sticky post

lagu yang dimainkan di blog ini adalah lagu favourite writer tika writer dalam kegembiraan dan juga kesedihan. sesiapa yang tak senang mendengarnya, sila slow/ mute kan speaker anda. terima kasih.

scroll down for new post :)

20120829

matang ke tidak lagi?

Assalamualaikum^^

dikeheningan malam jari masih lancar menari gangnam style di atas keyboard. idea baru datang. haihh idea, memalam ni kau barulah nak datang. time aku duduk syiok mengadap mara clara taknak pulak kau datang. heh.


kematangan penting dalam diri. kalau tak, macam mana nak kahwin? ye tak? *dalam banyak banyak, kahwin jugak kau pikir? meh la aku bagitahu sikit kalau tak matang lagi macam mana.


anda tidak matang lagi sekiranya :

1) anda sanggup menghabiskan top up untuk berbual dengan kekasih hati sedangkan duit tu dari mak atau abah untuk buat beli atau belanja benda benda yang berfaedah. ni tak, kau dok habiskan dengar suara manja boyfriend/girlfriend kau. isk isk isk.



2) anda dok tunggu kekasih pujaan hati jiwa dan raga lintas depan kau walaupun masa tu hujan lebat. habis basah pon dalam hati kau kata tak apa. oh sweet nya kau. tapi bila kau nak ngadap tuhan? hujan pun kau jadikan alasan tak boleh nak pergi solat jumaat. tolong fikirkan.


3) anda memarahi adik bila adik ganggu kerja sedikit. kadang bukan setakat marah, siap kau maki hamun, menampar, pukul. masa tu lah tangan kau nak ringan kan. sebaliknya bila dengan girlfriend/boyfriend kau sanggup tahan tangan yang ringan tadi, malah kau sanggup menadah telinga bila kene maki hamun dengan girlfriend/boyfriend. fuhhh. malang sungguh.


4) anda dok terkenang wajah kekasih. padahal baru je 5 minit tak jumpa. wajah mak abah yang berbulan tak jumpa tu, takde pulak kau nak ingat. ha macam mana tu?


5) baca novel beratus ratus muka surat dalam sehari. baca Al Quran? tolong fikirkan lagi sekali.


6) semerbak harum mewangi kalau nak jumpa kekasih hati yang belum tentu jodohnya. sembur segelen minyak wangi kat badan sampaikan orang lalu sebelah pon nak terbersin. cuba kalau jumpa kekasih yang kekal abadi (Allah Taala). kadang pakai singlet je. kadang tu tak mandi bacin bacin pon boleh solat.


7) lebih banyak ucap i love u/ i miss u dari ucap kalimah kalimah memuji Tuhan yang Maha Esa.



Jadi perlulah sekiranya berfikir sejenak bahawa anda dah matang ke belum sebenarnya. peringatan untuk diri ini juga, marilah muhasabah diri. ingat, cinta abadi dan cinta hakiki itu hanya cinta Allah S.W.T. sekian.


p/s hanya pandangan writer. mohon maaf jika salah/terasa. tiada kene mengena dengan hidup atau yang meninggal dunia. sekadar peringatan. terima kasih.



terima kasih sudi baca ^^




20120828

nice words


SO DAMN TRUE!


Ya, itulah yang paling dekat. Al fatihah.

Assalamualaikum

panggilan telefon dari sahabat PLKN amat mengejutkan.

sahabat : tolong sekejap boleh?
me : tolong ape?
sahabat : tolong tgk kat facebook,dgr ida accident meninggal.
me : ha?? sekejap sekejap.

*taip nama arwah

me : haahlaahhhhh

*hati sebak tak sangka. berulang kali scroll up and down.lepastu nampak ni yang diupdate di facebook arwah

"Salam..saya sepupu kepada Tulip Chantique ingin memaklumkan bahawa beliau meninggal dunia pagi ini akibat kemalangan di sri gading semasa on the way ke tempat kerja.. Mohon dimaafkan segala salah silap arwah, halalkan makan minum arwah,dan doa kan roh arwah d tempatkan di kalangan org2 yg beriman.. Al-fatehah......"

YA ALLAH. gelap sekejap dunia ku. pemergian sahabat PLKN ku amat menyedihkan. ya! dia baru add aku on facebook. baru. tersangat baru. tiba tiba dapat tahu arwah meninggal pagi tadi.

ya, sesungguhanya yang paling dekat itulah kematian. Ya Allah..ku rahmatilah arwah. tempatkan dia dikalangan orang orang yang beriman.kenangan bersama dia akan ku semat di hati. semoga kau tenang disana sahabat..dan semoga keluarga arwah menerima dugaan ini dengan tabah..



AL FATIHAH....





20120827

kunjungan bermakna (PLKN 2007)

Assalamualaikum^^

ohh sungguh ku tak sangka. kunjungan dari sekumpulan sahabat yang tidak dijangka. setelah 5 tahun berpisah akhirnya bertemu semula di teratak ku..hukhukhuk.. mereka masih ingat aku! terharu :')

kalau tak kerana satu mesej ucapan hari raya sampai pada malam raya. memang takdelah aku dijodohkan untuk bertemu dengan mereka ni. terima kasih alan! siapa alan?

alan ni kawan aku masa kat plkn dulu. apa? nak tgk muka dia? sat naaaaa. sat lagi aku bagi hangpa tengok gambaq dia. sory alan. saya bercerita pasal awok sikit. kihkihkihkih. haaaa..dia ni bukan jenis lupa kawan. masa aku part 1 ke part 2 diploma, masa tu puasa. kan depan uitm tu ada bazar kan. haaaa dia datang bazar tu. dan dia belanja aku soya! yes soya! tapi aku tak ingat belanja dia apa masa tu. masa kat PLKN, dia belanja aku burger. kan alan kan? hahaha..tah igt ke tak dia tu. hewhewhew.

nak jadikan sebab buat mereka beraya ke rumah aku. *bunyikan jari jemari. ecehh bajet nak taip pepanjang* masa malam raya tu. on the way balik jusco, satu mesej raya sampai from alan. haaa start dari situ mula contact balik sampailahhhh alan nak raya ke rumah aku bawak kawan kawan PLKN lain. kebetulan masa tu aku tgh masak nasi lemak sambal udang. memang langkah kanan la mereka tu. hiks!

lebih kurang pukul 3 mereka sampai di rumah aku. lalu highway danga. aku suruh follow exit gelang patah nusajaya tuas..tup tup sampailah mereka depan rumah dengan 2 bijik kereta. fuhhhh.. mula mula cam segan jugak sebab takut tak ingat. yang aku masih ingat alan sorang je. bila nampak je muka mereka sorang sorang, barulah teringat. gembira tak terkata! Alhamdullillah. Allah pertemukan kami kembali! group ALPHA! hooyeeehhhhhh :)))))

so di rumah start la aktiviti berborak. rupanya ada yang dah kahwin, ada yang dah ada anak, ada yang dah tunang, ramai yang dah keje dan ada juga yang masih belajar (aku lettew). lepastu aku keluarkanlah gambar masa PLKN dulu. masing masing cuba ingatkan nama sorang demi sorang yang ada dalam gambar tu. best sungguh masa tu! tapi yang sadisnya ada juga yang dah meninggal akibat kemalangan jalan raya. Inalillahh..

lepas je daripada tu. baru aku jumpa facebook masing masing. tu pun bila di suggestkan oleh Alan. ohhh rindunya mereka! tapi aku suka! raya tahun ni bermakna bila silaturrahim disatukan kembali setelah sekian lama terpisah :)

siapa yang nak tengok sangat muka kawan kawan PLKN aku tuh? meh aku kasi tunjuk sikit. kihkihkih

ini mereka! hoyeehhhhh..
teha, nadia,alin
alan, mael, kecik
nak tahu? yang paling sweet ever bila dapat tahu mereka mereka masong masing dah bertunang antara satu sama lain. PLKN mengeratkan kami sampai ada yang bertemu jodoh. kecik bersama tunangannya di belakangnya. dan mael bersama tunangannya alin yang belang belang tu. teyha dengan alan je tak. masing belum bertunang. maybe ada pilihan hati masing masing kot. heh :)

sempat nak bergambar dengan tuan rumah sebelum balik. macam gambar family kan? mak aku pulak yang capture kan. heh

lepas nak balik tu punyalah beria mak aku suruh mereka pergi LEGOLAND. mereka pun layan. singgah jugak di LEGOLAND. sampai sesat sesat awak oiiiiii~ haha. kelakar sungguh moment tuh!




kami di LEGOLAND~
aku main sarung je kardigen. selekeh nak cepat punya pasal. berbedak tabur je masa tu. sungguh!

apa apa pun sungguh aku gembira saat, ketika, dan hari tu. sungguh. pertemuan dan kehadiran yang tak dijangka. tak sabar nak kerja. nanti boleh lepak lepak lagi dengan mereka. almaklumlah semua Johorean :)

dan last picture yang aku nak tunjuk kat korang


TAAADAAAAAA!

ALPHA GROUP

PLKN PUSAT BINA SEMANGAT  YPJ MERSING JOHOR 
KUMPULAN 2 SIRI 4/2007

cuba cari mana aku. mesti tak nampak kan! pandai pandai lah korang yawwwww! hahaha..
siapa cakap PLKN tak best tu. tu tipu semata mata. PLKN is the best moment ever! mula mula je rasa nak balik. bila dah last last disuruh balik, memang sampai tak nak balik. namoak tak macam mana bestnya. hewhewhew


okay. till then. jari dah lenguh sebab menari lama atas keyboard. ehehehehe..jumpa di next entry yaww!




terima kasih sudi baca ^^



20120825

Pesanan dari Ustaz Azhar Idrus dan saya.


ada logiknya juga. jaga jaga ye lelaki di luar sana. pesanan yang memberi makna. :')

p/s awak..saya masih kawan awak walaupun awak pergi untuk kali kedua..jangan bersendiri kerana saya masih ada di sisi. sambutlah tangan saya yang masih hulur untuk awak sahut kerana saya adalah sahabat :') memang dari dulu kan saya tak suka awak menyendiri. sekurang kurangnya awak ada seorang kawan untuk awak bercerita. saya tak harapkan saya. mungkin juga orang lain. saya harap awak tak lupakan saya sekalipun awak nak menjauhkan diri dari saya. saya memang tak boleh berhubung dengan awak sebab saya tak tahu nak berhubung dengan awak macam mana. tapi saya tahu awak akan baca blog saya. sebab dari blog sediki sebanyak awak dapat tahu aktiviti saya dan apa yang saya rasa. sebab blog adalah luahan hati saya. blog juga sahabat saya. kalau awak baca ni, saya nak awak tahu saya masih kawan awak. cuma terkadang saya terkenang membuat saya bercakap sebelum berfikir. jaga diri awak. carilah saya bila awak perlukan saya. SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN dari saya kalau buat awak tersinggung. kerana yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari diri saya sendiri. 


terima kasih sudi baca :)

20120824

Credit To My Friend

"perpisahan adalah jalan terbaik...
mungkin ianya sangat menyakitkan pada dasarnya..
tetapi kesakitan yang dirasai hanyalah sekejap..
kesakitan akan sembuh apabila
kamu bertemu dgn pasangan hidop
kamu yg baru...
yg lebih mghargai diri kamu...
yg lebih myanyangi diri kamu...
dan yg lebih mencintai diri kamu.."
 
kata kata dari kawanku..aku copy sebab aku suka ayat ni..mungkin pada sesetengah ia amat menggelikan..tapi pada aku ia bermakna dan ada makna :) 

credit to alan ceppet :) kihkihkihkihkih
 
 

20120813

hati disakiti lagi ke? betul ke?

Assalamualaikum ^^

tajuk entry diatas..hati disakiti lagi? jawapannya mestilah tak! betul ke? jawapannya ye betul! sebabnya dah muak, dah letih dengan penipuan. penipuan siapa? ahhhh malas nak mention..apa yang penting sekarang ni hati dah beku, hati dah keras bak batu konkrit rumah kalau kita paku, paku pon boleh bengkok. nampak tak kekerasan disitu?


hey! jangan menipulah. boleh tak? tak pergi mana pun dengan menipu tu. kalau biasakan diri tu menipu, lama lama dah jadi macam habit. tahu? tu yang ada pepatah cakap, jangan menipu, nanti lama lama mencuri. macam kawan kawan aku panggil aku pencuri kalau dorang cakap aku penipu. nampak tak penangannya kalau menipu. terus dipanggil pencuri. oh kawan kawan ku. rindu! sobs.


tapi ikutlah. aku ni pulak jenis cepat tahu kalau orang menipu ni. lagi lagi dengan orang yang aku rapat. bukan nak kata power ke hape. tapi memang tu hakikatnya. tapi tapi, aku tak penah cakap kat orang tu kalau aku tahu orang tu menipu. sebabnya air muka orang perlu dijaga kalau kita nak orang jaga air muka kita. itu betul. tak percaya? terpulang.nak cakap aku bajet? terpulang.


awak awak awak..jangan tipu taw..tu nasihat saya. jangan biasakan. nnt cowok/cewek awak tak suka macam saya tak suka awak sekarang ni. saya tak suka gilaaaa kalau awak menipu. kalau awak tak tipu, saya suka awak. saya kawan awak. saya buat macam ni bukan sebab saya bejet saya hot ke hape. ni sebab saya taknak awak menipu. okay? hikhikhikhikhik..


dah lah. geli hati pulak saya rasa bila nak marah lelama. saya tak suka marah. sebab marah tu syaitan. tu saya tak bagi awak tipu sebab tipu tu pon syaitonnnirojimmm. get it?



ni yang aku belajar untuk hentikan kesedihan dan kemarahan




ni yang aku belajar untuk melupakan dan tersenyum kembali



till then..jumpa lagi di entry seterusnya. tu pun kalau jari jemari terasa ingin menari di atas keyboard ni..Adios




*entry ni hanyalah sekadar nasihat..takde kene mengena dengan yang hidup dan yang meninggal dunia. 





terima kasih sudi baca ^^


20120809

Diciptanya HAWA



lagu ni sangat bermakna. hayati lirik. kita dicipta walaupun lemah, tapi ada kekuatan yang kaum Adam sendiri tak mampu menandinginya. kita lah wanita, kita lah kaum lemah, kitalah hawa, kita lah ibu, kita lah segala galanya suatu hari nanti :')
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...