sticky post

lagu yang dimainkan di blog ini adalah lagu favourite writer tika writer dalam kegembiraan dan juga kesedihan. sesiapa yang tak senang mendengarnya, sila slow/ mute kan speaker anda. terima kasih.

scroll down for new post :)

20120228

LOVE is CINTA

Assalamualaikum^^


I Love Allah..

I Love Allah..

I Love Allah..

I Love Allah..

I Love Allah..

I Love Allah..


 How about you?

20120227

kalau ya pun. tak perlu menghina Islam dengan tatoo. damn it!

Assalamualaikum..





"Ever since she stepped onto the mainstream music scene back in 1997, Erykah Badu has long become one of the neo-soul’s most unique visionaries. The American singer, producer and actress will be bringing her soulful ways to Kuala Lumpur this February 2012."




aku tahu kau artis. kau nak datang Malaysia buat show. tp kau tak perlu nk promote diri kau dengan menggunakan Islam. aku hangin satu badan tengok cara gambar kau ni. kau lekatkan nama Allah dekat badan kau yang separuh bogel tu. how dare u Erykah Badu! 


The Star pun satu, kau tak payah nak publishkan gambar ni dekat paper kau. tak beragak. cuba fikir Malaysia negara Islam. sakit hati orang islam tengok seolah olah agama mereka diperlekehkan. faham? aku tak kisah lah kau baca blog aku ni ke tak. tapi apa yang pasti reader yg baca blog aku ni pun turut marah.


dah, aku benci kau. aku tak kenal kau walaupun kau ni artis! cissssss!












terima kasih sudi baca and boikot dia!

Aku Cintakan Dia | entry bergambar

Assalamualaikum^^

Entry kali nak menceritakan kerajinan aku yang nak membuktikan yang aku cintakan dia. dan entry kali ni juga aku tak tepekkan muka aku semata mata. aktiviti cinta mencintai ini ditambahkan lagi pada 26.12.2012 di surau Ar Raudhah Taman Nusa Perintis 2, Gelang Patah, Nusajaya.


sebab aku cintakan Dia aku sanggup turun bergotong royang demi meraikan Dia.





jemputan yang dijangka ramai kerana penceramah yang best. periuk ni buktinya.




gotong royong bersama jemaah jemaah di surau ni.




di capture ketika bergotong royong di dapur surau. hujan rahmat kerana ingin meraikan Dia.




susunan kerusi yang rapi untuk hadirin yang dijemput.




pentas yang ringkas disediakan oleh jemaah surau khusus untuk Qari dan penceramah.





simple, kemas dan comel.





haaaa ni lah sambutan yang aku sambut semalam. sambutan Nabi Muhammad S.A.W. Nabi Allah kita. kalau igt perjuangan nabi kita, lagi lah tinggi tahap aku cinta dan sayangkan nabi kita. aku suka dengar ceramah semalam pasal solat. penceramah tu cakap masa Nabi wafat, perkara yang Nabi selalu ingatkan ialah solat. tu yang penceramah kat surau semalam tekankan pasal solat semata mata.banyak yang aku tak tahu sebenarnya tentang solat. ruginya aku. tp alhamdullilahhhh. kerana kehadiran aku, aku dapat tambahkan ilmu~




- cintailah Nabi kita -






terima kasih sudi baca^^

20120225

facebook getting bored !

Assalamualaikum^^

aku nak bagitahu yang seriously aku dah bosan dengan facebook! ada tak laman yang baru nak aku sign up? kalau ada, khabar khabar kan dekat aku.

facebook jugaklah yang buat aku hangin badan~ kenapa? ahhhhh biar aku je yang tahu. deymmmmm~

nak delete akaun, sayang lagi, sebab ramai kawan yang memerlukan fb ni. kat sinilah tempat aku ketemu diorang bila berjauhan. mana handfon kau? ahhhh aku takde kredit -______-

tunggu je lahhh sampai bila jodoh aku dengan fb ni~ kalau kawan kawan aku search aku tak jumpa~ maknanya fb aku dah berkuburrrrrr...





terima kasih sudi baca^^

20120223

Again.

jatuh lagi
jatuh terhempas bak kaca berderai
musnah
musnah segala galanya
kecewa mengusai diri
tak usah pandang belakang jika ia menyakitkan
pandanglah hadapan
sinar pasti ada menunggu

jika mereka ada sinar
kenapa kamu tidak
bersabarlah...
janji Allah..
hikmah pasti menunggu
antara cepat atau lambat..
sabar..sabar..sabar...

ada kekuatan di sekeliling
tangan mereka sedia memaut bahu kamu tatkala kamu jatuh terduduk
kesal tiada bermakna.
tak kuat melawan takdir
kenangan mula ditanam satu persatu
biarpun lambat
biarkan ia terkubur........................


YA ALLAH, kuatkanlah kepada hamba hamba Mu yg diuji..


                                                                                                                                   sincerely,
                                                                                                                                 HONEYBARNEY

20120221

Wordless wednesday

Assalamualaikum^^






#  Maksud Wordless Wednesday, Setiap hari Rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan sebarang keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan semuanya.



terima kasih sudi baca^^

20120220

Kalau orang tanya, bagus juga jawab macam ni.

assalamualaikum^^


terjumpa ayat yang boleh tahan menggelikan hati                    


person 1 : Are you single?

person 2 : No, im plural.

person 1 : No, i mean, are you free this saturday?

person 2 : No, im expensive!


sigh~ aku dengar pun aku mengeluh. LOL

ada makna juga ayat ayat ni :)



terima kasih sudi baca ^^

terima

assalamualaikum^^


kena sedar and terima. betul tak cik dah? sila lah lempang kalau diri ku ni tak sedar. daku rela.


siapa tak nak macam ni kan kalau dah tua.



akan tiba masanya. tunggu dan lihat sajalah :)



tak habis habis update dengan gambar merapu. eh ske ati ahhh! idea takde. hohohohoho





terima kasih sudi baca ^^

20120219

Rahsia itu





so janganlah expect kita nak kehidupan macam dalam drama drama tu. oh sweetnya sufian. bestnya kalau dapat husband macam seth tan. and what so ever. kalau berangan boleh. tp kalau nak mengharap, baik jangan. sebab cerita tu semua direka oleh penulis skrip. tapi cerita perjalanan hidup kita telah ditulis oleh ALLAH S.W.T.



nampak tak bezanya tu?





Kita tulis benda2 baik..Tak semestinya kita baik..
tapi sekurang kurangnya kita tak tulis sesuatu tak baik kan? ✔
Kite cakap benda baik, tak semestinya kita baik..
Tapi sekurang-kurangnya kita tak cakap perkara2 tak baik kan? ✔
Kita buat baik, tak semestinya baik..
Tpi sekurang-kurangnye kita tak buat benda yang tak baik kan? ✔






 Kita bukanlah bagus sangat..tapi InsyaAllah,kita menuju dan berusaha untuk menjadi baik..Amin Yarabbal Alamin






terima kasih sudi baca^^ 

20120218

3.01 am

masih tak boleh tidur. perasaan bercampur. adakah aku terlalu fikir? atau aku yg goblok tak habis2 nak fikir? entahlahhhhh....


'ALLAH ADA DENGAN KITA'. betul tak?

20120216

Big family's tentative

assalamualaikum^^

tengah cuti kan. biasalah. kebosanan melanda. otak urat paru ginjal perut semua menjerit kebosanan. haih. semua cerita kat tv aku balun tengok. semua okay. semua -_-". cerita indon yang aku mencikk tu pun aku balun tengok. kadang2 tu dok tunggu bila nak start even cerita 10 kali masuk hospital, 10 kali kena culik, 10 kali hilang. tu yang aku minat nak tengok at last. deymmmm..


masa dok asyik mengemas dapur, nampaklah something. terus ada idea nak menghapdate blog aku ni ha. aku nampak tentatif family besar aku. geli hati bila tengok balik. aku yang menyalin balik tentatif ni sebab tak nak lupa. yelakan kadang kadang otak ni tak nak bekerjasama dengan diri yang makin lama makin tua ni. heh.




ni ha tentatif tu. sekadar tulis di stick note. kau ada? hehehehe


maaf ye. jangan tiru ayat di atas. takde tatabahasa langsung. bahasa pun kurang beradab. meh aku betulkan ayat tu balik.


1/1 - iwan negeri sembilan - family ikut rombongan meminang di negeri sembilan. iwan tu is my cousin iaitu bakal pengantin :). bakal isterinya tu orang negeri sembilan.

18/2 - lily is my cousin also. adik kepada iwan. dia juga akan menikah. so ayat yang betul, majlis nikah lily berlangsung pagi pada 18/2.

23/2 -  persandingan pihak lelaki lily (kan sopan tu. haih)

oh silap! baru sat bakal pengantin btwu yg salah tarikh! haha. tq for new information :))) meh betulkan balik!

awal bulan 6 - majlis pernikahan iwan.

30/6 - majlis kahwin dua pasangan. (kalau tak silap).

4/5 - majlis pernikahan iwan.

5/5 - persandingan pihak perempuan iwan.

12/5 - majlis kahwin dua pasangan (kompang dipalu...pengantin baru..ecehcehcehcehceh! )






haaaa..kan molek ayat macam tu. ni tak, main tibai je nak tulis ikut suka ginjal kau. oh maaf ye. maaf sekali lagi. aduh tak sabar hari sabtu. macam kau pulak nak nikah. okay bye!




terima kasih sudi baca^^



20120215

Jangan sikat sesuka hati !

assalamualaikum^^


aku baru dapat info sedikit, so aku nak share pada semua. harap harap dapat ikut la ye :)






  • Rasulullah s.a.w melarang menyikat rambut di dalam kamar mandi kerana perbuatan itu melemahkan akar rambut. 


  • Seseorang itu hendaklah duduk ketika bersikat kerana ia akan mengguatkan otot jantung dan elak daripada melakukannya secara berdiri sebab ia akan melemahkan jantung.


  •  Seseorang yang bersikat ketika berdiri akan terjebak dalam masalah hutang.

  •  Adalah makruh menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak atau bersadurkan perak.








sikat rambut dengan cara betul pun banyak hikmah yg kita boleh dapat kan. ni tak main sesuka hati je sikat asal rambut bersikat. kalau ikut cara ni mungkin kita akan lebih sihat. kan kan :)

















terima kasih sudi baca^^

20120213

seriously ni copy !

assalamualaikum..


kisah yang aku nak cerita kat bawah ni kisah si sang suami meluahkan kekesalan dirinya  terhadap Ustaz Nasir. kekesalan yang diluahkan ni pun sebab pesanan isterinya sebab isterinya tahu yang suaminya tidak akan tenang lepas pemergiannya dijemput ilahi. 

tersentuh sangat hati aku bila baca artikel ni even aku belum pernah mendirikan rumah tangga. mula mula aku buka je artikel ni, bila nampak macam panjang, aku just scroll je kebawah. bila aku nampak je ayat ni, "isteri saya ada berkata.,dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir ", aku terus scroll balik ke atas and baca balik satu persatu. seriously aku macam sebak bila aku teruskan baca. aku tak tahulah bila aku dah kahwin nanti, mampu tak aku jadi sesabar macam isteri dalam artikel ni. 



bacalah. mungkin kita boleh jadikannya iktibar..





Assalamualaikum….

Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….

Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan.harap ustaz tidak bosan mendengarnya..

Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yg amat baik dan setia.namun ustaz..,saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.

Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai.dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya.,seorang yang tidak pandai bergaya.,tetapi kuat pegangan agamanya..,bertudung labuh,bersopan santun..,baik budi bahasanya.,Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini segala-galanya diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia.

Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain..cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat.Ustaz, selepas berkahwin dengan isteri saya itu jiwa saya menjadi kacau dan keliru.saya amat marah kepada isteri saya.kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.

Ustaz sepanjang kehidupan kami.,saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya.dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya.,namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar.pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya.tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik.,dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah.dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya:“Abang dah makan…? Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”

Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya.apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?...abang tak pernah solat ke? Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya.perasaan geram.,marah., dan rasa terhina bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya., dia menangis terisak-isak.saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.

Ustaz pernah suatu hari.,dia ingin bermanja dengan saya,membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng untuk saya.pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone..ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya,saya tolak pinggan sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya., dengan linangan air mata dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…

Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.

Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.

Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah.dan saya kira itu adalah balasan apabila saya terlibat dengan kemalangan…tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun.hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya..,ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali.berak kencing saya dia tadahkan dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli.

Dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya..bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam berdenyut-denyut sakitnya dialah yang bangun dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit sehingga saya rasa lega dan tertidur..tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi.., risau saya mengerang kesakitan lagi.

Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan., dia sendiri tidak akan makan melainkan setelah saya kenyang.dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya. Bila saya kenangkan kembali.,sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat.kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun dia tidak mahu lagi menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huhu..

Sekarang baru dia kata saya suami orang.dulu.,dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya..ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan.Ustaz…..saya…kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya.besarnya dosa saya.,amat menyesal rasanya.

Ustaz….ketika saya boleh berjalan sedikit demi sedikit dan saya beransur pulih.,isteri saya jatuh sakit.badannya menjadi kurus kering.,tiada selera makan..,terbaring..tak bermaya..kata doktor yang merawatnya isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak kerana saya tahu sayalah puncanya.

Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk..mukanya makin pucat…tetapi dia tetap senyum.saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya.dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”.berderai airmata saya hancur hati saya.,pilu bercampur sebak yang amat sangat diikuti dengan perasaan menyesal.

Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan.,saya menjaganya setiap hari.saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir.

”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…” Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya..malah ada yang memuji saya kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.

Ustaz…..isteri saya ada berkata.,dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir.saya meraung..merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya.tapi katanya.,setiap yang hidup pasti akan mati dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya.ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.

Ustaz…tepat jam 3.00 ptg setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya..dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.

Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini...? apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..

Mungkin ini hukuman yang patut saya terima.Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat..,berbuat baik..,takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”

Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati.lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati..kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu dia harapkan dari saya….

Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…sayang abang….selamanya."

Ustaz..saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang…

Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah….

Terima kasih ustaz….doakan saya…….





sedihkan. sabar je lahh. kita just boleh doakan agar hidup kita tak senasib hidupnya. moga moga Allah menganugerahkan kita isteri dan suami yang soleh dan solehah. aminnn~


tiba tiba aku rindukan dia. aku doakan dia aman dgn kehidupan dia :)





terima kasih sudi baca^^

20120212

aku minat lagu lagu mereka

assalamualaikum ^^


dah takde bintang ni kat dunia. aku minat lagu whitney houston ni. aku tak tahu apa sebab dia bolah meninggal. tak explore lagi. nanti nanti lah. tak penting pun. kan..



lagu ni laaaaa yg aku minat gila. sebab vokal dia memang mantop gila..







tapi nak buat camne kan. ajal dia dah sampai. takziah la kat family dia and peminat peminat dia.



terima kasih sudi baca ^^

20120211

kau pinangku dengan bismillah



Tuhan memberikanku cinta
Untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
Hanya untuk berkasih berbagi denganmu
semua orang inginkan cinta. cinta tu perlu dalam hidup cuma cepat atau lambat je cinta tu sampai. cuma kena sabar je lah kan. doa dan minta pada Allah supaya cinta tu diberkati dan dirahmati. cuba tengok lirik kat atas ni. paham kan? bila kita bercinta, kalau nak kekal jangan lupakan Allah. kerana dia yang menciptakan cinta untuk kita.

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah
nampak tak lirik kat atas ni. kena mintak restu Allah untuk memiliki cinta supaya kekal dan berharap cinta tu kekal ke akhir hayat kita. oh sweetnya kalau bakal husband kita cakap macam tu kan. hikhikhik
Hampa terasa bila ku tanpamu
Hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
Hanya dirimu satu yang aku inginkan
Ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)
biasalah kan, bila dah bercinta, kalau takde,rasa hampa, kalau takde, rasa macam nak mati. pape pon tak boleh kot kalau orang yg kita bercintan tu takde. betul tak? tak betul? tipu lettewwww.. berjanji tu berjanji jgk kan. kalau rasa tak yakin, jangan berani berani nak berjanji. kecewa pasangan nanti.

*pandai pandai je aku komen kan. haha

terima kasih sudi baca ^^


20120203

iklan tv3 yang paling tak boleh blah awal 2012





seriously tiap tiap kali aku mengadap tv3. iklan ni lah yang aku paling tunggu sekarang ni. aku suka. aku suka. tengah tengok, mesti  gelak terkekeh kekeh sorang sorang. sampaikan aku cakap 'tv3 ni takde kerja gaknye sampai buat iklan cenggini'. hahaha. 



tv3 tolonglah buat iklan macam ni lagi. for sure bukan aku je suka, ramai mesti suka punya. pelis pelis pelissssss LOL XD



mesti korang pun suka jugak kan. tak? eleh tipu lettewwwww ;p





terima kasih sudi baca^^

20120202

minta maaf dan memaafi

Assalamualaikum^^

aku sedar selama ni aku silap. aku susah nak minta maaf dekat orang. sampaikan ada seorang kawan aku ajar aku macam mana nak minta maaf. teruk kan? bila dah biasa dengan dia. aku dah boleh say sory dekat orang and dekat dia.

tapi aku faham susah pula nak maafkan orang bila kita dah terkecik hati. kan? takpe belajar memaafkan orang walaupun susah. pujuk hati tu. lama lama ok la kan. lagipun aku dah belajar banyak benda dan banyak yang kita dapat bila maafkan orang lain.

dengan  memaafkan kesalahan orang lain, hati kita akan bebas dari dendam dan dan seterusnya membuatkan kan kita lebih terasa aman.

dengan meminta maaf akan kesalahan diri sendiri pula, akan membuatkan kita dan sekeliling kita lebih aman.(oh rindu)

hari hari sebelum tidur, maafkanlah dan minta maaf kepada orang lain. ok? insyaAllah hidup kita akan jadi lebih tenang bila kita bangun besok :)

kepada yg baca, maafkanlah saya if saya ada buat awak awak semua kecik hati sama ada dalam sedar ataupun tidak. sesungguhnya saya tak berniat nak buat awak awak semua kecik hati. yang buruk datang dari diri saya. yang baik datang dari ALLAH TAALA.




terima kasih sudi baca^^

20120201

kata hati

diri : lupakan

hati : oh tidakkkk

diri : rindu

hati : bukan bukan

diri : sayang

hati : ye sangat sayang

diri : habis tu?

hati : redha.............ada hikmah disebaliknya :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...