear can make you compromise
Fast enough it’s hard to hide
Sometimes I want to disappear
(Raise up to your ability)
You never knew that I could find
What could come when we realize
The sun won’t stop with the compromise
(Raise up to your ability)
Can’t stand while I disappear
Run around before i’m filled with fear
Like a glue cause my life is filled with red
(Raise up to your ability)
I know that you wanna throw me into the sea
For my ability
(Raise up to your ability)
Yeah you’re undecided
Yeah I just want to leave it
Yeah I’m gonna wanna runaway
Focus on your ability
Focus on your ability
Now focus on your ability
Focus on your ability
Gain again what they want to steal
Gain again what they want to steal
Gonna gain again what they want to steal
Gain again what they want to steal

  





terima kasih sudi dengar :)



20121020

Dari cucu untuk granny

Assalamualaikum..

pagi pagi dah dapat satu task..demi granny kesayangan aku..aku tak kisah..tak kisah..janji granny sayang aku. kalau nak tahu, aku untung ada sorang granny yg sangat wow! pagi pagi dah kejut aku subuh..ayat dia hari hari sama..walaupun granny jauh, aku rasa macam dia dekat sangat dengan aku..masa kejut waktu subuh, "nadia...bangun..nadia sayang, bangunnnn..NADIA BANGUNNNNNNNNNN!" homai..kalau telinga aku tak tahan dengar, mula mula aku snooze..lama lama aku stop kan je..kihkihkihkihhhh..maaf granny.

my granny name is SYAHIDA ASZHARI..yeayyy..u olss can call her shed,eda sya,deda sya and of course granny. dia garang..sampaikan cucu dia yang lain tak takut dengan lecturer, tapi takut dengan dia. what the chicken foldover..hewhewhew..tapi actually, garang dia tu buat buat je.sbb dia manja sebenarnya. the only girl kan rumah lah katakannnn..kan kan kan.. *granny angguk* hihihihihihi

granny saya manis, cantik, kelakar, bising and kecoh..what? nak tgk my granny? sekejap! nnt aku jamulah korang dengan gambar granny ye..and she is the one of my badutsssss. walaupun granny call me hipokritos, its okay sebab orang kata tak baik meninggi suara dengan orang tua..berdosa..so biarlahhhh.. *kalau granny kat depan, memang berbakul la makian aku kene telan* muahaahahah..maaf lagi sekali granny.

oh granny setelah berbulan tak jumpa, semalam terlepas la rindu sekejap. sekarang dah rindu balik tahu? eh bila semalam dpat pelukan ikhlas dari granny, ohmai..aku tahu granny sygkan aku walaupun dia tak tunjuk..tapi granny selalu tak fair bila tang kuih batik! dia selalu lebihkan cucu yang lain. takpe granny, takpeeeeee..cu akan tuntut lain kali!

permintaan dari cu buat granny tersayang...bila nak bagi atok untuk cucu cucu? granny kata jodoh berubah mengikut lokasi..pastu granny kate dah dapat anak tahun 2015 kan? maknanya 2 tahun dari sekarang jodoh granny datang! yeayyyyyyy! aminnnn..hikhikhikhik..igt! aku ngan cucu yang lain nak jadi flower girl..nak rebut bunga! tawwwwwww

mesti semua nak tahu kan who is my granny aka my friend aka my badut...taadaaaaaaaaaaaaaaaaaa


                                                             MEET MY..........



shes hotttzzzzzz



shes the only girl and shes superwomannn ;)



celebrating shes birthdayyy with shes cucu..kihkihkih



shes sporting! muaxssss



ohhhh shes really beautyyyyy.. *bangga*



my granny ever! cutey and pretty!



ikhlas for Syahida..i hope our frienship will never end..walaupun mu di KL me di JB. even kau kecoh, aku syg kau..even kau membebel, tu buat aku igt kau..kihkihkihkih.. LOVE U..dari kami your friend aka your cucu everrrrrrr~


sudah termeterai janji kuuuuuuuuuuu~ hehehehehehe



terima kasih sudi baca^^










20121014

pandangan bertaut kembali setelah bertahun lamanya hilang!

assalamualaikum^^

niat diri dengan mambawa laptop dan kertas kertas yang diconteng untuk meneruskan thesis yang dah seminggu tak disentuh. buka laptop, nampak google chrome *em tengok tuiter jap lah* lepas dah check, *em tengok facebook jap lah* dah siap berkomen komen dengan peminat *mampus situ* terus lah otak tiba tiba teringat dengan kisah yang berlaku petang tadi.....................*terbayang* oh so sweetttt..

alkisahhhhhh

em macam ni..teman la mak pegi kedai. hantar adik pergi gunting rambut sekali. lepastu sementara tunggu adik, mak kata nak pergi kedai dulu beli barang dapur sikit. sebelum tu pergi tuang minyak dekat petronas. *detail sungguh kau jah* then teruslah menuju ke supermarket berdekatan. mak tunggu dalam kereta. so terkedek kedek la aku keseorangan mencari barang barang dapur kat supermarket tu.

 first yang aku amek tepung gandum. lepas ambil, aku terus la keluar dari lorong tepung tu. masa nak keluar dari lorong tu, uish lagi sikit nak bertembung dengan sorang mamat ni. nak terjatuh tepung aku. bila berpaling ke wajah dia, oh my crushhhhhh! muka dia pun agak terkejut tengok aku. masing masing speechless..hanya merenung wajah masing masing. dan akhirnya bertukar senyuman.aku terus ke kaunter.

dalam hati berdegup kencang. mana tak nya jumpa balik crush dulu. Mr S.. dulu masa diploma mesej non stop. dengan ber ym, dengan ber friendster. ahh teringat semua memory. dengan kejutan raya. tiba tiba crush call cakap nak datang rumah. berpeluh jugak masa tu sbb nervous. kihkihkih..

masa tengah bayar tu aku nampak yang dia juga sedang perhatikan aku untuk memastikan betul ke tak tu aku. aku siap berlakon buat buat tak nampak. bukan sebab sombong, tapi segan..hampir 4 tahun lost contact macam tu je. pertemuan tak dijangka kami diatur kembali. masa aku masih dikaunter, dia makin hampir dengan aku sebab nak amik air dalam fridge belakang aku. dengan amek pulangan baki dari cashier, aku pun keluar dari supermarket tu.

bila sampai je rumah, teringat pertemuan tadi..dalam hati, marah pada diri sendiri. marah kenapa? marah sebab kenapaaaaaa lah tak tegur je tadi. menyesal! haish..kalau tak mesti dah bertukar number telefon. kan Mr S kan! si hensem crush aku dari sekolah! haihhhh..lepas rasa menyesal tu, pergi kedapur konon nak luahkan dekat mak. nak tahu mak jawab apa? mak kata "kenapa tak tegur je, kau pun satu" haihhhh bertambah penyesalan tadi.

takpe..rumah tak sekangkang kera sebenarnya..jalan kaki pun sampai. tapi disebabkan 4tahun lamanya tak contact, tetiba rasa janggal tu muncul antara kami. my friend cakap, kalau ada jodoh,mesti jumpa lagi. tak kira lah jodoh untuk berkawan or jodoh untuk lain. sebab dunia ni kecil sahaja. dan my friend siap pesan, jangan lupa senyum dan tegur bila jumpa balik. yes! i'll do!

tadi pertemuan kita ditentukan oleh Allah. kalau Allah nak temukan lagi, insyaAllah kita jumpa kembali ye ;). i really miss that moment time kita berhubung 4 tahun lalu. kita jadi kawan rapat kan time tu. ingat tak? sweet nyaaaaa :')

sekian luahan....



terima kasih sudi baca ;)


20121004

Bahagia

Ya Allah, tuhan je tahu betapa bahagia dahku saat ini..kawan kawan, family..tu semua dah cukup. Kebebasan tanpa ikatan adalah kebebasan yg mutlak buat diriku. Berdamping denganMu di tikar sejadah juga punca utama aku bahagia. Tiada musuh dalam hidupku. Biarlah yang lepas..disetiap kesukaan pasti ade terselit kebahagiaan. Yeahh..my close fren kebanyakkan dari boys. Why? Because they selamba..kihkihkih..then ade je ikot my officemate mkn  diluar. Aku sorg pmpuan bersama 4 officemate lelaki. Ohhhh. Keje gila. But dorg sumpah fun! There are what we call happyyyyyyyy. Im like burung yg bebas di udara! Miss all the moment. Especially segamat terindah!

Terima kasih sudi baca ^^

20120926

Hilang sudah masa itu.

Assalamualaikum^^

hello readers (eh ade ke?)..oh hye blog. sudah lama kiranya diri ini tak menjenguk blog. aku letih. sobs. aku penat. sobs. balik balik dah lepak. satu keje pon tak boleh nak buat. hampeh betul masa aku sekarang. kalau keje betul betul macam mana lah kan.kalau ade suami, ade anak..memang mati kebulur lah gaknya mereka tu. tak senonoh.

dah hampir 3 minggu di alam realiti. baru kau tahu macam mana suka DUKA kan? haaaaa..dulu kalau tengok tv berangan nak kerja dalam aircond, berangan nak kerja duduk mengadap komputer sampai keras punggung. kan? sekarang? hambek kau. mana masa lepak lepak? mana masa yang tangguh tangguh buat kerja? mana? takde dah kan. dushhhh! *tumbuk diri sendiri sebab tak boleh nak manjakan diri lagi*

sekarang arahan kene ikut, masa macam dah di tetapkan. kerja buat kene on time. sebab kalau nak sambung buat besok, tak ke keje untuk besok dah jadi bertambah? gosshhhhhhh. serius tak suka! tapi takpe, bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. kenal lah kau dengan kerja puas puas. dan alah bisa tegar biasa. dah lama lama biasalah kan. cuma nak biasakan tu amatlah susah. dussshhhhhh *lagi*

hmmm nasiblah semua officemate baik baik belaka. akak akak semuanya. peramah semuanya. cuma ada bataslah aku nak bergurau. yela kan. kalau dengan kengkawan kelas, main seloroh je aku bercakap. kalau kat tempat kerja pon aku nak hentam macam dekat kelas/dengan kawan kawan, memang tak dapat la jeppppp hoiiii~ elak muka kene baling je la dengan fail fail yang berlambak dekat office tu. kuikuikuikui..

dulu masa kelas boleh balik awal. kalau kelas habis pukul 10, 9.30 je masing masing dah tak sedap nak duduk kan? kalau habis kol 9, masing masing dah yeayyyyy! sekarang hade ke nak yeay lagi? boleh ke bos cepatkan masa suruh balik? takde kan..selagi tak pukul 5/5.30 takdenye nak bangun dari kerusi. betul tak? masa disiapkan dengan siapkan kerja sbb taknak tertangguh esok. sedihnyaaaa.*sambil diiringi music kenny G* tapi itulah realiti. nak tak nak kita kene lalui. arrgghhhh!

hilang sudah kan masa masa ketika student dulu. bukan student?! ye ye student lagi. i mean macam kat kelas, kat kolej, kat rumah sewa. masa masa tu dah takde. T_T sedih hoi. saat saat ni terkenang bila kerja tengah berlambak/tengah boring dalam office. masa tu lah baru nak hargai semuanya. seriously. tak percaya tanya kawan kawan saya. haaaa..hati depa sama dgn hati saya. doakan kejayaan bersama ye!

semoga semuanya berjalan lancar sehingga aku mengenggam segulung ijazah lagi sekali..selamat berjaya semua. selamat berjaya rakan rakan seperjuangan! i really miss u guys!


muahhhhh XOXO




terima kasih sudi baca^^

20120917

ROBERTA FLACK killing me softly

kenapalahhhh lagu ni menjadi pilihan dahku di saat ini. tapi serius enjoy dgr lagu ni. tenanggggg je jiwa dahku dengar music dia.. killing me softly babe!






Strumming my pain with his fingers
singing my life with his words
killing me softly with his song
killing me softly with his song
telling my whole life with his words
killing me softly with his song

I heard he sang a good song, I heard he had a style
And so I came to see him to listen for a while
And there he was this young boy, a stranger to my eyes

I felt all flushed with fever, embarrassed by the crowd
I felt he found my letters and read each one out loud
I prayed that he would finish but he just kept right on

He sang as if he knew me in all my dark despair
and then he looked right through me as if I wasn't there
But he just came to singing, singing clear and strong

:')


*p/s  kalau nak nyanyi/karaoke di sini, sila pause kan kenny G di bawah. menggangu. terima kasih.

20120910

hari ini bermulanya episod baru. Internship. Day 1.

Assalamualaikum..




nampak tarikh kat atas tu? *lepas dok cop invoice, sempat pulak aku cop buku note aku ni. kihkihkihkih. nampak tak keboringan di situ? boring sampai lebih 10kali menguap. *my friend alan suruh mention. 


okay, harini, bertarikhkan tarikh di atas, bermulalah kehidupan as a practical student *kegedikan ayam*. oh oh ohhhh. penat! penat bukan sebab penat kerja, penat sebab tadi satu hari aku diam. diam seribu bahasa. agaknya kalau budak budak kelas aku tengok aku tadi. mati hidup balik pun dia tak percaya tu aku. okay fine -_-"

semalam dengan niat nak tidur awal. pukul 10 dah naik bilik. pukul 11 nekad nak tidur. tapi tak boleh tidur. okay takpe. bagi muka lagi dekat mata. biarkan dia nak terbuka. buat buat kemas bilik lepastu borak borak dengan adik. pukul 12 nekad dengan kedua kalinya nak tidur. tak boleh tidur juga. okay fineeeee~. lantak lah mata ni terbuka sampai pukul 1. sobs sobs T_T. tapi tah macam mana tiba tiba dengar alarm. hoihhhh! bila masa tidur pun tak tahu. mata dah macam ada batu bata. bila ngadu dekat mak, mak jawab. tu lah biasakan lagi tidur lambat =,='

tepat jam 8am. terpacaklah aku depan bangunan PTP. perut macam ada rama rama, lutut goyang. masuk je building tu jumpa receptionist. ku sangka amoi, tapi tidak. melayu kita. putih kemainnnnn~ oh praktikal ye? boleh saya mintak ic? nanti saya bagi awak pass masuk. *bagi ic* miss sila tunggu sebentar ye... sambil bosan dok menunggu tu. sempatlah tangan yang gatal ni snap picture. 


laluan masuk. semua pintu masuk nak berscan. surau pun. nasib toilet tak. sigh..


tunggu amoi tu panggil. saje nak nampakkan yang colour purple tu sebab UiTM sentiasa di hatiku :') hewhewhew

bila naik je level 1, jumpa HR..oh kemain baik lagi dia. lembut. terasa dimanjakan saat itu. briefing 5 minit. and then dia terus hantar ke department saya. department finance.

yang sweetnya tadi, my classmates mesej. *tak perlu mention siapa. bertubi tubi mesej masok. pada waktu yang lebih kurang sama. memasing bagitahu dan tanya perihal masing masing. sweetkan mereka? ohh rindunyaaaa mereka. :') GOOD LUCK everyone!




inilah dia department finance. 1 level khas untuk finance sahaja. inilah ruangannya. *ni pun curi curi snap, malu kalau orang tengok. nanti tak pasal orang cakap jakun. tapi dia tak tahu aku ni kaki blogging. kihkihkih




alu diletakkan disini. ini mejaku untuk hari ini. esok aku dipindahkan ke meja sebelah. SEBELAH SAHAJA.


tadi jarak dekat.ni jarak jauh sedikit.




muka buruk. kihkihkihkih.. kau hade? selain ic dan lesen, ini nyawa ketiga aku menggantikan kad matrik UiTM. kalau takde ni, memang satu pintu pun tak dapat masuk kecuali pintu surau. sigh -_-"



memang saje nak nampakkan colour purple tu. semua dah tahu kan sebab apa? ok dah.


diary harian yang akan ku isi luahan hatiku. eh? ni buku kerja lah!


fuhhh..tadi aku dah beri pass masuk, username and password for my own computer. tu maknanya besok bermulalah kerja. esok nadia dah boleh buat account receivable. nanti akak ajar ye? *gulp. buat je la kan. dah takde dah nak manja manja tangguh tangguhkan kerja. takde nak gedik gedik lagi nak malas malas.    hukhukhuk. ni lah realiti. nak tak nak kene bertahan selama 5 bulan. lama!

semoga semuanya baik baik sahaja. aamiin(Ya Allah, kabulkan doa kami) *post from my friend, KD..bergunakan amin u? ;p

dah pukul 10. jom tidur!




terima kasih sudi baca :)







20120908

Di Penghujungnya

Assalamualaikum...

why this song? errrmmmmm maybe i think this song and the lyrics is really suit for me...



Bila setiap tutur kata yang kita ucapkan
Lebih menyakitkan sayang
Tiada akhirnya bertengkar dalam kecewa

Mungkin perasaan cinta yang dulu dibangga
Kini sudah hilang sayang
Janganlah cuba memaksa hati yang tawar
Tak guna lagi
Engkau dan aku
Berpura pura masih bersatu
Sedangkan dua
Muka bertentangan
Suatu penyeksaan
* Tak guna lagi
  Untuk ku terus
  Berpaut janji
  Yang telah lupus
  Perjalanan kita
  Mungkin sudah tiba
  Di penghujungnya
Mungkin perasaan cinta yang dulu dibangga
Kini sudah hilang, sayangg
Janganlah cuba memaksa hati yang tawar
* Ku doakanmu dapat ketemu seorang insan yang lebih baik dariku
  Doakan aku dapat ketemu cinta yang lain untuk menemani hidup
Tak guna lagi
Engkau dan aku
Berpura pura masih bersatu
Sedangkan dua
Muka bertentangan
Suatu penyeksaan
*doakan kebahagiaan masing masing ye awak. mungkin jodoh kita sampai sini :(


20120907

tersenyum dan menangis

Assalamualaikum^^

lagi kata kata mutiara....


senyumlah kembali pada mereka yang bersedih. senyumlah walaupun hati membuku sedih. senyum adalah terapi pada setiap masalah.





terima kasih sudi baca^^

20120906

siapakah dia

Assalamualaikum...

di petang yang indah. aku duduk berteleku di jabatan gantung yang agak usang. melihat alam sekeliling. penuh kehijauan. tenang. bunyi deras air sungai yang mengalir. dingin. sejuk mata memandang. 

sedang aku meneliti keindahan alam, terhenti pandanganku di suatu sudut. seorang manusia sedang duduk memeluk kakinya. pandangan ku terus terhenti kearahnya. batu dibalingnya ke sungai satu demi satu. banyak persoalan yg sedang melanda di fikiranku. balingan batu tadi terhenti kerana tersedar dia diperhatikan olehku.

senyuman ku lemparkan padanya. senyuman dibalas dengan senyuman berserta lambaian. aku kembali memandang komputer ribaku. meneruskan apa yang aku taip seketika tadi. seketika, pandangan ku kembali ke arahnya. kakinya di labuhkan kedalam air sungai yg jernih mengalir. "ish best pulak macam tu". detik hatiku.

pandangan kembali ke komputer ribaku. sambung menaip. kerja yang aku perlukan siapkan dengan segera. "ahh malas". hatiku menjerit halus. sesekali pandanganku kembali kearahnya. dia masih ada. masih! masih dengan renungannya pada air yang mengalir deras itu. oh apakah dia fikir ketika ini. hatiku menggumam.

sedang aku khusyuk dengan kerjaku, aku dikejutkan dengan balingan batu. balingan batu dari arahnya. ya dari arahnya! aku kerutkan dahi kearahnya petanda yang aku tak faham dengan tindakannya. "nadia! aku balik dulu!". dia menjerit halus kerana melawan bunyi derasan air sungai yang mengalir. "okay okay". balasan ku. mataku mengekori langkahnya meninggalkan tempat itu.

sehingga bayangnya hilang dari pandanganku, aku terfikir sejenak! nadia? eh mana dia tahu namaku? sedangkan kami tidak pernah berjumpa apalagi berbicara. aku segera bertindak menutup komputer ribaku dengan niat ingin mengejarnya. tetapi hampa. sangkaanku meleset. langkahnya laju dari langkahku. dia hilang begitu sahaja.

siapakah dia.............................





terima kasih sudi baca^^

20120901

Dunia akhir zaman.

Assalamualaikum..

sedang kita bersuka ria, gelak ketawa dengan sahabat handai, kunyah cekodok sambil mengadap pesbuk, menonton tb sambil duduk/baring dengan pelbagai gaya, adakah kita terfikir apa yang terjadi pada dunia sekarang. oh sungguh sedih. dunia dah tua. lebih tua dari usia kita. lebih tua dari emak abah kita. lebih tua dari datuk nenek moyang kita.

Ya Allah, aku tak percaya tentang ramalan manusia. aku tak percaya tentang karut 2012,tapi aku tak boleh menolak takdir dengan kebesaran kalimah KUNFAYAKUN Mu. maka jadilah ia. semua tak tahu tentang rahsiaMu Ya Allah.

mengikut pembacaanku sebelum ni, menjelangnya tahun 2009/1430H iaitu dari 2006,2007,2008, kalimah Allah telah muncul di setiap pelusuk dunia. ini dikatakan 'alamat' dari Allah yang maha kuasa kepada semua bahawa kebangkitan semula Islam akhir zaman. tetapi sayang, amatlah sedikit yang memahami 'alamat dari Allah ini'. manjadi lumrah alam juga kepada umat yang memegang ajaran Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W diburu oleh manusia. begitulah yang kita tahu apa yang terjadi di tanah Arab kini.

apa yang dikatakan 'alamat' Allah ialah terteranya kalimah Allah dimana mana. subhanallah....mari kita lihat..


di Brunei


dari Angkasa


dan juga terdapat video yang sempat dirakam..menunjukkan kebesaran Allah yang maha Esa..Allahuakbar..






di Putrajaya, Malaysia..tempat kita..


Mengenai mesej kalimah Allah ini di angkasa Allah SWT berfirman:
Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa al-Quran itu benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu.
( Fussilat 41: 53)
sedarlah wahai kita semua.. Wallahualam..Allah know the best...


terima kasih sudi baca^^





20120829

matang ke tidak lagi?

Assalamualaikum^^

dikeheningan malam jari masih lancar menari gangnam style di atas keyboard. idea baru datang. haihh idea, memalam ni kau barulah nak datang. time aku duduk syiok mengadap mara clara taknak pulak kau datang. heh.


kematangan penting dalam diri. kalau tak, macam mana nak kahwin? ye tak? *dalam banyak banyak, kahwin jugak kau pikir? meh la aku bagitahu sikit kalau tak matang lagi macam mana.


anda tidak matang lagi sekiranya :

1) anda sanggup menghabiskan top up untuk berbual dengan kekasih hati sedangkan duit tu dari mak atau abah untuk buat beli atau belanja benda benda yang berfaedah. ni tak, kau dok habiskan dengar suara manja boyfriend/girlfriend kau. isk isk isk.



2) anda dok tunggu kekasih pujaan hati jiwa dan raga lintas depan kau walaupun masa tu hujan lebat. habis basah pon dalam hati kau kata tak apa. oh sweet nya kau. tapi bila kau nak ngadap tuhan? hujan pun kau jadikan alasan tak boleh nak pergi solat jumaat. tolong fikirkan.


3) anda memarahi adik bila adik ganggu kerja sedikit. kadang bukan setakat marah, siap kau maki hamun, menampar, pukul. masa tu lah tangan kau nak ringan kan. sebaliknya bila dengan girlfriend/boyfriend kau sanggup tahan tangan yang ringan tadi, malah kau sanggup menadah telinga bila kene maki hamun dengan girlfriend/boyfriend. fuhhh. malang sungguh.


4) anda dok terkenang wajah kekasih. padahal baru je 5 minit tak jumpa. wajah mak abah yang berbulan tak jumpa tu, takde pulak kau nak ingat. ha macam mana tu?


5) baca novel beratus ratus muka surat dalam sehari. baca Al Quran? tolong fikirkan lagi sekali.


6) semerbak harum mewangi kalau nak jumpa kekasih hati yang belum tentu jodohnya. sembur segelen minyak wangi kat badan sampaikan orang lalu sebelah pon nak terbersin. cuba kalau jumpa kekasih yang kekal abadi (Allah Taala). kadang pakai singlet je. kadang tu tak mandi bacin bacin pon boleh solat.


7) lebih banyak ucap i love u/ i miss u dari ucap kalimah kalimah memuji Tuhan yang Maha Esa.



Jadi perlulah sekiranya berfikir sejenak bahawa anda dah matang ke belum sebenarnya. peringatan untuk diri ini juga, marilah muhasabah diri. ingat, cinta abadi dan cinta hakiki itu hanya cinta Allah S.W.T. sekian.


p/s hanya pandangan writer. mohon maaf jika salah/terasa. tiada kene mengena dengan hidup atau yang meninggal dunia. sekadar peringatan. terima kasih.



terima kasih sudi baca ^^




20120828

nice words


SO DAMN TRUE!


Ya, itulah yang paling dekat. Al fatihah.

Assalamualaikum

panggilan telefon dari sahabat PLKN amat mengejutkan.

sahabat : tolong sekejap boleh?
me : tolong ape?
sahabat : tolong tgk kat facebook,dgr ida accident meninggal.
me : ha?? sekejap sekejap.

*taip nama arwah

me : haahlaahhhhh

*hati sebak tak sangka. berulang kali scroll up and down.lepastu nampak ni yang diupdate di facebook arwah

"Salam..saya sepupu kepada Tulip Chantique ingin memaklumkan bahawa beliau meninggal dunia pagi ini akibat kemalangan di sri gading semasa on the way ke tempat kerja.. Mohon dimaafkan segala salah silap arwah, halalkan makan minum arwah,dan doa kan roh arwah d tempatkan di kalangan org2 yg beriman.. Al-fatehah......"

YA ALLAH. gelap sekejap dunia ku. pemergian sahabat PLKN ku amat menyedihkan. ya! dia baru add aku on facebook. baru. tersangat baru. tiba tiba dapat tahu arwah meninggal pagi tadi.

ya, sesungguhanya yang paling dekat itulah kematian. Ya Allah..ku rahmatilah arwah. tempatkan dia dikalangan orang orang yang beriman.kenangan bersama dia akan ku semat di hati. semoga kau tenang disana sahabat..dan semoga keluarga arwah menerima dugaan ini dengan tabah..



AL FATIHAH....





20120827

kunjungan bermakna (PLKN 2007)

Assalamualaikum^^

ohh sungguh ku tak sangka. kunjungan dari sekumpulan sahabat yang tidak dijangka. setelah 5 tahun berpisah akhirnya bertemu semula di teratak ku..hukhukhuk.. mereka masih ingat aku! terharu :')

kalau tak kerana satu mesej ucapan hari raya sampai pada malam raya. memang takdelah aku dijodohkan untuk bertemu dengan mereka ni. terima kasih alan! siapa alan?

alan ni kawan aku masa kat plkn dulu. apa? nak tgk muka dia? sat naaaaa. sat lagi aku bagi hangpa tengok gambaq dia. sory alan. saya bercerita pasal awok sikit. kihkihkihkih. haaaa..dia ni bukan jenis lupa kawan. masa aku part 1 ke part 2 diploma, masa tu puasa. kan depan uitm tu ada bazar kan. haaaa dia datang bazar tu. dan dia belanja aku soya! yes soya! tapi aku tak ingat belanja dia apa masa tu. masa kat PLKN, dia belanja aku burger. kan alan kan? hahaha..tah igt ke tak dia tu. hewhewhew.

nak jadikan sebab buat mereka beraya ke rumah aku. *bunyikan jari jemari. ecehh bajet nak taip pepanjang* masa malam raya tu. on the way balik jusco, satu mesej raya sampai from alan. haaa start dari situ mula contact balik sampailahhhh alan nak raya ke rumah aku bawak kawan kawan PLKN lain. kebetulan masa tu aku tgh masak nasi lemak sambal udang. memang langkah kanan la mereka tu. hiks!

lebih kurang pukul 3 mereka sampai di rumah aku. lalu highway danga. aku suruh follow exit gelang patah nusajaya tuas..tup tup sampailah mereka depan rumah dengan 2 bijik kereta. fuhhhh.. mula mula cam segan jugak sebab takut tak ingat. yang aku masih ingat alan sorang je. bila nampak je muka mereka sorang sorang, barulah teringat. gembira tak terkata! Alhamdullillah. Allah pertemukan kami kembali! group ALPHA! hooyeeehhhhhh :)))))

so di rumah start la aktiviti berborak. rupanya ada yang dah kahwin, ada yang dah ada anak, ada yang dah tunang, ramai yang dah keje dan ada juga yang masih belajar (aku lettew). lepastu aku keluarkanlah gambar masa PLKN dulu. masing masing cuba ingatkan nama sorang demi sorang yang ada dalam gambar tu. best sungguh masa tu! tapi yang sadisnya ada juga yang dah meninggal akibat kemalangan jalan raya. Inalillahh..

lepas je daripada tu. baru aku jumpa facebook masing masing. tu pun bila di suggestkan oleh Alan. ohhh rindunya mereka! tapi aku suka! raya tahun ni bermakna bila silaturrahim disatukan kembali setelah sekian lama terpisah :)

siapa yang nak tengok sangat muka kawan kawan PLKN aku tuh? meh aku kasi tunjuk sikit. kihkihkih

ini mereka! hoyeehhhhh..
teha, nadia,alin
alan, mael, kecik
nak tahu? yang paling sweet ever bila dapat tahu mereka mereka masong masing dah bertunang antara satu sama lain. PLKN mengeratkan kami sampai ada yang bertemu jodoh. kecik bersama tunangannya di belakangnya. dan mael bersama tunangannya alin yang belang belang tu. teyha dengan alan je tak. masing belum bertunang. maybe ada pilihan hati masing masing kot. heh :)

sempat nak bergambar dengan tuan rumah sebelum balik. macam gambar family kan? mak aku pulak yang capture kan. heh

lepas nak balik tu punyalah beria mak aku suruh mereka pergi LEGOLAND. mereka pun layan. singgah jugak di LEGOLAND. sampai sesat sesat awak oiiiiii~ haha. kelakar sungguh moment tuh!




kami di LEGOLAND~
aku main sarung je kardigen. selekeh nak cepat punya pasal. berbedak tabur je masa tu. sungguh!

apa apa pun sungguh aku gembira saat, ketika, dan hari tu. sungguh. pertemuan dan kehadiran yang tak dijangka. tak sabar nak kerja. nanti boleh lepak lepak lagi dengan mereka. almaklumlah semua Johorean :)

dan last picture yang aku nak tunjuk kat korang


TAAADAAAAAA!

ALPHA GROUP

PLKN PUSAT BINA SEMANGAT  YPJ MERSING JOHOR 
KUMPULAN 2 SIRI 4/2007

cuba cari mana aku. mesti tak nampak kan! pandai pandai lah korang yawwwww! hahaha..
siapa cakap PLKN tak best tu. tu tipu semata mata. PLKN is the best moment ever! mula mula je rasa nak balik. bila dah last last disuruh balik, memang sampai tak nak balik. namoak tak macam mana bestnya. hewhewhew


okay. till then. jari dah lenguh sebab menari lama atas keyboard. ehehehehe..jumpa di next entry yaww!




terima kasih sudi baca ^^



20120825

Pesanan dari Ustaz Azhar Idrus dan saya.


ada logiknya juga. jaga jaga ye lelaki di luar sana. pesanan yang memberi makna. :')

p/s awak..saya masih kawan awak walaupun awak pergi untuk kali kedua..jangan bersendiri kerana saya masih ada di sisi. sambutlah tangan saya yang masih hulur untuk awak sahut kerana saya adalah sahabat :') memang dari dulu kan saya tak suka awak menyendiri. sekurang kurangnya awak ada seorang kawan untuk awak bercerita. saya tak harapkan saya. mungkin juga orang lain. saya harap awak tak lupakan saya sekalipun awak nak menjauhkan diri dari saya. saya memang tak boleh berhubung dengan awak sebab saya tak tahu nak berhubung dengan awak macam mana. tapi saya tahu awak akan baca blog saya. sebab dari blog sediki sebanyak awak dapat tahu aktiviti saya dan apa yang saya rasa. sebab blog adalah luahan hati saya. blog juga sahabat saya. kalau awak baca ni, saya nak awak tahu saya masih kawan awak. cuma terkadang saya terkenang membuat saya bercakap sebelum berfikir. jaga diri awak. carilah saya bila awak perlukan saya. SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN dari saya kalau buat awak tersinggung. kerana yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari diri saya sendiri. 


terima kasih sudi baca :)

20120824

Credit To My Friend

"perpisahan adalah jalan terbaik...
mungkin ianya sangat menyakitkan pada dasarnya..
tetapi kesakitan yang dirasai hanyalah sekejap..
kesakitan akan sembuh apabila
kamu bertemu dgn pasangan hidop
kamu yg baru...
yg lebih mghargai diri kamu...
yg lebih myanyangi diri kamu...
dan yg lebih mencintai diri kamu.."
 
kata kata dari kawanku..aku copy sebab aku suka ayat ni..mungkin pada sesetengah ia amat menggelikan..tapi pada aku ia bermakna dan ada makna :) 

credit to alan ceppet :) kihkihkihkihkih
 
 

20120813

hati disakiti lagi ke? betul ke?

Assalamualaikum ^^

tajuk entry diatas..hati disakiti lagi? jawapannya mestilah tak! betul ke? jawapannya ye betul! sebabnya dah muak, dah letih dengan penipuan. penipuan siapa? ahhhh malas nak mention..apa yang penting sekarang ni hati dah beku, hati dah keras bak batu konkrit rumah kalau kita paku, paku pon boleh bengkok. nampak tak kekerasan disitu?


hey! jangan menipulah. boleh tak? tak pergi mana pun dengan menipu tu. kalau biasakan diri tu menipu, lama lama dah jadi macam habit. tahu? tu yang ada pepatah cakap, jangan menipu, nanti lama lama mencuri. macam kawan kawan aku panggil aku pencuri kalau dorang cakap aku penipu. nampak tak penangannya kalau menipu. terus dipanggil pencuri. oh kawan kawan ku. rindu! sobs.


tapi ikutlah. aku ni pulak jenis cepat tahu kalau orang menipu ni. lagi lagi dengan orang yang aku rapat. bukan nak kata power ke hape. tapi memang tu hakikatnya. tapi tapi, aku tak penah cakap kat orang tu kalau aku tahu orang tu menipu. sebabnya air muka orang perlu dijaga kalau kita nak orang jaga air muka kita. itu betul. tak percaya? terpulang.nak cakap aku bajet? terpulang.


awak awak awak..jangan tipu taw..tu nasihat saya. jangan biasakan. nnt cowok/cewek awak tak suka macam saya tak suka awak sekarang ni. saya tak suka gilaaaa kalau awak menipu. kalau awak tak tipu, saya suka awak. saya kawan awak. saya buat macam ni bukan sebab saya bejet saya hot ke hape. ni sebab saya taknak awak menipu. okay? hikhikhikhikhik..


dah lah. geli hati pulak saya rasa bila nak marah lelama. saya tak suka marah. sebab marah tu syaitan. tu saya tak bagi awak tipu sebab tipu tu pon syaitonnnirojimmm. get it?



ni yang aku belajar untuk hentikan kesedihan dan kemarahan




ni yang aku belajar untuk melupakan dan tersenyum kembali



till then..jumpa lagi di entry seterusnya. tu pun kalau jari jemari terasa ingin menari di atas keyboard ni..Adios




*entry ni hanyalah sekadar nasihat..takde kene mengena dengan yang hidup dan yang meninggal dunia. 





terima kasih sudi baca ^^


20120809

Diciptanya HAWA



lagu ni sangat bermakna. hayati lirik. kita dicipta walaupun lemah, tapi ada kekuatan yang kaum Adam sendiri tak mampu menandinginya. kita lah wanita, kita lah kaum lemah, kitalah hawa, kita lah ibu, kita lah segala galanya suatu hari nanti :')

20120723

Di sini saya ditempatkan (INTERNSHIP)

Assalamualaikum..

sememangnya hati memberontak tak sabar nak mulakan program internship. woohaaa! ada yang cakap poyo. ahhh persetankan semua tu! nak mulakan memang tak sabar. kang kalau dah mula kang, mulalah memacam yang nak dingadukan. eh? mintak mintak tak lah yeeee.

krikkk kriiikkkk kriikkk (menunjukkan ada orang tak layan) ahhh persetankan lagi! *tetiba rindu badut badut segamat :')

disini. hari ini. lebarannn yang dinanti...eh eh! danggggg. *balik semula sbb ternyanyi.

disini hari ini aku dengan seksaitednye nak menunjukkan tempat dimana aku berjaya ditempatkan untuk program internship..alhamdulillah aku panjatkan pada Allah yang maha Esa kerana membuka rezeki kepadaku untuk ditempat di salah satu tempat yang agak besar lah dekat Johor ni. iaitu PORT OF TANJUNG PELEPAS. meh aku tunjuk sikit lambang PTP ni haaaa~




pernah tengok? ni lah dia.

yang aku macam nebesnya bila tengok wisma yang aku akan masuk tu. semua korporat baiiii. orang orang atasan baiii. meh tengok sikit wisma tu.


kat sini!
cantik kan!

aku pon tak tahu nak bebel apa lagu dah sebenarnya. beku. silalah jamu  mata dengan gambar gambar PTP kat bawah ni..

 kat sini jugaklah punca rezeki mak and abang aku.



 besarkan? kat sini kapal berlabuh. kalau nak tahu, tempat kontena ni jugaklah ada meragut nyawa. sebab dihempap kontena kat sini. sadis.



permandangan sungguh indah. tapi panas kemain!

ce tengok keindahan malam di PTP :)


cantik jugakkan! woohhaaaaaaa *meh lempang sikit meh..hiks!


i think i should stop rite now. sebab jurnal tak habis cari lagi.pastu dok berangan lelebih ni. buatnya kene reject, blog boleh tolong? saiko kannn? hahahhaha.. i miss my friends! miss them muchhhh!
see u bebeh! muaxs! xoxo ;)


terima kasih sudi baca:)



20120716

Inilah takdir dan jodoh.

Assalamualaikum..

inilah yang dinamakan takdir dan jodoh...iaitu,
Sekuat mana kita setia.
Sehebat mana kita merancang.
Selama mana kita menunggu.
Sekeras mana kita bersabar.
Sejujur mana kita menerima dirinya.

Jika takdir ALLAH menentukan yg kita akan bukan dgn dirinya,
Kita tidak akan bersama dgnnya.
Jika Allah telah menulis jodoh kita dgnnya,
Kita tetap akan bersama dirinya.

Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yg tepat menurut ilmuNya, insyaALLAH.
Tiada yg kebetulan melainkan semuanya telah dirancang.
Dan yg sebaik-baik merancang itu adalah ALLAH S.W.T

dengan adanya kata kata ni mungkin boleh membantu merawat sengsara akibat putus cinta..CHAIYOK!


terima kasih sudi baca:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...