sticky post

lagu yang dimainkan di blog ini adalah lagu favourite writer tika writer dalam kegembiraan dan juga kesedihan. sesiapa yang tak senang mendengarnya, sila slow/ mute kan speaker anda. terima kasih.

scroll down for new post :)

20131215

Hello!

Assalamualaikum,

hye. lama gila tak update blog rasanya. tapi takpelah. bukan ade readers pon kan. haha.

em emmm emmmm. apa nak cerita ek? yeahhh imma happy girl! haihhh syukur alhamdullillah. kita bersabar, ade ganjarannya. kan? ye itu Allah janjikan untuk setiap manusia yang bersabar. hehe

ramai yang dah kahwin sekarang ni. tak kiralah dari kalangan sahabat sahabat, artis, blogger blogger famous. syukur alhamdullillah juga. dan ramai juga yang dah dapat anak. syukur syukur syukur. tahniah korangs :')

terdetik hati cemburu. tapi tu semua kan kerja tuhan. kalau kita semua bergantung 100% terhadapNya, inshaaAllah..everything going well. cuma kita sebagai manusia hanya perlu doa doa dan terus berdoa kebaikan untuk kita.

aku pon berdoa hari hari untuk diriku. tentang rezeki aku, tentang jodoh. semua aku serahkan pada Dia.

Ya Allah, jika benar dia jodohku, kau berkatilah hubungan kami Ya Allah. tetapkan hatiku untukknya dan tetapkan hatinya untukku. permudahkanlah jodoh kami, murahkan rezeki kami. Amin Ya Rabb :')

20130915

sudah cukup rasa ini?

Assalamualaikum.

syukur alhamdullillah. kita semua diberi nafas untuk meneruskan hidup.

takde tempat lain yang harus ku luahkan perasaan ini. mungkin ade, tapi mungkin kali ni tak sesuai untuk digebang. tapi betul ke perasaan aku ni? perasaan jatuh cinta sekali lagi? haishhhhh. nak aku nyahkan tapi tak mampu. soal hati memang susah nak dibawak bincang. apalagi nak tipu. memang tak boleh!

tapi sesungguhnya aku rasa bersalah. tapi Ya Tuhan, aku tak mampu nak tolak. jika perasaan dia sama seperti aku. kau berkatilah Ya Allah. kau berilah petunjuk jalan yang benar. jika dia untukku, kau dekatkanlah kami. Jika dia untukku, kau rahmatilah kami. jika dia untukku, kau permudahkan jodoh kami. aku rindu dia. kau sampaikan rinduku pada dia Ya Allah. semoga dia rasa rindu padaku sama seperti aku rindukan dia.



aku sayang dia. tapi cukupkah perasaan ini. Allah lebih tahu :)







20130706

Lagu Lelaki VS Lagu Perempuan

Assalamualaikum^^

rasa macam nak ketuk je diri ni sebab lupa daratan. *statement retis gitu. bukan lupa daratan ape. lupa yang ade blog sebenarnya. yelah. bukan popular mana pon blog ni. cikai je. takde sape pon inbox soh update T_T. tapi takpe. terima kasih muzik muzik. kenapa terima kasih? sebab tengok je muzik muzik bedezuuuppppp idea menerjah menari nari dalam otak. idea pasal lagu hoi. tapi bukanlah nak mengkritik lagu sebab bukan komposer pon. haih.

yang aku perasan, lagu sekarang ni berkisarkan pasal cinta, lelaki dan perempuan. ye dokkk? tapi yang menariknya disini, lagu lelaki untuk perempuan dok memuja bagai. lagu perempuan untuk lelaki pulak dok mengutuk pulak. khrkhrkhrkhrkhrkhrkhr. berlawanan sekarang nih. tapi kekadang lagu ni realiti. ehhh?

list lagu lelaki :
1) karena wanita ingin dimengerti
2) lelaki ini
3) wanita seluruh dunia


list lagu perempuan :
1) sebelah jiwaku
2) lelaki
3) lelaki buaya darat

haaaaa tu antara senarai lagu yg dimaksudkan. ade banyak lagi. tapi lupa tajuk lagu dia! well otak kekadang lembssss sikit. maap. jom kite spot lirik yg mana memuja dan sebaliknya!

spot lirik :
1) karena wanita ingin dimengerti - karena wanita ingin dimengerti manjakan dia dengan kasih      sayang.
2) lelaki ini - lelaki ini yg selalu memuja. hanya dirimu. yang bertakhta dalam sanubariku.
3) wanita seluruh dunia - wahai wanita adakah kau mengerti apa yg aku kata kamu semua adalah inspirasiku bila ku berkarya

1) sebelah jiwaku - ku tahu kau mahu melihat aku sugul tapi tak akan ku menzahirkannya. meskipun hatiku berderai bagai kaca kukutip serpihannya dan cantumkan semula. 
2) lelaki - oh lelaki tak guna ku berikan semua ini rupanya kau balas kembali semua yg kuberi tak pernah mencukupi.
3) lelaki buaya darat - lelaki buaya darat busyet aku tertipu lagi mulutnya manis sekali tapi hati bagai serigala.


hahah. tetiba kite rasa gelihati. nampak tak nampak tak? ini realiti ke hape ni. kalau tak realiti takkan la komposer ade idea kan sehebat lagu lagu ni kan? apa maksud kau ni nadia? okbai!





maap LELAKI. adios!






terima kasih sudi baca^^












20130605

Cakap cakap kosong

Assalamualaikum^^

hey hoooo..aishhhh..mengadap whatsapp dah boring, nak tgk u tube tak tahu dah nak tengok ape lg, nak viber tak tahu nak gayut dengan siapa..ni lah bosan rasanya bila single! ehhhh..kihkihkih..penat bekerja tak usah dok habaq sini..lg penat aku nak cerita. hoihhhh

bilaaaa lahhhh nak ketemu ye jodoh? ye sabar aku tahu..tp bila keseorangan dok baring atas katil, rasa jugaklah kesunyian tu kan. hoih jangan fikir bukan bukan. kesunyian sbb bosan plus kalau tgk kawan kawan tweet bahagia or post gambar or whatsoever lah, hati terdetik cemburu. hihi. tp takpelah kan, bahagia tu hak memasing. yang kau nak emo lelebih apehal? tunggu jelah masa kau nnt! kahkahkah

dah lah..tgk blog pon bosan! kalau fikir kerja esok, boleh migrain aku dibuatnya.

adiossss!




20130524

Hari Graduasi. 14 Mei 2013.

Assalamualaikum..

TANGGAL 14 MEI 2013...

syukur syukur syukur..walaupun hampir 2 minggu berlalu..ia masih segar di ingatan..lagi segar bila teringat kembali apa yg berlaku 5 tahun lepas..suka duka sedih kenyang lapar semua di sana..di Segamat! oh rindunya! dengan 5 tahun tu, telah ku genggam dua gulung sijil..eceh! hikhikhikhikhik! yeayyyyyyy! we made it friends! and i love you! love till Jannah..here we are!



 Yeayyyyyyyy! we made it sayangsss <3 p="">


 one of my sayangnessss.. si laha tonjang..kehkehkehkeh..masa ni dah pulang jubah taw u olls..tu i olls tak pakai jubah dahhh..haha..ke belum ek? kihkih



 i miss themmmm! miss! :'(




 nampak tak muka panas belakang tuh? 




 yeayyyy! yokiesss! NORANIZA SANI sayangssssssss..woot woot..dia baru potong rambut taw u olls..cantek! ooppssss hiksss



 kenapa terasing sikit? sbb sebok lari lari nak masok amek gambar sekali. ngeh.








 muka dah tak larat amek gambar dah. panas hoi. haha




 them! tahniahhh!





one of my favourite picture! Alumni UITM :)




 classmate! 



 hoyehhhh hoyehhhh sampai tidur! haha






 yang pakai selempang tu my friend dari sekolah rendah taw. hikssss..tahniah!



how sweet........ :') congrats best friends and batch mates, we did it! :')


parent we olls tawwwww..hikhikhik. terima kasih mak abah!



Siti Zaleha aka tashashilaha and Nurul aini aka nenelofaa. kau hado?? tidur bersama. makan bersama. gelak setan bersama. gaduh bersama. lapar bersama. kenyang bersama. sakit hati bersama. riang ria bersama. shopping bersama. buang duit bersama. merajuk bersama. jenjalan bersama. cuteness bersama. cantik bersama. gedik bersama. cemanalahhh tak rindu hoi. banyak nauuu bersama. hmmmm..rindu! takpe. kita mesti jumpa okeh. hope kite semua berjaya dunia akhirat. amin. both of them is my favourite girlfriends! love and miss youuuuuu!


and the last one! Muhammad KhairulDaniel and Muhammad Nabil. this is my favourite people, favourite fighter, favourite bestfriends, favourite man, favourite poyonessss, favourite gedikness. kami bersama sbb kami beratur dekat dekat. lepastu jubah jubah mereka i yg pakaikan. i yg pinkan sana sini. nampak tak caring kat situ? sampai aku punya sendiri pon tak betul! hurrrrrrrrr..miss both of them. hoi bila nak jumpa lagi? bila? setakat kat whatsapp and kat wechat je tak best! haha..nnt kalau jumpa i olls, u olls belanja okeh..sbb u olls keje best dr i olls..hewhewhewwwww..love you!


boleh menangis hoi tengok gambar sesama ala ala slideshow sambil pasang lagu kenny G the moment. kalau tak caye pegi buat sana! kalau bkk lagu rembau mmg tak menjadik la hoi..kehkehkeh..


Alhamdullillah tamat sudah pengjian perbankan selama 3 tahun dan juga pengajian jurusan kepujian kewangan selama 2 tahun itu. soooooo dah ade degree, okay next step nak ada suami pulak. eh eh eh *jejoget*

Alhamdullillah.


Adios!



20130424

terkejut. teruja. alhamdullillah.

assalamualaikum..


bila seronok melakukan kerja yang kita suka. maka hasilnya juga beronok ronok. ape tu? haha. kepuasan hati melakukan kerja juga tercapai. alhamdullillah. itulah yang aku rasai setakat ini. berbeza sekali dengan environment internship sebelum ini. dekat tempat baru ni the peoples around me more friendly. serius dorang tak kisah kalau ditanya beribu kali. dan mereka tak sombong. sangat berbeza dengan tempat internship dulu. garang, tanya sikit kene maki, salah sikit kene maki. hurrrrr. padahal gaji jaoh beza kalau nak dibandingkan dengan sini. orang sini semua kayo. tapi budi bahasa pon kayo. tapi orang sana kayo dengan bongkak. ape dapat? ape pon tak boleh! ngahngahngahhhhh. dah lupakan yang lama!


Vincent Tan (my boss) : Very good! Nadiah, if u maintain your work like this. believe me, i will suggest to FMC to absorb you as permanent as soon as possible. trust me. but u have to maintain and prove to me you can do much better than this. i like your work and attitude.

Me : yeah boss! i will. and i hope u will guide me to be more better.

Vincent Tan (my boss) : Dont worry. as long as you want to try something new. and dont afraid if u make mistake. because the successful person always learned from their mistake. semuaaa org lahir pon tak pandai maaaaa...semua pon sama maaaa..betul tak? and please make others see your effort. build relationship with them. so your work can be more easy. okay?

Me : (sengih sengih kambing) betul betul. hehe. alright boss. thank you.


sumpah boss aku nih sangat motivate punya orang. setiap kali dia bg keje. bila kite submit dia akan motivate kita. tu sebab kalau masok bilik dia kene tahan sekejap. kihkih..tapi serius aku suka macam ni. alhamdullillah. walaupun boss aku cina. and study dulu kat australia. dia still humble and nak menolong even aku ni orang melayu sedangkan dia cina berbeza bangsa. oh Malaysia. i likeeeeeeeeee! yang kelakar dia cakap lama dah dia kerja oversea sebelum ni. and umur dia meningkat. so dia comeback Malaysia balik and join FMC terus jadi manager department aku. sooooooo dia nak belajar bahasa melayu. kalau korang dengar dia cakap melayu, serius macam si Johan ajuk pelat cina. kelakar hoi!



haihhhhhh


alhamdullillah. syukur. and semoga kerja aku dipermudahkan dan rezeki dimurahkan. aminnnnn...



NEO! ehhhh? hihi


adios!

20130421

Diri terpanggil untuk mengulas



wahhh..tajuk tu macam feeling feeling artis hot yang ade gossip gituwww. aww suka over. hewhew. okay now, let me bebel pasal situation pada video klip tu. hoi betul betul panas tawww i tgk..hurrrrr.. i think, not me je yang rasa macam nak shoot dua manusia curang kat atas tu. semua pon nak shoot. am i right? siapa yang cakap tak tu memang dia tak tengok or acah acah tak panass tak pon u mmg jenis takde perasaan macam patung. hamagard. so pity.


Tak bersyukur

okay. kalau u olls tengok on the first starting video tu. nampakkan yang kawan dia datang dalam keadaan yang sedih bawak beg nangis nangis mintak simpati dekat kawan dia yg baik tu? nampakkan? haaa punyalah baik dan sucinya si isteri tu bawak kawn dia masuk rumah dan bagi tumpang dekat rumah dia. ini semua atas dasar simpati terhadap kawan. kawan baik kan. cuba u olls, kawan baik dtg secara macam tu. mestilah tak tergamak nak buat tak tahu je kan. mestilah nak ajak masok rumah and offer utk tinggal sekali utk beberapa hari kan? tapi kawan dia ni jenis yang tak pandai bersyukur dengan nikmat or pertolongan yang diberikan. haaaa nampak tak emo dahku dah keluar? sorry. but i tak boleh tgk keadaan macam ni. mesti bebel non stop =,=. so i begging kat u olls. bukan mintak sahaja tau. tapi begging siap ni. janganlah tergamak buat buat tak kenang budi pada org yg dah buat baik dengan kita. kalau bahasa kasar kita boleh ckp jgn buat tahi kat org yang dah buat baik dengan kita. sebab dunia ni bulat je awak. bulat jeeee. kalau tak kita kat atas. kita kat bawah. understand what i mean? okay good.

Jangan memberi kepercayaan 100%

haaaa..part ni yang paling bahaya nih. bukan nak kata/hasut yang kita tak boleh percaya orang. tapi ini realiti kehidupan sayang. kite ni semua manusia. tak lari dari kesilapan. dan juga manusia ni berubah. harini lain. esok mungkin lain. macam kes VC kat atas ni. nampak tak tahap kepercayaan yang diletakkan pada suami dan kawan dia cemana? dan akhirnya jadi ape. tak berbaloi juga kalau kita percaya sampai macam tu sekali. lagi lagi berkaitan dengan hati. uishhhh. toksahlah dok berani berani nk bg peluang macam tu. nafsu manusia kerdil macam kita ni mudah goyah hoi. so letaklah selitan keraguan di dalam kepercayaan itu. as simple as that ;)

Lelaki

ehem ehem. okay now we talk lil bit about lelaki. kang kalau lelebih, tak pasal i kene shoot kat luar sana. oh bajet retis lagi. oh well. hahaha. just joke okehh.. kalau dah nama lelaki. kalau dah nama digoda perempuan. tak ke hanyut hoi. nampak tak dalam VC awal awal dijemput masok. lepastu makan bersama sama. sekali digoda pakai kaki oleh perempuan, disambut baik punyaaa oleh lelaki/suami tu. sekelip mata je bhaiiii. ni yang haku emo lagi ni. eyyyyy. padahal isteri anak molek je kat sebelah tu makan sesama. mungkin lelaki jenis ni lelaki yang tak duduk sebelah isteri dia masa isteri dia melahirkan kot. kottt laaa. tu sebab perangai macam ni. tak bersyukur dengan apa adanya. isteri tu separuh nyawa nak melahirkan. awak sesenang je nak main gila ek. sempurna isteri tu dah menjaga makan pakai anak semua. for all my boyfriends out there. please dont do like this for your wife. duduklah sebelah isteri korgzzzz semasa dia melahirkan. baru tahu payahnya seorang ibu melahirkan. dan dari situ wujudnya penghargaan utk isteri u olls nanti. please do.


Kawan

Hargai kawan. that the most important word fer me. the word "hargai". kalau korang tahu apa tu hargai. korang akan menjaga sebaiknya. and fer me also, kawan lelaki dengan perempuan sama je. cuma mungkin cara berbeza. pepandai lah handle kawan kan. kalau dia cmni. u should macam tu. kalau dia camtu. u should macam ni. kalau dua dua nak "macam tu" or kalau dua dua nak "macam ni". memang takkan jadi kawan la hoi. paham ke idokkk? understand or not? lainlahh kalau macam tu or macam ni tu memang dua dua nak. pahamkanlah ye ayat tu. hewhewhewww.. apa kaitan dengan VC kat atas ialahhhh. erm erm erm *tiba tiba lost idea* ahakssss...okay okay. janganlah jadi kawan makan kawan. its not good okay. not good. hak orang jangan diambil ye. jangannnnn. please. kalau belum pernah rasa hak u olls diambil. try! haaaa kalau dah terkene batang hidung. baru tahu langit tinggi ke rendah. sakit tak terhingga. jadi perempuan jangan terlalu bodoh untuk dipermainkan. nasib last VC ni isteri tu gentle dok p halau dua manusia yang jahat tu. itu namanya bijak. sebab dia tak maki hamun. dia tampar sesekor dan halau dedua sambil chillek melayan anak. walau hatinya bergelodak tuhan je yang tahu. you go woman! jadi perempuan you must be clever!



fuhhhhhhhh..laju jari jemari i type sebab nak bebel semata tawww..hihihihi..maaf jika salah. sesungguhnya yg silap datang dari diri saya sendiri. yang baik semua dariNYA..alhamdullillah

and what i want is jadikan VC ni sebagai pengajaran di masa kelak..wahhhh kelakkk...hahahaha..insyaAllah


adios!



terima kasih sudi baca^^









20130419

Berganjak ke Satu Tahap.

Assalamualaikum^^

weehooooooo! kini aku dah berganjak ke satu tahap yang lain. up sikit! tahap yang boleh dikatakan mencabar. mencabar ke? hewhew. senang cakap ginilah. aku dah kerja. dah masok pon industri sebenar. dah kene cari duit sendiri utk kumpul harta sendiri. dah takde dah nak mintak lagi duit mak abah utk makan. sekaranglah masa yg paling terbaik nak bg mereka sesuap nasi pula sebagaimana mereka dah menyuap aku dr aku lahir sampai sekarang. mak abah tak pernah merungut. tak pernah! so sekarang tiba masa aku mengenal jerih perih mereka mencari duit utk aku. sedih bila igt :'(




itulah nama company yang aku berkhidmat sekarang. one of the oil and gas company yang terdapat kat Malaysia. gaji yang ditawarkan pon alhamdullillah syukur. doakanlah aku dapat memiliki neo ye. aminnn ;)

dulu aku nak sangat further degree in human resource. tapi tak dapat. apa yang dapat finance. aku teruskan juga. dan kita tahu Allah perancang yg terbaik. mungkin aku takde rezeki masa tu. dan sekarang kerja aku more pada human resource. dan yang penting aku suka dan bahagia dengan kerja sekarang. alhamdullillah. 


Alhamdullillah. rezeki yang dicurahkan kepadaku sangat tidak terduga. sampai hati sebak menerimanya. thank you Allah. terima kasih Allah. aku akan jalankan tanggungjawab aku dengan sebaik mungkin sebagai hambamu. janganlah sesekali kau lalaikan aku Ya Allah dalam melaksanakan kerja.

tadi OT..esok OT..demi NEO..ahakssssss


adios!

20130320

UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE #throwback

Assalamualaikum.

ni lah blog yang sekian lama dianaktirikan. isk isk isk..

oh hye guyssss ;) u olls tahu kan yang i ni dah keje. masa keje pon bukan macam manusia biasa. i luar biasa sikit. muehehehehe..so balik je dah penat. nak melayan family lagi. kawan kawan lagi. kawan kawan i semua dah jenis yg luar biasa. tapi i sayang gila kat mereka semua ;'). oh damn sweett gileh puloppp haku kan.....ahahaha


camni..tujuan pertama aku hapdate blog ni sebab nak tunjuk sikit yang aku dah jejakkan kaki ke USS. what USS? UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE tu haaaa..nak cakap aku jakun? silakannnnn..sebab aku mmg jakun pon pergi sana. nak lompat lompat pun ade. teruja sebab hasil seni bangunan dalam tu canggih and hebakkk gila. dia punya game tolong jangan tanya. sebab aku malas nak jawab. pergi rasa sendiri. semua perasaan akan timbul ketika kat sana. hewhewhew


silalah jamah mata anda ye. tak banyak sangat pun gambar. tapi at least ada lah jugakkk..haha!






ni namanya kelengkapan diri kalau taknak kena tahan kat imegresen tuh.

muka excited memasing kan. inilahh barisan kitaaa..lalalalalalala




my exoffice mate. afis nama dia. nak kenal? haha!




this is my ladiesssss..miss them both! yaya and farzana ;') love yaaaaa




orang kata tak lengkap kalau datang sini tak bergambar depan natang nih. so ni dah! kami semua dah menjalanjan mende yang wajib! kahkah



yg atas tadi tu dari sisi. ni dari depan. how sweet camera man kami. kihkihkih.. thanks usop!




4 jejaka PTP yg menjaga kami. hahahaha. ni lah dorang antara kawan kawan PTP aku yg aku suka lepak sesama maa sa rehat dulu..huihuihui.. usop, sukry, afis dan pejal.




kau Nadiah kalau tak buat muka selenge spoil macam tu tak boleh? orang tu dah cecantikk kottt..puih..
hye kenalkan.. ni YAYA ;)




tolong jangan annoy sebab ni gambar paling sexy kitoranggg..AHAHAHA..maaf! ngeeeee




yeayyyyy..kami bertujuh selamat menjakunkan diri di sini..miss u all..make sure ada next trip k! muaaxxssss!




mereka lagi :')




aku tak suka dia nih..sangat menakutkan okayyyy..suka tanjatkan orang..hurrrrrr




nidalam transformer. aku tak tahu apa function..tapi canggihhhhhhh. seriouslyyyyyy




transformer yg selama ni tgk dalam tv, kini atas kepala..ignore entiti belakang tu..hewhewhew




Transformer 




yeahhhhh..BUMBLEBEEEE!




ade rahsia si sebalik gambar ni..ni biar aku je yang tahu..haha..


okay..moment spent time with geng geng PTP mmg best! and thanks dekat dorang yang still igt aku and buat aku jadi geng sampai bila bila even dah end of internship. how sweet diorang kan :'). insyaAllah..kalau ade rezeki aku kat PTP. aku masuk balik k! thank youuu so much! u olls made my days. i miss u all! n jangan lupa for the next trip k! and good luck for afis sbb sambung master as part time. letih katanya...i knowww.. so be strong k! 


USS BEST!



till then..tata u olsssss


terima kasih sudi baca^^


20130223

huh!

Assalamualaikum.

em entah lah. kali ni punya post berkisarkan pasal apa. marah! marah! geram! BELUM ADA REZEKI. that the main point sebenarnya. aku keje cikai cikai ni bukanlah saja saja. ingat nak ke kerja balik 10pg 10mlm. ingat nak ke? haihhhhhh. kenapalah tak paham. salah ke kalau belajar tinggi mana pon nak start kerja dengan kerja macam ni? nama pon takde rezeki lagi. so rezeki ni yang datang dulu, what should i do? hurrrrrrr. stress! tah lah. nak mengamuk dalam ni pon tak guna. bukan bende ni boleh puaskan hati aku sama macamaku nak jerit. haihhhhhhh. so............


konklusinya! TIDUR!

bye....

20130212

Nak tahu tak?


hoi! nak tahu tak?

AKU RINDU NAK MAMPOS T_T

mana korang depan mata akuuuuuu..sobssss


 berdoa ke hape tu? hoi falyhin! mmg camera Daniel ni untuk u sorang! tepi! tepi!


 ape tu? tabik kat siapa? nene! tgn kau mesti kat pinggang kan? nak nampak sexyyy lettew..auch! kau mmg sexy ever nene..win! yg lu kenapa etot? kemain taknak lepas tangan nana..aishhh



bak kata Daniel, tgk video terlampauuuu..dasat sungguh! hahahahaha..



tak tahu nak cakap ape dahhh... T_________T tsk tsk tsk..YA ALLAH RINDUUUUU


Half badut from JB..another half dekat KL..nnt lepak lagi! gelak lagi! menggila lagi! pleaseeeeeeee..i need u all..

kalau perangai aku macam ni lah dengan korang..mmg tak kawen la aku jawabnyaaaa..hahahahaha


*semua di atas part of my life selain family :')* semoga kalian semua berjaya dunia akhirat..aminnnn


p/s nene! igt lu je boleh rindu?? wa pon boleh lahhhhh..hahahaha..mishhh u much baby! 

20130208

No Title

Assalamualaikum

tiada kata apa apa pon yang perlu diungkap. tu sebab letak no title as tajuk. tah kenapa hati malas mengadap  blog. mungkin diri busy dengan perihal dunia yang lain. adakah blog ini akan berkubur? entah lah. hati berat. tapi keinginan ada.

hari rabu haritu keluar dengan kawan kawan. indah dunia rasanya. terlalu indah dengan gelak hilai tawa mereka. tapi bila masa itu berlalu, hati mula resah kembali. entah. tidak tahu kenapa. mungkin tiada selawat atau zikir yang menghiasi bibir. entahlah entah kenapa.

pagi pagi hariku di jamu dengan kata kata good morning dari mereka. ya mereka. dari group whatsapp yang aku wujudkan untuk saling berhubung antara kami. ya, nasib app tu ada untuk buat aku hilangkan kesunyian yang kadang kadang menerpa. hati kadang kadang sunyi walaupon ada yang cuba mencipta bahagia. syukur. tapi belum bersedia. maaf dihulur.

fikirkan tentang kerja. otak bercelaru. moga ada rezeki aku dimana mana. aku tak kisahkan pendapatan sebab aku tahu aku tak lah seberapa pandai nak demand. moga ada rezeki yang halal untukku. hiba bila mengingatkan kelalaian. kelalaian yg dicipta sendiri. bengap.

jodoh? malas nak fikir sekarang ini. bila ada memang bahagia. tapi kalau dah ada, kadang kadang menyakitkan. buat apa nak diri disakiti utk insan yang tak halal lagi. hurrr! biarlah dia dtg sendiri dengan mulut yang tak henti berdoa. moga Pencipta cinta dengar rintihan hambanya yg menagih cintaNya terlebih dahulu dari menagih cinta duniawi.

hmmmm..moga hati resah pergi dengan sendirinya tanpa dipaksa dan tak perlu datang lagi jika diundang sekalipun. pergi kau.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...