sticky post

lagu yang dimainkan di blog ini adalah lagu favourite writer tika writer dalam kegembiraan dan juga kesedihan. sesiapa yang tak senang mendengarnya, sila slow/ mute kan speaker anda. terima kasih.

scroll down for new post :)

20110629

PENJAGAAN KUKU

assalamualaikum^^




moh kita bincang sikit tentang kuku.




Kuku merupakan salah satu bahagian yang memerlukan perhatian bagi seseorang individu itu kelihatan hebat dan menarik, seperti juga wajah yang perlu kelihatan cantik dan berseri. Kuku juga memerlukan penjagaan khusus agar sihat dan cantik tanpa gangguan penyakit seperti fungus.









Penjagaan kesihatan kuku amatlah penting kerana kuku merupakan salah satu anggota badan manusia yang amat sensitif. Jika tidak dijaga ianya akan bermasalah dan mudah mendapat jangkitan penyakit seperti jangkitan fungus dan sebagainya.


Dewasa ini juga kita banyak mendengar wabak penyakit serius yang boleh membawa maut seperti penyakit kuku dan mulut, jadi amalan kebersihan amatlah penting dalam kehidupan seharian.

bawah ni adalah sedikit tips penjagaan kuku :
  •   Selalu membersihkan kuku dengan merendam dalam air hangat
  •   Membersihkan kuku dengan sabun lembut khas untuk kuku
  •   Perlu kerap menggunakan pelembab
  •   Selalu memotong kuku dan membuang bahagian yang tidak perlu
  •   Harus minum banyak air


Petua menjaga dan mengelakkan kuku tercedera :
  •   Elakkan mengorek sesuatu menggunakan kuku
  •   Jangan memotong kuku hingga terlalu pendek
  •   Elakkan menggaru dengan kuat
  •   Elakkan juga selalu menukar pewarna kuku



Petua menghias kuku :
  •  Bersihkan tangan dan kuku menggunakan sabun khas
  •  Kuku disapukan losyen yang mengandungi vitamin c
  •  Kemaskan kuku dengan menggunting lebihan kuku dan kulit di sekitar kuku
  •  Licinkan permukaan kuku menggunakan alatan khas, gosok kuku dengan kain untuk     membuang habuk dan kotoran yang tertinggal 



terima kasih sudi baca^^

20110627

KERANG REBUS CECAH SAMBAL KICAP..PEHH !

assalamualaikum^^




tengah hari semuaaaaaaa^^..hari ni awal HB siapkan kerja rumah. sapu, mop, lap habuk habuk yang bermaharaja lela kat rumah ni, lap cermin. fuhh~ sebab lepas subuh tadi, mata degil tak nak pejam. asyik terjegil mata tengok siling. nasib lover ever pun bangun awal. bermesej mesejan sekejap sebelum lover ever pergi kerja as meng 'entry data'. asyik mengadu pening sebab dok mengadap pc lama lama. sejak lover ever kerja dah seminggu ni, kesunyian melanda diri.tsk tsk T_T. after 6pm, baru dapat mesej seperti sedia kala.




after stop mesej dengan lover ever, keluar rumah sebentar and hirup udara segarrr. otak pun fresh. tu tiba tiba virus rajin melanda diri. then masuk memerah keringat hingga peluh menitik. yuckksss. woi geliiiiii laahhhhhh~



bukan tu yang nak cerita actually. ni haaaa. dalam pukul 11 macam tuh, abah HB balik and suruh HB masak kerang rebusss..disebabkan salah satu feveret perut HB ni. HB terus siapkan bahan.




senang je bahan bahan nak rebus kerang ni.

bawang besar
bawang kecil
serai
halia
daun kunyit
garam
ajinamoto

(bawang besar and kecil dihiris,bahan yang yang lain semua diketuk sahaja, masukkan kerang serta air, dan bahan bahan tadi, rebus sehingga mendidih)

nak lagi jelas, macam pict bawah ni :)





lepas dah siap, HB buat sambal kicap, bahan bahan dia pun senang lahh sangatttt....


ni antara bahannya :



cili padi and bawang putih

(di blender kedua dua bahan bersama gula and garam secukup rasa, selepas itu, masukkan kicap)

after siap, jadilah seperti ini...:)


agak pedas ye..hehehe


ok dah.. nak pergi makan sekejap. perut dah mintak diisi :)


terima kasih kerana sudi baca^^





MYVI BARU ! DESIGN BARU ! MEH TENGOK !

assalamualaikum^^






wah wah..sekarang sibuk dengar orang cerita fasal Myvi baru ni kan. dalam iklan pun asyik dengar lagu "lagi best, woh oh oh, lagi best, woh oh oh" dah naik hafal dah lagu tu. kadang kadang dok masak kat dapur pun boleh ternyanyi lagu tuh. kahkahkah




best sangat ke myvi baru tu. tu yang terus dok Google jap nak tengok design baru Myvi tu. dengar cerita ade lah lain sedikit. touch skrin ye? ha tak tahulah. meh la tengok gambar gambar myvi baru nih.






haaa...camni dalam myvi baru tu. gerek jugak la kannnn...









meh bulatkan perbezaan antara myvi baru and myvi lama. siapa menang dapat baca entry seterusnya. kah kah kah !






ni dari belakang..






dari sisi :)







yang ni bentuk dalaman myvi lama and myvi baru







terbaik kannnnnn...




meh la pakat ramai ramai beli...secara tak langsung kita dah sokong barangan buatan malaysia. ye tak??





PERODUA the best !!



terima kasih sudi baca^^

"SIAPA BERTUAH DAPAT BAJU RAYA DARI Art Z'Zone"

assalamualaikum^^

agak lama jugak lah HB tak join contest contest ni kan. em one of the blog yang HB follow which blog owned by my friends iaitu alin. must join contest ni sebab kemungkinan dapat free baju raya ! siapa tak nak kan? Art Z'Zone ni banyak menyediakan jubah yang cantik tau. harga pon boleh tahanlah. HB pun cam berminat dengan baju baju dekat Art Z'Zone nih. warna pun terang terang. tu pasal lah HB minat. keh keh keh.





kalau nak tengok jubah jubah yang HB cakapkan nih, bolehlah korang jenguk jenguk FB Art Z'Zone ni. model butik ni pon alin. aaaauuuwwww..cun weyh..haha..




salah satu contoh jubah. cantik kan??




kalau korang nak join, mana tahu rezeki dekat korang, dapat lah give away yang disediakan oleh cik alin kita ni. tapi ada syarat syarat yang cik lain sediakan. ye lah kan, nak dapat hadiah, bukan senang kannnn. hehe. tapi tak lah susah mana pun syarat syarat tu. kalau nak tahu, sila lah scroll ye..




. ini cerita alin .
 nak join, sila klik banner di atas ni ye :)




syarat syarat kalau nak join seperti di bawah :

1. like page Art Z'Zone . AND follow sangselembai.blogspot.com
2. buat simple entry pasal giveawy ni. letak banner SANGSELEMBAI.BLOGSPOT dan link kan pada page Art Z'Zone. 
3. tajuk entry haruslah "SIAPA BERTUAH DAPAT HADIAH BAJU HARI RAYA DARI Art Z'Zone" .
4. tinggal url entry korang di ruangan komen sangselembai.blogspot.com.
5. anda hendaklah tag entri ini kepada 3 orang rakan (lebih pun tak apa).



menurut alin. hadiah akan di uplode nanti..tungguuuuuuu ^^




3 orang di tag :


zaara
sya amran
nini






terima kasih sudi baca^^


20110625

SAMBAL UDANG

assalamualaikum^^

hari ni adalah hari kegedikan nak update resepi sambal udang. kalau nani rostam baca, mao terkekeh kekeh dia gelakkan. haha. semalam abah HB beli udang and terus terlintas udang sambal ! so apa lagi, terus siapkan barang barang nak masak sambal udang^^


cili kering
bawang besar
bawang putih
belacan
asam jawa
garam
gula 
ajinamoto
of course udang !



tu je !



senang kan?




then cara cara dia :



kisarkan cili kering bersama bawang merah/besar, 4 ulas bawang putih serta belacan. panaskan minyak dan tumiskan bahan bahan yang telah dikisar tadi. apabila sudah garing sedikit, masukkan air asam jawa. gaul sedikit, masukkan gula,garam and ajinamoto secukup rasa. dan akhir sekali masukkan udang. gaul gaul sekejap. jangan terlalu lama sebab nanti udang tu akan menjadi keras. bila udang tu dah bertukar warna menjadi kemerah merahkan, da boleh padamkan api. dan hidang untuk dimakan bersama nasi.




wah wah wah ! dah siap ! ni lah resepi semalam. baru nak hapdate harini. sudah basi tahu? hahahaha...




cenggini lah rupanya yang HB masak semalam....




jeng jeng jeng....

*
*
*
*
*
*
*

sedaaapppp takkk ? malas nak watermark. dasar blogger pemalas ! wakakakakaka...





selamat mencuba!



terima kasih sudi baca^^

20110624

TEPAT PUKUL 1 OR 2, TURUN MENCARI MAKANAN.

assalamualaikum^^

hye all :) dah 3 hari duduk rumah, mulalah aktiviti sebagai suri rumah sepenuh masa. ihik. rutin harian setiap hari. bangun, masak, basuh baju, kemas rumah, sapu, mop..banyak lagiiii.. paksa kerah tulang keringat supaya rajin. nanti barulah mertua sayangg =_='. kah kah.



bukanlah nak dok berceloteh pasal surirumah bagai. tapi.......



merpati kesayangan HB !





tengah tengah mengemas dapur dalam pukul 1 camtuh, mula lah merpati dekat belakang rumah turun seekor demi seekor. yang tak boleh blah, sekumpulan burung merpati akan hantar seekor wakil untuk bagi hint yang doang tuh nak makanan. mulalah buat bunyi. pandai gila kan merpati merpati tu.





abah HB memang manjakan burung burung tuh. sanggup beli jagung kering 1 guni semata mata nak bagi makanan kat burung merpati tuh. sekarang HB dah ada kat rumah, giliran HB pulak. abah bagi tanggungjawab bagi makanan kat burung burung tu. haha. gila annoying.





semalam sempat la kan HB amek beberapa gambar masa HB taburkan jagung jagung kering tu. punyalah merpati merpati tu berebut. cuba tengok !





 banyak kan? suka tengok. abaikan tar belakang rumah tu.





 dah mula sayang kat merpati merpati ni. cuma tak berani lagi nak bagi makan menggunakan tangan sendiri 





taken pict ni sambil meniarap di lantai dapur. gila tak senonoh. bajet photographer. kah kah kah



best jadikan burung sebagai haiwan jagaan. tapi bukan dalan sangkar taw! tu dah kira menyiksa. ni just bagi makanan pada merpati tu. bila dah biasa merpati tu akan datang sendiri pada kita yang selalu bagi makan dekat mereka. mereka?what ever! haha


sayangi haiwan 


terima kasih sudi baca^^

20110622

BERAKHIRNYA !

Assalamualikum^^

yeay ! yippie ! yahoo ! gembiranya awakk..hehe. mana tak happy, sekarang sudah dekat rumah tengah dok bergolek golek di atas katil sendiri. wah heavennyaaaa..hehe


berakhirnya intersesi pada selasa hari tu. alhamdullillah dapat jawab. cuma biasalahkan HB mmg tak boleh lari dari konpius konpius ni. moga moga apa yang dijawab tu betul la kan. amiinnnn~


actually otak kering nak hapdate blog ni. meh la HB jamukan korang dengan muka gedabak HB sewaktu before exam and after exam....


mempersembahkannnnnnn....




before exam

nampak tak? nampak tak? muka nak buat ala ala chillax. tapi hakikatnya nebes gila babeng.


lepas 3 jam berdating dengan paper menagerial economic.keluar dewan and terus balik.



 after exam

beginilah muka yang betul betul chillax abes. haaa ni baru betuk. kahkahkah.


maaflah ye tepek muka besar besar camtuh ;)


terima kasih sudi baca^^

20110619

PROMOSI RAMADHAN BY ANNAS EASKEY

Assalamualaikum^^



hye all :) harap semua ceria and chill harini. bosan dok rumah, then teringat lah dengan blog ni kan. hehe. so, apa lagi mestilah tengok blog blog yang aku follow. memang tak akan tinggal punya nak baca blog best ever yang tersenarai dekat blog aku tuh. then tengok annas update ! memang suka usha blog annas sebab nak tengok gambar gambar yang annas update. boleh cuci mata. pict dia semua memanglah superb !



tak kenal annas?? tipu ! kagum dengan annas sebab beliau belajar sendiri cara cara ambil gambar yang gila cun tuh. hebakk tak hebakk. kan kan. bila la muka ini akan di shoot oleh annas :(
tak dapekk lah ko nak berangan nyahhh oiii..hehe..suatu hari nanti ! tengoklahh ! ecececececehhhh :p





ni aku jujur, aku dengan annas 1 kampus. 1 malaysia juga :') *gedik nak bagitahu. aku banyak kali jugak jumpa dengan annas nih. kalau nak tahu, tadi aku baru jumpa annas bersama 4 rakannya di kedai makan yang orang orang segamat panggil kedai basikal. tak tahu? memanglah ! kau bukan orang segamat. haha. nak je tegurrrr ! tapikan segannn. kang buatnya annas buat muka pelik kang. tak tebal pulak muka aku nanti. kekeke..tapi tahu annas takkan buat macam tuh. hehe





ok cukup ! tujuan aku buat entry ni sebab nak tolong annas promotkan promosi shoot by annas easkey sebelum ramadhan. menurut yang aku baca kat entry annas, harga rm450 plus dengan makeup by annas juga. deposit just rm150 and selebihnya, bayar lepas shoot. sangat berpatutan woh ! sebab annas tuh da tahap profesional you know ! kalau nak tahu lebih lanjut klik sini










tak pun korang boleh usha sendiri blog annas 






korang tak teringin ke di shoot and di makeup cenggini


*maaf annas, di copy atas tujuan mempromot.


mestilah nak kan ! muka gojes and hasil gambar pun superb !
jangan lepaskan peluang. tinggal lagi 10 kosong! grab peluang ni cepattttt XD !


terima kasih sudi baca :)








20110618

SEBULAN SUDAH

assalamualaikum^^

tik tok..waktu berjalan..jam demi jam..minit demi minit..saat demi saat..hmm..apa tuh? kami berinterseksa bersama..interseksa? haha. annoy gila bahasa tuh. intersesi laaa. pada orang intersesi buang waktu, buang masa. for me. tidak sama sekali. walaupun semua tengah dok bercuti, dok melangut bersenang lenang, aku sebuk mundar mandir pergi kelas, dengan buku, bermain dengan nombor. it such a happy time. lagi lagi dok  berdua bersama cik eny di rumah sebesar banglowwwww ni. haha. heaven gila. gila pun tak heaven camnih.




Pn Diana. yes ! my lect. very the cantik u know. kulit dia?? pehhh..jangan lah ditanya. halus mulus, putih gebu. cantik derr. dah lah cantik, lembut...tapi sekali bersuara mau tak pecah perut. yang aku tak boleh lupa gila time Pn Diana lukis graph. lepas habis dia lukis, nak tahu dia cakap apa? S. Jibeng pun melekek lekek lukis graph nih. terkejut aku dengar weyh ! lepastu tak nak macam pecah perut pulak aku gelak kan. punyalah dia nak akap lukis graph tu senang dia kaitkan dengan S. Jibeng yang istimewa tuh. hahahaha. kelakar kelakar. i gonna miss Pn Diana .



then lagi satu yang tak akan aku lupa! tempat yang menjadi sasaran ketika perut yang comel ni merengek mintak di isi. tempat makan kerusi kuning ! aku mesti rindu gila dengan masakan lemak tuh. sedapppp sangattt. pekat, likat. yummy..tak tahu mana nak cari pengganti masakan tu. nanti balik, mak la jadi mangsa. nak suruh buat masak lemak tu. hehe




naaahhhhh. besa gambar mak nyahhhh. haha.
bersama cik eny (kanan)


tepek yang besar lagi. haha
cik eny (tengah) and rafiqah (kanan)


*Ada lagi gambar, cuma dalam fon lagi. tak transfer. cukuplah 2 ye. kalau banyak. naik muntah reader tengok. hehe





serius. macam macam terjadi time intersesi. dengan geng geng yang gila. fuhh. mesti rindu. lagi  3 hari je bersama macam nih :( hmm..lepas intersesi, tengoklah kemana halu tuju aku. sama ada menternak lemak or kerja. tapi ada perjanjian disebalik menternak lemak tuh. kehkehkeh.




doakan dapat jawab exam dengan baik ye. thanxs ~!




terima kasih sudi baca ^^

20110616

PERANG BLOGGER

assalamualaikum^^

hye blogger...sharing is caring...ape kaitannya? hehe.. abang ben ashaari buat segmen lagi....jom klik header bwh ni :)



so, sharing2 pada bloggers lain ok !

jom join !


20110615

GERHANA BULAN

Assalamualaikum^^

entry ni khas untuk diri saya yang exited nak tengok gerhana bulan. hehe. tadi tengok pukul1.45 pagi, keadaan bulan masa tu sangat terang. mungkin kedudukannya selari dengan bumi and matahari. sekarang pada pukul 2.42 pagi 15% gelap seperti ini :



*contoh




perbezaan gerhana matahari dan gerhana bulan. sila lihat betul betul.



see. kedudukan bulan dan bumi bertukar ketika gerhana bulan dan matahari :)



alangkah indah ciptaan ALLAH S.W.T. kan kan. 


tengah dok asyik mengoogle, bila open new tab, tulisan encik google pun bertukar macam nih.



hehehhe..stalker google. kekekeke...cantik kan. kene dengan tema.haha. siap boleh men scroll scroll lagi :)


sekarang HB nak pergi tengok lagi keadaan bulan :) bye !

*tepat jam 2.53 pagi




ni HB dah masok ! bejaya tahan mata demi tengok gerhana bulan bersama cik eny ! tepat jam 3.30 pagi gerhana bulan penuh :') thanxs to lover ever coz remind me ketika melihat gerhana bulan, seeloknya selawat :')




terima kasih sudi baca^^

20110611

YES ! MENANG !

assakamualaikum^^



mula bukak je page, fuh~ exited nak bagitahu. HB menang something. and yang lagi exited nak bagitahu, owner blog yang comel ni akan mempromotkan blog HB ni. disebabkan blog ni mempromotkan blog HB, HB pun nak mempromotkan blog beliau. kalau nak tahu, klik sini.







tengok tengok..nama HONEY BARNEY no 3. wah!




hari tu HB saja saja usha blog beliau and beliau ada buat teka teki sikit. so, macam menarik and join. pastuh tengok dekat shoutmix owner blog ni dia cakap, honey barney, you won ! tekezut mak.heheh. ada jugak pemenang saguhati. baik betul hati cik fa kita ni kan. heheheh.



thanxs fa.



psst : rajin rajin lah blogwalking and join game !


terima kasih sudi baca^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...