sticky post

lagu yang dimainkan di blog ini adalah lagu favourite writer tika writer dalam kegembiraan dan juga kesedihan. sesiapa yang tak senang mendengarnya, sila slow/ mute kan speaker anda. terima kasih.

scroll down for new post :)

20110530

AKU KATA TAK NAK, TAK NAK LAA !

rokok

segmen 24 hours oleh BEN ASHAARI. kalau nak tahu lebih lanjut pasal segmen ni. klik DI SINI.

segmen ini adalah sempena HARI TEMBAKAU SEDUNIA pada 31st MEI.

HB memang tak suka gilaaaaaa orang merokok. benci okay. kalau HB berdiri sebelah perokok yang sedang merokok, rasa macam ank sesak je nafas HB. tak tahulah kenapa. hidung HB tak boleh terima asap rokok tu.

harga rokok yang HB tahu kebanyakkannya RM10 sekotak. gila mahal kan. kalau hisap tak sampai 5 minit sebatang. memang betul betul bakar duit tu. kalau sehari sekotak, 2 hari RM20 la kan? beli ikan pun lepaass derrrr~ kalau penyakit jangan cakap. free free je dapat. bukan penyakit biasa biasa tau. tapi yang boleh bawak maut punyyeeee....

fikir fikir kan lah ye>.<

terima kasih kerana sudi baca^^


20110529

KENAPA LELAKI CURANG?

Assalamualaikum^^



            

saje je pagi pagi ni dah buat entry negative. hehe. its all not about negative perception only. ada kebaikan juga. meh baca >.<

kata kata lelaki semasa bercinta :

“Kalau you busy macamana pun…tak apa, I tunggu.”
“You tak pandai masak pun tak apa, kita boleh makan luar je”
“I akan tetap cintakan you walaupun fizikal you berubah.”
“I suka you sexy, menaikkan semangat I tau”
“I’m a good listener, you can talk about anything to me.”
Kata lelaki, setelah tertangkap berlaku curang…

kata kata lelaki bila dah kahwin : 

“You selalu busy…I kesunyian so I cari lain lah.
“You tak pernah nak masak kat I, so ‘makan’ luar lah”
“You dah gemuk…I nak yang slim-slim.”
“Pakaian you terbukak camana pun…semangat I dah hilang kat you.”
“You cakap banyak sangat…bingit telinga I, BOSAN!!”

cepat betul berubah..hehe. marah lelaki kalau baca ni..relax la deerrr..mula mula telinga perempuan sedaaappp je dengar kata kata lelaki. dah lama lama buat sakit hati. janji hanya tinggal janji. betul tak?


semua lelaki nak lebih dari satu kan. tipu kalau lelaki tu cakap tak. kalau dia cakap tak, mula mula je tu. percayalah...gila batu api..kekekekeke

tapi hakikatnya la kan, selepas lelaki curang and kahwin lagi satu, kebanyakannya mesti ada rasa penyesalan sedikit. bukan penyesalan apa. senang cakap camnih "kalau berkahwin lebih dari satu nih, dalam 10, yang sedapnya 1, yang tak sedapnya 9" faham tak? macam tu lah maksudnyaaaaa...

tapi tak bolehlah salahkan lelaki sahaja. betul tak? kaum hawa pun kena berhati hati dalam perhubungan. sentiasa mengimprovekan mana yang tak betul. supaya hubungan sentiasa maaannniisssss..hewhewhew

nasihat ni sangat laaahhhh berguna pada kaum ADAM dan kaum HAWA

Nasihat kepada kaum lelaki :
Carilah wanita yang benar-benar you suka. Sukakan segala-gala tentangnya. Suka cara bercakapnya, suka lenggoknya, suka personiliti…suka semualah. Kemudian bayangkan yang you akan grow old together…kalau boleh nampak bahagia…then bro pasti cinta akan hadir dengan sendiri, mengikat hati anda berdua.

Nasihat kepada kaum wanita :
Pandai-pandailah mengubah scenery kehidupan anda berdua agar pasangan anda tidak mudah jemu. Tukar-tukarkan cara berpakaian, style rambut, ubah cara sentuhan dan panggilan! Pelbagaikan pulak perkara yang dilakukan, tempat yang dikunjungi, persoalan yang diperbualkan. Kalau biasa duduk belah kiri, duduk belah kanan pulak. kalau biasa di bawah, kenalah di atas pula. Kalau semua dah biasa…fikirkan sesuatu agar everything menjadi luarbiasa. Barulah happening dan teruja pasangan anda tuuu…

fikir fikir kan lah ye..>.<

terima kasih kerana sudi baca^^

DI FOLLOW BEN ASHAARI

Assalamualaikum^^


wahhh wahhhh~~~
blogger mana yang tak kenal BEN ASHAARI..abang ben yang sangat terkenal di kalangan bloggers Malaysia..terkejut sebenarnya blog sekerdil ni di follow oleh abang ben sendiri..


tengok ni ^^





thanxs abang Ben~!





biarlah orang nak cakap apa, janji blog HB dah di follow oleh Blogger ternama nih...BEN ASHAARI..ni semua sebab segmen yang dianjurkan abang ben...follower dan rakan rakan bog pun semakin bertambah....alhamdullillah^^






blog abang ben ashaari..klik DI SINI^^


andddddd undi abang ben di SINI untuk DiGi WWWOOW Awards.

GUD LUCK Abang Ben..^^


terima kasih kerana sudi baca^^

BEN ASHAARI REDAH BLOG BARU JER

Dok bosan mengadap laptop. lagi tadi asyik dok baca blog orang je sebab nak update blog sendiri dah tak ada ideaT_T sedih kan?tak?ok fine.. time refresh page balik, nampak abang Ben update blog dia. then baca..hikhik..gelak sendiri. sebab tiba tiba ada idea and automatik nak update blog dengan segmen Abang Ben ni..


syarat syarat untuk siapa siapa yang nak join segmen ni mestilah follower below 500. mestilah aku kan? haha..bukan stakat 500, 100 pun tak sampai..ngehngeh..

nak join?




1 step : letakkan header abang ben cam kat atas ni.

2nd step : tajuk entri yang anda join ni mestilah "BEN ASHAARI REDAH BLOG BARU JER"

3rd step : lepastuh link kan pada page BEN ASHAARI tu.

senangkan? untuk berkenalan dengan blogger baru and mungkin boleh tambahkan follower, MUST JOIN^^ this segment :)


terima kasih sudi baca^^

20110527

KAMU PERLU TAHU!

Assalamualaikum^^

hai, ni HB nak cerita something. kenapa nak cita? HOI bialah! dah terang terang entry kamu perlu tahu!T_T hari tu, HB ada beli majalah REMAJA edisi MAY 2011, yang ada HANIS ZALIKHA tu. thats why beli. hewhewhew. then, baca punya baca, ada part yang menarik yang rasa macam nak share. nak tahu? apa? tak nak? kalau tak nak, RUGIIIII~



help ke???



or advise?? tah..abce je lah! heheee^^


kalau korang semua nak tahu,

  • sekurang kurangnya ada 5 orang dalam dunia ni menyayangi kamu dan sanggup mati kerana kamu. woww!
  • sekurang kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi kamu dalam beberapa cara. korang perasan tak? mestilaahh tak^^
  • sebab utama seseorang membenci kamu adalah kerana dia ingin menjadi seperti kamu. jeng jeng jeng. agak agak sape yang benci korang tuh~xpayah layan..
  • senyuman daripada kamu boleh memawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai kamu. lepas ni, senyum senyumlah. tapi janganlah meleret leret. nanti orang cas gila^^
  • setiap malam ada seseorang mengingati kamu sebelum dia tidur. tak semestinya BF okay. parent sudah semestinya ingat anak anak mereka!
  • kamu amat bermakna dalam hidup seseorang. macam nak nanes dengar statement niT_T.
  • kalau bukan kerana kamu,seseorang itu tidak akan hidup bahagia. nak nanes lagi T_T
  • kamu seorang yang unik. setiap manusia ada keistimewaannya. so jangan terlalu merendah diri.
  • apabila kamu membuat kesilapan yang besar, pasti ada hikmahnya. jangan terlalu membebankan diri dengan kesilapan tu. fikir positive!
  • sekiranya kamu merasa kamu dipinggirkan, fikirlah semula. mungkin kamu yang meminggirkan mereka.
  • kenangilah segala pujian yang kamu terima. lupakan segala maki hamun, caci dan cela.

perlu tahu kan....teheeee...dah dah xpayah ucap terima kasih,tadi tak nak tahuT_T

teeheeee^^


terima kasih kerana sudi membaca^^

20110525

BILA TAKDE KERJA.

sekarang...
dalam kelas...
sebab ambil intersesi for subject MANAGERIAL ECONOMY..(korang ada?)
ni lah bila takde kerja..
lect keluar pergi makan,
HB sebagai seorang pelajar yang berwawasan ambil tempat lect and on pc then online..haha

pukul 2, sambung balek chapter 4.
half of chapter 4 yang belajar tadi dah pening,
jap lagi kalau sambung, mungkin pengsan T_T
ok..semua tengah borak.
macam nak join..
tapi HB tengah sakit..
so mud pun takde..
balek tempat pasni,nak tido..


byeeeee korunnnkkkkk ^^
doakan HB berjaya..
mmuuaaxxsss <3


terima kasih kerana sudi membaca ^^

20110523

DOVE. YUMMMYYYY~!

assalamualaikum ^^


dear bloggie^_^ haritu pergi guardian. then terjumpa coklet dove. nak try. bila try, very yummy u know. sekarang mmg dah gila coklet ni. nak beli lagi. price pon tak mahal sangat taw. puat hati kalau makan. try lah! pergi beli sekarang. kalau takde duit, mintak parent dengan buat muka seposen. elak kena pelempang, ooppsss! hewhewhew..


tapi kali ni serious! try!


kalau tak pernah jumpa, macam ni rupa coklet DOVE tuh..



ada 4 flovour



coklet tu macam ni. cantik kan design dia.


dah tahu kan. must try!



terima kasih sudi baca^^

20110522

FROM SERABUT BLOG TO SIMPLE BLOG

assalamualaikum ^_^



lain kan blog HB?



disebabkan terlalu berat blog HB ni, HB terus remove sedikit widget yang tak penting and backgroud yang HB dok meroyan asyik tukar tukar tuh. so, inilah hasilnya. simple. but HB letak macam macam colour konon konon menarik. teehee.


so pada sesiapa blogger yang agak agak blog dia berat, remove la apa yang patut supaya senang follower nak bukak and tak serabutkan mata follower anda.


sekian.



terima kasih kerana sudi membaca

20110520

TANDAS

Assalamualaikum ^_^


semua orang suka tandas yang cantik. betul tak? betul ! tapi ada segelintir memang suka tandas cantik, tapi pemalas nak cuci. betul tak? betul lagi ! tandas sangat sangat lah perlu untuk dijaga. macam orang tua cakap, tandas mencerminkan kebersihan diri dan juga kebersihan rumah tu sendiri. kalau bersih tandas tu, bersihlah rumah tu. kalau kotor gila tandas tu, maknanya jawablah sendiri ! i mean vise versa.


lepas ni bolehlah kalau pergi rumah kawan kawan, tengok je toilet dia kotor, terus cakap depan muka dia "pengotorlah kau nih!". tak pun, pergi rumah kekasih, tengok toilet dia kotor dan menggelikan, just say "PUTUS !" LOL..


so, ingatlah ye. rajin rajinlah tengok keadaan tandas tu, bukan susah sangat nak cuci. kau tabur je sabun and then berus. sambil mandi pun boleh. at least, seminggu sekali. barulah selesa ^_^


tapi, memang teruja gila kalau tengok toilet yang sangat cantik. kadang kadang decorate dah macam hall rumah. luar biasa!



kalau toilet macam ni, sayangg gila nak mandi and nak membuang kat situ. kan2?




kalau yang ni, sekali pandag macam klinik gigi. tapi klinik gigi pun tak cantik macam nih !



gila lah daring toilet nih. warna memang main peranan!



WOW! very classy!



simple ! tapi macam nak tidur je dalam ni je...


kalau ada duit, decoratelah toilet macam kat atas nih. tak salah. daripada muka cantik, hensem, poket banayk duit, tapi toilet kotor pun tak guna...




terima kasih kerana ssudi membaca

20110516

GRADUATION DAY


yeay! pemegang rasmi diploma! hee. okay. 15 may adalah hari graduation HB. sangat gembira bercampur penat and panas and hujan then basah and and and anddd what so ever. fuhh~~~



tersangat sangat lah ramai pada graduation day tu. sampaikan anak hilang parent and parent pon kehilangan anak. bayangkan. dah lah call pon tak berapa nak dengar sebab suara yang lain dah melebihi tahap suara kita ni. apa pon, alhamdullillah..masa yang ditunggu tunggu hampir 3 tahun 1/2 telah pon selesai. HAPPY GILA.




time time macam ni kalau tak tangkap gambar memangla rugi. tersangat sangat rugi. masa ni lah nak jadi macam orang yang tak pernah jumpa kamera. haha. tapi time ni sumpah tak segan sebab orang sekeliling pon buat perkara yang sama macam kita. SNAP SNAP AND SNAP!




ni lah situation masa kat sana.


ramai kan..





before bertolak
serba putih..baju yang sungguh suci ini dihadiahkan oleh yang tercinta,my lover ever.
thanxs :)




sampai sampai je kan. cari parking. fuhh~~~serius lau HB jd abah,boleh mengamuk kat situ. punyelah payah. dalam 20 minit rasanya cari parking. tu pon main park je sebelah pokok. nasib baik traffic kat situ faham keadaan. traffic tu cakap bolehlah sebab tengah darurat. masa tuh memang "THUMBS UP FOR UK/TRAFFIC!"



then terus lah mendaki tangga yang seakan akan batu cave kat stadium untuk naik ke DATC tu. fuhhh lagi~~~ badan dah macam kene siram air. panas! eeuuwww~ who's care!



sampai sampai je terus call manja and lea sebab nak sama sama. hee. call lover ever tak dapat lagi sebab turn dorang tak habis lagi...



then, bila lover ever dah keluar, lover ever call and terus jumpa sebab nak amek gambar disaat saat bahagia camnih~ kekeke



taken by emak HB. hehe.






my lover ever <3
taken by emak lagi :)






lepas emak dah amek gambar lover ever, barulah gambar anak dia. hehe



dah lepas amek gambar dengan lover ever, rush masok dewan. dah lambat. semua kawan kawan dah beratur. nasib sempat.



bila dah masok tu kan, dewan tu punyalah sejuk. acara pun start. start dengan degree. memaglah lama yang teramat lama nak tunggu turn. FUHH~~~sampaikan keluar sebab tak tahan sejuk and lepak dalam toilet jap. dalam toilet tu pon jadi nak amek gambar.





nasib tak nampak macam toilet kan.
rindu dengan diorang ni.
lea and dayu.




lepas dah duduk lama dalam toilet, masuk dewan balik dengan keadaan yang sangat selesa, snap lagi picture. macam ni lah keadaan DATC tu.




hilang nervous dari pentas. hehe.





snap lagi :)





bila time dah abes tu. graduan punyalah sorak tanda dah abes. memang gila diorang ni. havock sungguh dewan tu jadinya. emak dah message kalau keluar, pandang atas, emak snap kan gambar. ape laaggiiii.....



macam ni lah rupanya. hehe.






suka sangat pict ni :)







me :)







abah and emak tercinta.
LOVE THEM SO MUCH.
thanxs for everything :)

syukur pada ALLAH S.W.T. alhamdullillah.


*terima kasih kerana sudi membaca









20110508

IBU SAYA. BUKAN AWAK.

saje je entry macam tuh kan. hehe. ni nak cita. nak cita sal emak kita. bukan emak awak atau awak atau awak juga. EMAK SAYA. emak saya sangat co0l. tapi tak semua lah yang c0ol kan. kalau semua c0ol, memang mengening ngening lah lemak kita kan. kekeke.



kene marah? em..biasalah tuh. emak mana tak mara kalau anak wat salah dengan dia. dah mengandung 9bulan. bwk 3 kilo dalam perot. ingat senang ke? susah woh. cuba bayangkan beras 3kilo ikat kat perut bawak kat mana mana. amacam? tu lah pengorbanan mak kita. dari kita dalam perut lagi dia da rasa kita macam mana. ini kan dah masuk puluhan tahun. macam macam dah dia korbankan untuk kita. kalau bab bab belanja, cuba kira balek dari kita lahir. kalau kumpul, dah jadi millionaire dah dia. disebabkan kita, tak makan sehari pun bagi dia takpe, janji kita makan. fuhh~~touching awak bila ingat balik T______T





Puan Norani :)





ITULAH MAK KITA
KITA SAYANG SANGAT SANGAT
MAK KITA TAK ADA PENGGANTI AWAK
DIA LAH NYAWA KITA


terima kasih mak. sebab besarkan saya. kadang kadang saya ni degil. kadang kadang ngada ngada. tapi mak tak pernah mengeluh. malah cuba layan kita sebaik mungkin. I LOVE U.
I MISS U T_T



ingatlah bila mak kita tiada, hilanglah satu doa yang amat besar untuk kita. doa emak lah yang penentu segala galanya dalam kehidupan kita. DOA EMAK LAH YANG MUDAH DIMAKBULKAN OLEH ALLAH S.W.T. ingat! kalau emak tak bagi kita buat sesuatu, ada hikmah semua tu. tak percaya,tengoklah. jangan membantah. sekali emak tak restu, bende buruk mungkin akan berlaku pada kita.



SAYANGILAH EMAK KITA



selagi ada peluang..




"SELAMAT HARI IBU"



ikhlas dari,
HONEY BARNEY

20110505

"TOGETHER AND EVER"

TOGETHER AND EVER. macam best kan dengar ayat ni? ayat yang betul betul kene dengan pasangan yang bercinta and kawan sampai mati. bersama sama selamanya. bagaikan sebuah perjanjian. bahagia je dengar.




HB suke gila dengan ayat ni sebabnya one of my 'gila and gojes' friends suka sebut ayat ni. dia akan sebut time ajak dia teman pergi mana mana ke, ajak dia buat something ke. tapi dia pronouce word tu macam loghat mat salleh. tu yang suka tuh. kalau bahan dia dengan ayat tu, nanti dia akan melakukan tindak balas yang cute miut dengan berkata "bro, wa ada buat salah dengan lu ke? baik lu terus terang" tak pun dia akan bagi tanda yang kawan kawan terapat je yang tahu. nak tahu? ish tak boleh.








yup. saya akan together and ever bersama cik za and cik eny dalam menempuh segala benda yang mendatang. INSYAALLAH. dengan hubungan di bawah peliharaanNYA, hubungan persahabatan akan kekal berpanjangan sehingga ke anak, cucu, cicit dan seterusnya.





AMIN~~





- end -

20110503

DAUN SELEDRI BUKAN HANYA UNTUK MASAK.

daun seledri..tahu tak? ke tak tahu? kalau tak tahu rupa daun seledri tuh, sila scroll lagi kebawah ye. kenapa HB cakap daun seledri tu bukan hanya dalam masakan. sebab kan. sebabkan daun seledri tuh boley bantu kita dalam mengurangkan kulit berminyak. haa~~percaya tak? kalau tak percaya, sila arahkan cursor anda ke tanda 'X' belah atas paling kanan di skrin pc or laptop anda T_T

kalau percaya,silalah baca lagi. ada cara cara kalau nak gunakan daun seledri ni, bukan beli or petik teros tempek kat muka tuh. bukan bukan. salah tuh. sabar ye. nanti HB terangkan macam mana cara nak gunakan daun seledri tuh.

tapikan sebelum tu kan, meh HB bebel sikit fasal faktor yang menyebabkan kulit tu berminyak. meh meh. antara faktor faktornya kan :

  • pemakanan yang tidak seimbang. pemakanan yang lebih pada kategori lemak boleh menyebabkan minyak semakin aktif mengalir dan keluar dari wajah anda tanpa segan silu. so, banyak banyak kan lah makan sayur sayuran serta buah buahan ye. kalau boleh,elakkan makan makanan yang mengandungi minyak berlebihan.
  • hormon. hormon yang sangat aktif atau tidak seimbang pun menyebabkan kulit anda berminyak. lain orang lain hormonnya. ada yang aktif dan ada juga yang ak aktif.
  • pemilihan kosmetik. pemilihan produk yang anda gunakan di wajah anda haruslah dititik beratkan dari segi kesesuaian di kulit anda. kulit semua orang tak sama. ada yang sensetif dan ada juga yang tidak. pemilihan produk yang tidak tepat juga boleh menyebabkan kadar minyak di wajah anda semakin meningkat.
  • selain tu, faktor yang susah untuk dielakkan adalah faktor keturunan. jika bapa or ibu kita mempunyai masalah kulit, kemungkinan akan diwarisi anaknya. dah nama pun anak kan, tak banyak, sikit pun mestilah ada yang terikut kan.

okay, da faham faktor faktor tu? kalau tak faham sila baca sampai lebam. hee~~

let's we proceed to cara cara mengatasi kulit berminyak menggunakan daun seledri tu. tapi before tuh, meh HB tunjukkan daun seledri tu. takut takut de orang terambil daun kari ke. hehe.





haaa..ni lah rupa daun seledri tuh. apa? tak tahu jugak? pergi tanya mak sekarang, kalau mak tak ada, call mak sekarang. kalau susah sangat pergi pasar, tanya penjual kedai sayur tuh. alang alang beli sekali untuk buat tips ni :)

cenggini caranya,

1stly, pergi beli. tak mahal. tak sampai pun seringgit. lepas tu, basuh bersih bersih.

then, dah bersih, potong halus halus. lepas tu, rendam daun seledri tu dalam air yabg dah mendidih. rendam dalam 15 hingga 20 minit.

lepas tu bolehlah biarkan rendaman yang panas tu menjadi suam selama 20 minit juga.

bila dah jadi suam, sapukan air tadi di wajah anda dengan rata. biarkan agar air daun seledri tadi meresap dan kering dengan sempurna di wajah anda.

setelah meresap, bolehlah bilas muka anda sehingga bersih.

da abes.

senangkan? hee. bolehlah cuba. kalau macam nak hasil yang baik kan, rajin rajinkanlah diri buat selalu...

siapa tak nak kulit selicin ni



SELAMAT MENCUBA!





*psst..ini sekadar tips untuk dikongsi. bukan dipaksa. insyaALLAH. bahan semulajadi hasilnya akan lebih baik dari bahan yang telah dicampur campur dari bahan kimia.



terima kasih kerana sudi membaca :)



20110501

SOYA BAGUS?? TIPU !!

assalamualaikum..


soya tak bagus??? yup. tepat sekali. dulu memang suka minum soya. sebab apa? sebab masa tuh tertipu and cetek ilmu tak tahu pasal kandungan sebenar soya tuh. dulu bila minum soya konon nak putih, nak cantikkan kulit, nak protein. huh! rupanya makin teruk badan kita dikerjakan dek soya. lagi lagi wanita. aritu ada terbaca dalam blog cik dah. and cik dah link kan dekat satu blog nih. saya baca. bila dah baca,ok fine. saya tak minum lagi. then bila terjumpa lagi satu blog ni yang dok citer sal keburukan soya, bukan kata tak nak minum je, bahkan jauhkan diri dari air soya tuh. haha~~jalan terbaik. kalau nak tahu lebih lanjut pasal soya tuh, klik la DI SINI yer..



SELAMAT TINGKATKAN ILMU PASAL SOYA :)





terima kasih kerana sudi membaca

OH LAPPYKU !

yup...3 year berkhidmat...walaupun dah berkelip kelip tapi lappy tu lah yang membantu aku settlekan assignment even hantar last minute. dia jugaklah yang ada tatkala aku perasan ambil gambar sendiri. dia jugaklah menjadi halwa telingaaku bila aku inginkan hiburan. yeah yeah. semua laptop ACER ASPIRE 4715Z aku.


siape yang tak iginkan laptop baru. kan kan. tipu kalau cakap tak hingin. tapi bila dikenangkan balik jasa laptop yang dah nak dekat berusia 4 tahun ni, fuhh~memang sayang woh! ingat beli murah ke dulu?? agak mahal berbanding laptop ACER sekarang nih taw. emo pulak kau kan. huuu~


so, i swear to you sayangsss (lappy). aku tak akan tinggalkan kau. sebab kau jugaklah aku berjaya menghabiskan diploma aku. yuuhuuu~~alhamdullillah. tinggal lagi beberapa hari je. hee :) walaupun kadang kadang kau berkelip kelip. kau tiada pengganti. aku sayangg kau lah!!





macam ni lah rupa laptop aku tuh
LOVE U




~ end ~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...