Assalamualaikum^^
pernah sakit? mestilah pernah kan? marah tak bila sakit? mestilah ada sikit mengeluhkan? biasalah, manusia kan.. siapa yg suka sakit. alang selsema sikit je dah mula mulut macam langau.
pernah tahu sakit itu adalah pembersih dosa dosa kecil kita? mungkin juga dosa besar. mana tahukan. itu semua kerja yang maha Esa.
ya, sakit itu pembersih dosa jika kita ikhlas. namun jika kita tak ikhlas, jesteru itu akan menambah dosa kita. oleh itu, jauhkan dari mengeluh dan sebagainya. sebaliknya ucaplah alhamdullillah dengan ikhlas ;) bila hati mula nak mengeluh, istighfar la banyak banyak dalam hati.
"Dan apa sahaja musibah yang menimpamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkanmu sebagian besar (dari kesalahan kesalahanmu)", QS As Syura 30
kawan kawan pembaca sekalian, sesungguhnya tanda tanda kiamat kecil sudah boleh dikatakan lengkap, bila lagi nak berhijrah kearah lebih baik kalau bukan sekarang. jum bersama sama kearah lebih baik. mari kita mencari hidayah Allah bersama sama. In Shaa Allah. dengan hati ikhlas, mungkin kita akan jumpa jalan mudah. berdoa. itu adalah senjata umat Islam. dan yakin Allah bersama kita ;)
terima kasih sudi baca^^
No comments:
Post a Comment