sticky post

lagu yang dimainkan di blog ini adalah lagu favourite writer tika writer dalam kegembiraan dan juga kesedihan. sesiapa yang tak senang mendengarnya, sila slow/ mute kan speaker anda. terima kasih.

scroll down for new post :)

20120430

Hanya untuk suamimu

Assalamualaikum^^



ppssttttttt..ppsssttttt(selagi tak puas hati)..ppssstttttt(selagi orang tak bersin)..ppsstttttttttttttttttttttttttt(selagi orang  dekat sebelah tak pengsan).. *pssstttt means adegan tgh spray minyak wangi. saja highlight sebab tahu tak semua faham -_-"


ha macam tu lah kan kalau orang yang suka pakai minyak wangi. lumrah perempuan suka cantik cantik, suka wangi wangi. kalau seorang perempuan melintas di hadapan kita, haruman dia tak hilang walaupun dah 10 tapak dia meninggalkan kita. dalam hati mesti memuji muji bau haruman tu kan lepastu tertanya tanya jenama apa yang perempuan tu pakai. kan kan? eh tak? aku lettewwww..LOL


kita yang perempuan dah macam tu, kalau kaum adam yang bau wangian macam tu agak agak macam mana? mestilah confirm confirm lah (nampak tak banyak 'lah' kat situ) suka lepastu siap tertoleh toleh nak tengok gerangan wanita yang berbau harum tu.


kalau benda atau situasi macam ni berlaku, maknanya berdosalah wanita itu kerana telah menarik minat (atau nafsu) kaum Adam terhadapnya.


Allah juga sukakan kecantikan dan menggalakkan umatnya berwangi wangian, berhias untuk kelihatan cantik bila melakukan ibadah. tapi yang bersesuaian. Dalam surah Al-A'raaf, ayat yang ke-31 ada menyatakan bahawa :



"Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadah (atau mengerjakan solat), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas."

Dan juga kene ingat perhiasan kaum wanita hanya terhad pada golongan tertentu sahaja. betul....tak tipu...

ada surah yang boleh buktikan, surah An-Nuur, ayat 31 yang bermaksud bahawa :


"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

banyak jugak riwayat dan sabda yang melarang wanita memakai wangi wangian.

"Seorang wanita yang memakai bau-bauan dan melintasi satu kaum (orang banyak) maka dia itu adalah perempuan zina" (Abu Dawud, Tirmidzi)

Nabi s.a.w bersabda "Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima solatnya sehingga ia mandi dahulu (membersihkan dirinya dari wangi-wangian tersebut)." (Sahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)

Abu Hurairah menceritakan bahawa dia pernah bertemu dengan seorang wanita sedang pulang daripada masjid dan ia berbau wangiannya, lalu beliau menegur "Wahai hamba Allah, apakah kamu pulang dari masjid. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa Allah s.w.t tidak akan menerima solat wanita yang memakai bau-bauan ke masjid sehingga dia pulang dan mandi......" (Abu Daud, An-Nasaie, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)

Abu Musa meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda, "Setiap mata itu berzina (apabila memandang dengan nafsu wanita yang asing). Dan seorang wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melalui sesuatu majlis, maka ia adalah demikian, demikian...(penzina)" (Riwayat Tirmidzi)

Jelaskan hadis kat atas tu menyatakan bahawa wanita dilarang/haram memakai wangi wangian ketika keluar dari rumah dan juga berhias berlebih lebihan kecuali bukan untuk suaminya. kalau takut sangat bau badan, banyak dah deadorant yang jual kat kedai kedai tu. tu lah pelindung bau badan.

entry ni tak bermaksud nak siapa siapa. tapi sekadar nak mengingatkan. untuk kebaikan kita sebagai Islam juga :)

dan kesempatan ni kan, nak ucapkan tahniah pada cik dah kita sebab nak melakukan satu perubahan yang pada aku la kan, perubahan yang sangat besar. Alhamdullillahh :) nak ikut boleh?


wahai wanita, kecantikkanmu dan kewangianmu hanyalah untuk suamimu



terima kasih sudi baca^^


20120428

Ya..masih!

Assalamualaikum~



ya masih..

masih apa?

masih tidak lupa~

lupa siapa?

entah :(

jangan tipu!

Dia...ye dia...masih tepahat kemas.

sabarrrrrr...doa..

iye..sentiasa berdoa :(

kalau sabarrr, reward dia nanti mesti best :)

yeaayyyyyyy!!! :))))



 *entry gilaaaa




terima kasih sudi baca^^

20120427

Terima Kasih !

Assalamualaikum awak..


ni sahaja saya mampu cakap,



terima kasih sebab pernah singgah di hati saya.
terima kasih sebab pernah bahagiakan saya.
terima kasih sebab pernah jadi kawan saya ketika dalam susah dan senang.
terima kasih sebab banyak tolong saya.
terima kasih sebab mengambil keputusan yang terbaik.
terima kasih sebab ni semua kesedaran saya kembali.
terima kasih sebab sudi berkawan dengan saya lagi.
terima kasih sebab wish saya.
terima kasih sebab doakan saya berjaya dunia akhirat.
terima kasih sebab ingat lagi email kita.
terima kasih sebab pernah ber'ym' dengan saya.
terima kasih sebab masih lagi bermesej dgn saya dgn alasan teringatkan saya.
terima kasih sebab masih baca blog saya.


Terima kasih awak...terima kasih! :))



saya sentiasa ingat orang yang pernah singgah dalam hidup saya! orang yang banyak membawa kebaikan kepada saya!



saya bangga dengan keputusan hidup awak sebenarnya~


ni lagu khas untuk awak ;)



lagu ni saya bagi sebab saya nak awak jadi mcm ni untuk orang yang sesuai dengan awak. dan juga lagu feveret saya.


ada lagi satu...dengar tau..




dengar intro dia, 


"lagu ini bertemakan tentang pertemuan dan perpisahan..setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan. dan sebenarnya yang kita cari adalah keredhaan Allah S.W.T"

itulah yang terjadi antara kita. semua ada hikmah. mungkin bersahabat lagi mengekalkan hubungan sesama kita. alhamdullillah. bersyukur padaMu Ya Allah....





terima kasih sudi baca^^

20120424

Pengalaman baru dalam hidup

Assalamualaikum.

Satu lagi nyawa telah diambil olehNya. Nenek saudaraku. Moga Allah mencucuri rahmat keatasnya. :(

Syukur sangat sangat ke hadrat Ilahi juga kerana mengurniakan aku pengalaman baru. mungkin ini bukan pengalaman pertama untuk korang. tapi ini serius pengalaman baru untuk aku.






mak : jom teman mak mandikan jenazah nenek


aku : eerrrrr


mak : jom! kesian nenek.


aku : *gulp


mak : selawat banyak banyak


aku : *menuruti tanpa bantahan.





*gulp* bukan bermakna aku taknak. tapi aku sedikit takut dengan pengalaman ni. memandikan jenazah. bila aku fikir balik, bila lagi aku nk belajar cara mandikan jenazah kalau bukan sekarang. peluang dah ada depan mata. esok lusa kita juga yang menghadapi situasi tu. betul tak?

dengan kekuatan dari diri aku sendiri. Alhamdullilah :) semuanya selesai dengan mudahnya. selawat dan Al-fatihah bermain di bibirku tatkala sedang memandikan jenazah.

lepas ni kalau pergi rumah uncle, mesti teringat nenek. rindu! 

AL-FATIHAH~






terima kasih sudi baca^^

20120423

Legoland Malaysia dibuka Akhir 2012 dan menawarkan harga promosi untuk pas tahunan.

Assalamualaikum ^^

Disebabkan rumah aku hanya 5 minit jaraknya dengan Legoland. so kadar keinginan aku untuk menghapdate tentang Legoland sangatlah tinggi. hewhewhew. sempena pembukaan Legoland, dengar dengarlahh kan, mcm ade promotion.

yang aku dapat tahu, menjelang pembukaan Legoland di Nusajaya, Malaysia pada hujung tahun depan ni, sesiapa kini boleh mendapatkan pas tahunan Legoland pada harga promosi iaitu RM195 untuk dewasa dan RM150 untuk kanak kanak.


tapi promosi ni hanya untuk warga Malaysia dan warga Singapura sahaja.

baik grab sekarang!

sebab after promotion ni, harga dah jadi lain. harga untuk pas tahunan untuk dewasa jadi RM275 dan untuk kanak kanak jadi RM210. kalau untuk harga tiket biasa untuk dewasa RM140 dan kanak kanak RM110. haa jauh bezakan. rugikan kalau beli lambat!

lagi satu untuk warga Malaysia! pemegang Mykad akan dapat rebat sebanyak RM30 untuk tiket biasa.



JOM LAH! JOM LAH!






terima kasih sudi baca^^

20120421

Jangan mengharap sesuatu yang tak pasti

Assalamualaikum^^


Bagi sesiapa yg sedang bercinta, inilah doa terbaik. sebabnya kita tak tahu apa yang pasti untuk kita. cuma kita perlukan yang terbaik untuk diri kita. dalam pada yang nak terbaik tu, doa tu penting. setuju?



memang kita kecewa kalau jodoh yang kita nak tu tak sampai. kecewa melebihi segalanya. tapi kecewa tu ambil masa untuk dipulihkan. memang orang yang takde pengalaman akan cakap "kenapalah kecewa sampai mcm tu". tak pun "aku peliklahhh,pasai cinta pun nk bunuh diri" tak pun "dah lah, lupakannn je. kau tu cantik/hensem. tak kann lahhh takde orang lain nak". 

memang tu semua betul. tapi yang mengalami je yang tahu mcm mana susah dan peritnya nk melupakan sesuatu yang dah biasa, sesuatu yang dah terpahat dalam kotak fikiran ni haaaa~kadang tu kalau iman tak kuat, macam macam yang kita fikir. sampaikan bende bodoh pun kita sanggup lakukan.

keluarga dan rakan rakanlahh yang penting dalam hidup kita. takde mereka, memang kita tak mampu nak menghadapi apa sekalipun dekat dunia ni. tapi yang paling penting diri kita kena kuat dan minta pada yang Esa. sesungguhnya Dia lagi maha segala maha yang tahu apa yang terbaik untuk diri kita.



ayat kat atas ni memang sangat motivate untuk sesiapa yang kecewa bab bab cinta ni. aku sendiri pun sentiasa ingat kata kata mutiara ni. memang betul. tak kira lah hubungan tu 10 or 20 tahun lamanya. kalau Allah dah kata bukan jodoh kau. mesti titik noktah muncul.


so ingatlahhh kalau dah terjebak dalam cinta, jangan terlalu mengharap. nanti diri yang merana. alahhhhhhhhhh selagi tak bekerja,single lagi best apa, bebas nak buat apa sahaja tanpa ikatan. betul tak? *elak kene tibai je aku dek orang orang tgh bercinta ni. danggggggggg!







terima kasih sudi baca^^





20120417

Kabus dan kiamat. Apakah?

Assalamualaikum^^

sekarang aku tengok pagi pagi hari dekat segamat diliputi dengan kabus tebal. aku rasa lain macam. nak sedapkan hati, "pagi kan, memanglah kabus!"

dah beberapa hari pun still sama.

so semalam one of my friends cakap kabus adalah salah satu tanda kiamat. terus lah meremang bulu aku. betul ke apa sangkaan aku mula mula tu. Ya Allah jauhkanlahh...

aku pun apa lagi. on lappy untuk bertemu encik google. google punya google. dapatlah sedikit info.

from www.ukhuwah.com mengatakan bahawa:

Kemunculan Kabus ad-Dukhan.

Masa keberkatan ini akan beralih pula pada suatu masa yang dikatakan sebagai masa penamat usia alam ini. Kebaikan akan bertukar menjadi kemungkaran sehingga tak terbendung. Dalam masa ini, dikatakan suatu hari langit kan dilitupi kabus (ad- Dukhan) yang kemudiannya turun kebumi. Mereka yang masih beriman akan mendapat sedikit kesakitan, orang-orang kafir pula akan pengsan. Kabus ini berlaku selama 40 hari.



untuk mendapat kepastian, aktiviti menggoogle diteruskan.


From www.lamankongsi.com pula mengatakan:

Tanda-Tanda Kiamat akan Berlaku seperti berikut:



Kemunculan Imam Mahdi
Kemunculan Dajjal
Keturunan Hazrat Isa (AS)
Kemunculan Yakjuj Dan Makjuj
Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
Pintu pengampunan akan ditutup
Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
Kabus selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shj mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan,
Kemusnahan Kabah,
Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap,
Sangkakala akan ditiup pertama kalinya binatang2 & org2 kafir akan mati bersama kiamat, semua gunung & bangunan akan runtuh
Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membangkitkan semua ciptaan Allah & bertemu di dataran Arafah menuju saat penghakiman mereka.. Dan Matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi pada jarak 1jengkal atas kepala.


Kita selalu kirim macam-macam bende kat FB kan, terutamanya hal duniawi, tapi bila kirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berfikir-fikir. Sebagai peringatan untuk diri sendiri dan juga umat Muhammad s.a.w, segeralah bertaubat, jangan tunggu sampai hari pembalsan muncul (kiamat), sesungguhnya Allah itu maha pengampun dan mengasihani hambanya.


sesungguhnya :

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:

"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di Syurga baginya pada hari penghakiman kelak."

Allah berfirman :
"Jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari SyurgaKu"



Terima kasih sudi baca^^



20120415

memang diri seorang pelakon.


Assalamualaikum ^^

kebahagiaan datang kembali. teruja? seronok? ya memang. tapi harus lebih berhati hati dari pengalaman dulu. jangan terlalu mudah untuk memberi dan menerima. memberi ibarat sudah menerima suatu risiko yang tak dijangka bila berlakunya. faham apa yang cuba aku sampaikan? maksudnya takdir Tuhan, apa pun boleh jadi. betul tak? kita ni kan ibarat pelakon.antara sedar atau tak je yang kita ni dah lama jadi pelakon. skrip memang sudah tertulis. cuma yang bestnya, kita tak perlu hafal skrip and kita tak tahu skrip seterusnya.

so janganlah nak terujaaaa sangat kalau tengok drama drama yang romantik tak ketahuan hala tu. tu semua skrip direka manusia. *emo* memang best..tapi tak sebest yang skrip ditulis Allah Taala. Dia maha mengetahui dan Dia tahu yang terbaik untuk setiap umatnya.

berbalik perenggan diatas. memahami dahulu lagi penting sebelum meneruskan. meneruskan dengan ikatan sah itu lagi baik sebenarnya. macam macam yang boleh dielakkan. janganlahh dok tanya apa. sendiri tahu. sendiri dah besar. bukanlah kata tak boleh menerima. bila dah berkenan sesangat. macam dah rasa tercuri sangat hati tu. terimalah.tapi tu lah. bila dah menerima, bersedia dengan risiko.

saya dah rasa tercuri *senyum* . awak awak cane? tapi sabar. banyak lagi step. semua diatas restu dan keredhaan. kalau ada jodoh tu, adelah kan. kalau tak ada baik berhenti dari meneruskan. apa yang penting doa. senjata kita sebagai seorang Islam.


Jagalah watak kita sebagai seorang pelakon di pentas dunia yang penuh pancaroba ni. nak dapat anugerah dari Allah bukan senang. Anugerah dari Syaitan memang senang. anugerah yang menyakitkan. nak? *jegilan mata* tak nak kan. so pandai pandailah bawak diri.


Adios.


terima kasih sudi baca^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...