sticky post

lagu yang dimainkan di blog ini adalah lagu favourite writer tika writer dalam kegembiraan dan juga kesedihan. sesiapa yang tak senang mendengarnya, sila slow/ mute kan speaker anda. terima kasih.

scroll down for new post :)

20120128

kenapa?

Assalamualaikum ^^

kenapa adanya perpisahan dalam dunia ni? tahu kan yang perpisahan tu suatu penyiksaan yang sangat tak tertanggung dek insan yang kerdil ni? hmmmm...

perpisahan menyebabkan rindu yang teramat melanda diri. walaupun sudah berbulan bulan, tapi luka masih belum sembuh. berdarah parah. siapa faham? siapa? orang boleh bercakap sana. boleh bercakap sini. mereka hanya mampu bercakap. yang menanggung? hanya tuhan sahaja yang tahu.

hanya mampu berdoa saat dan tika ini. sesungguhnya cinta pada Allah yang maha agung lagi beerti dari cinta hanya pada dunia yang sementara ini. igt! jangan mencintai yang lain lebih dari mencintai Allah s.w.t. Dunia tak menjanjikan apa apa. tapi Allah menjanjikan sesuatu yang bermakna kelak.

pada yang kecewa dan bersedih. berdoalah agar dijauhkan dari segala kesedihan. sesungguhnya Allah mendengar.

 "Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (Adam) dan anak hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusan-Mu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam kitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Quran sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku." 

atau

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang." 


kepada yang sedang bersedih. amalkanlah ! saya membacanya tiap2 kali selepas solat fardhu. alhamdullillah beransur pulih walaupun berat hati untuk menerimanya.




terima kasih sudi baca^^

20120126

kronologi rambut

assalamualaikum ^^


tengok orang rambut panjang. jeles -_-" sebab teringat rambut panjang dulu. haih. tapi nak buat macam mana. dah takdir macam tu. yela kalau kau tak nak. takkan takdir tu datang. kan. ok fine~



1989 - 2006
rambut panjang mengurai jahh. panjang sampai ke lutut. tipu? seriously tak tipu. kenapa boleh panjang sampai macam tu? sebab dari mula memang tak potong. kalau potong pon sikit je. yang bawah bawah tu sebab nak ratakan bg kemas. tu je. dulu masa zaman jahilliyah, free hair kan. pergi mana mana mesti orang tegur pasal rambut. lagi lagi kalau orang india. memang tak sah kalau dia tak tegur. pada diorang cantik kalau anak dara rambut panjang macam tu. siap bagi suggestion lagi guna minyak kelapa la, jangan ikat la. so aku ikut kata hati je masa tu. masa tu mak aku rajin jugak bawak aku pergi saloon buat rawatan. kalau pergi cuci kan. rambut aku palaing mahal. sebab bila bilas rambut aku, macam bilas kain. panjang and sangat lebat. gheti? aku ingat lagi satu kedai je yang boleh terima rambut aku. kedai lain tak sanggup. sebab diorang kata susah ank cuci. sadis kan?




2007
okay masa ni lah berakhirnya rambut aku. nak tahu sebab apa? masa ni dapat tawaran PLKN. u know PLKN stands for? PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA tu haaaa. pasai tu la rambut aku kene potong. mula mula tak jangka jugak. nak tahan lagi. nak dekat sebulan kat sana. dapat cuti 3 hari sebab raya cina, rambut dah macam apa masa tu. gugur, kulit kepala seriously rosak, merah.merah. then pergi ke saloon nak buat rawatan. akhirnyaaaaaa~ apa yang orang cina tu cakap? dia kata tak ada pilihan melainkan potong sebab kalau biakan pun rambut akan jadi lebih tipis sebab kulit kepala dah rosak. so nak tak nak terpaksa merelakan. oh tidak. tuhan je yang tahu perasaan masa tu. bayangkanlah dari kecik bela kasi panjang, lepas tu tiba tiba potong dalam masa 10 saat je. oh man, oh man, oh mannnnnnn~~~~




2007 - 2009
rebond, rebond and rebond... tu lah kerja aku selama 2 tahun tu. banyak kali. tak de kesedaran masa tu. ingatkan kalau buat teknik rebonding tu, rambut makin cantik, sihat.. rupanya tidak. makin rosak. oh aku tertipu. sebenarnya kejadian tuhan lagi sempurna~ tak payah la nak ubah ubah okay. tuhan nak jadikan terbaik untuk kita. rambut asli lagi elok dari rambut rebond.




2009 till now
kekalkan rambut asli. alhamdullilah..bila tak amalkan rebond, rambut dah tak segugur macam rebond dulu. kalau tak macam orang sakit lukemia tu ha. betul tak eja. ahhhh korang faham faham sendiri. heeee. cuma sekarang potong yang bawah bawah untuk menghabiskn sisa sisa rebond yang masih ada. rambut pun makin lebat. suka suka suka :) biarlah tak secantik macam rebond dulu asalkan sihat. kan kan? hehehehhe... and alhamdullillah bertudung sekarang....tu yang penting ^_^




haaaaaa...dah tak payah nak jeles jeles tengok rambut orang panjang. kau dah tak ada ! redha je lahhhhhhh

tu lah serba sedikit kronologi rambut..hikhikhik





terima kasih sudi baca ^^

20120125

tak salah kalau nak cute2 kan rumah

Assalamualaikum ^^

cute kan rumah? ye laaa. takkan diri sendiri je nak cute. abeh rumah siapa nak cutekan kalau bukan kita sendiri. kan? 

ni dok asyik puji rumah orang tiap tiap kali bertandang. 'eh cantiknyaaaa', 'eh cutenyaaaa', 'beli kat mana ni', 'la yeke,nape laaa sy tak jumpa mende2 cute ni'. haih, padahal kau tak pergi cari. kan? silap silap tuan rumah tu dari kembang dipuji sampai jelik. LOL.

sekarang nak cantikkan rumah tak perlu nak beli yang mahal mahal. kadang kadang barang barang yang dekat kedai RM2 'huh RM2? ahhh xkesahlah RM2 ke RM5 ke' tu pun boleh jadikan perhiasan kalau kita pandai nak olah dan kreatif.  so tak ada alasan tak ada duit ok. 'kau beli baju mahal mahal ada pulak duit?' kihkihkih

rumah aku ni pun bukan dihiasi dengan barang mahal mahal pun. disebabkan mak aku yang boleh tahan ideanya, maka adelah sikit sikit barang yang cute miut kat umah aku ni haaaa..


                            

tempat nak letak berus gigi. tak salah kan beli cute macam ni? kemas sikit. dari kau letak sepah sepah dalam toilet. kan kotor :)




kotak kaler cenggini pun comel kan. boleh letak barang yang kecik dari bersepah kat lantai. and kotak ni pun boleh dijadikan tempat duduk. kalau jadikan tempat duduk, janganlah kau letak buku buku dalam ni. alamat memang lambat sikit lah otak tu nanti :)





haaaa yang kes ni pulak kan. tengok atas penapis air ni kosong, letaklah apa2 yang patut macam gambar atas ni. kan molek sikit kan :)




kalau dah nama dapur, mestilah hias yang berkaitan kan. macam sayur ke, buah ke, takkan nak gantung ayam or ikan. haih cam tak syok je..heh ! tak nampak la macam kosong je almari alamri kat dapur tu kan.




ni paling feveret. bunga plastik hiasan dihiaskan di atas meja bulat di ruang tamu.awwwww..santek! tak lah nampak meja tu kosong kannn :)



jangan sangka master bedroom tak ada raga sekecil ni nak dijadikan tong sampah. comelkan! hikhik 
abaikan sampah dalam raga tu -_-"


tak salah kan nak jadikan rumah cute macam diri kita? nanti yang cantik pun rumah siapa kalau bukan rumah kita. kan kan??


heeeee :)


terima kasih sudi baca ^^



OH BILIKKU !

assalamualaikum ^^

td turn kemas bilik sbb dah berhari hari memanjakan diri dari buat keje. yelah kan. konon konon lepas exam, nak rehat secukupnya. nak rehatkan badan, nak qada' apa yang belum qada' lah kononnya kan. so, td pun bangun lewat sebenarnya. bangun gosok gosok mata,tengok bilik macam harem. tapi turun sekejap tengok keadaan bawah. pun boleh tahan sepahnya. masok toilet cuci muka then terus naik balik pergi bilik. capai penyapu, kain buruk. sapu, lap mana mana yang patut. tuka cadar, tuka sarung bantal. susun barang narang yang bersepah. kerahkan kederat yang ada. bilik tak lah besar mana pun. bunyi cam bilik besar sgt kan. masok lebih 6 orang, boleh lemas. jangan risau.




dah siap semua, phheewwwwww..lega sikit mata :)



tersusun kan. hehehehe

my favourite barney (my lovely friends gujis and comel hadiahkan)
my love pillow (my friend comel jgk hadiahkan)
birthday teddy (my freind yg cutey hadiahkan)





 jangan salah anggap. kan malaikat tak masok rumah kan kalau ada banyak patung camni. tp jangan risau, aku berkungfu tiap tiap malam dengan patung patung nih :)


teddy hasil pemberian orang juga. banyak rupanya. haih -__-"



sekali gedabakk beli kann..untung tau ! boleh sumbat je pape dalam nih ! baik pergi beli cmnih terus. lagi lagi kalau bilik kecik macam aku ni. tak payah nak berangan letak barang banyak banyak dalam bilik :) semak ! 


sudut hujung katil tu aku letakla gambar kenangan aku masa kecik and besar. saya dah dua kali grad tau ! masuk degree nanti dah 3 kali ! insyaAllah.. hewhewhew :)


tu je lah. barulah bilik anak dara kan. kan kan? padahal sebelum ni macam tongkang pecah! 




terima kasih sudi baca ^^



20120123

ANGPAU !

Assalamualaikum ^^

happy CNY ! hari ini my dad ajak pergi rumah bos dye. terus terlintas dalam otak aku, angpau ! hehe. after zohor bila abah abes je solat jemaah kat surau, teruslah bersiap siap. macam nak pergi mana je kan. demi angpau kan. ahahahaa XD. tu mmg rutin every year abah aku, wajib pergi rumah boss dia. kalau tak abah cakap boss dia merajuk. bos pun pandai merajuk kan sekarang.

dah bersiap, terus keluar. tapi before tu nak singgah beli buah tangan untuk bos abah aku tu. yelakan, tak kan nak melenggang je datang rumah orang kan. nak beli barang tu singgahlah jusco bukit indah sebab kebetulan abah nak tukar kasut. sebab dia beli kasut tersalah saiz. lepas dah tukar tu, fikir punya fikir nak beli apa untuk buah tangan tu, last last lalu depan big apple, terus masok and beli yang RM25 tu utk 12 biji donut and depan big apple tu ada stall jual bahulu. belikanlah bahulu sekali. selesai.


ni yang sempat aku snap kat big apple td. heee :)


after that, terus keluar dari jusco pergi tempat parking, terjadilah something yang melecehkan! oh tidak. tercicir kad parking tu. tahukan procedur bila kad parking tu hilang? meh aku citer lagi meh. bila abah dah cari seluruh pocket yang ada dibadannya. bila dah disahkan betul betul hilang, kene masok balik jusco and menuju ke informatin counter. lepastu kene pergi fotostat ic, then kene buat report kat situ, lepastu kan, guard kat situ akan mengiringi kita ke kereta supaya nak pastikan tu betul betul kereta kita. lepastu dicaj rm20 sebab hilangkan kad tu. ok fine. selesai. leceh kan?

haaaaa...dah selesai semua tu. terusla bergegas ke rumah bos. masuk je rumah bos abah aku tu,nampak semua merah. CNY kan. kalau bukan merah, tak lah dipanggil CNY kan. aku duduk je sambil tengok tv. walaupun tak faham, aku tenung je la tv tu. abah and mak aku berbual bual dengan bos and bini bos tu. then dalam 1/2 jam macam tu, mak aku ajak balik. lepastu kan..lepastu kan..lepastu kan...dapatlahh ni !



2 angpau maaaaa~~~  XD..suka kemain..


hehe...dapat angpau kan. berbaloi tak ikut? sangat kan. ;p


untunglaa kan ada tempat nak pergi masa CNY dr dok melanga kat rumah..haha..dapat jugak angpau :)


p/s ada lagi cerita lepas dapat angpau ni.. nanti sambung ye :)


terima kasih sudi baca ^^

20120122

header baru sebab tak ada idea lain lagi dah !

assalamualaikum..

bermulalah cuti lepas final hari tu kan. duduk rumah selain buat kerja rumah mestilah dok mengadap lappy dan mulalah ade relationship dengan p1wimax ni kan. tak boleh pisah la sekarang kan..kan...kan...


asyik dok bace blog orang, blog aku yang bersawang ni siapa nak hapdate kalau bukan aku kan. fikir punya fikir, last last tak tahu nak hapdate apa. pastu dok tengok header lama, datanglah tetiba tangan nak mengedit gambar nak jadikan header baru. main taram je aku edit ni. tak cantik pun. tapi nak jugak gatal tukar header, update je la kan. penat edit, tukaq je la ! haha


beginilah rupanya header yang baru kan. walaupun boleh tengok besar gedabak yang kat atas ni, aku nak tunjuk jugak kat bawah ni. tak kira ! scroll bawah sekarang !






buruk kan! haha..biarlah..nnt kalau dah ade idea nak edit lagi cantek. aku tukar lagi :)
heeeeeee >.<



terima kasih sudi baca ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...