sticky post

lagu yang dimainkan di blog ini adalah lagu favourite writer tika writer dalam kegembiraan dan juga kesedihan. sesiapa yang tak senang mendengarnya, sila slow/ mute kan speaker anda. terima kasih.

scroll down for new post :)

20120906

siapakah dia

Assalamualaikum...

di petang yang indah. aku duduk berteleku di jabatan gantung yang agak usang. melihat alam sekeliling. penuh kehijauan. tenang. bunyi deras air sungai yang mengalir. dingin. sejuk mata memandang. 

sedang aku meneliti keindahan alam, terhenti pandanganku di suatu sudut. seorang manusia sedang duduk memeluk kakinya. pandangan ku terus terhenti kearahnya. batu dibalingnya ke sungai satu demi satu. banyak persoalan yg sedang melanda di fikiranku. balingan batu tadi terhenti kerana tersedar dia diperhatikan olehku.

senyuman ku lemparkan padanya. senyuman dibalas dengan senyuman berserta lambaian. aku kembali memandang komputer ribaku. meneruskan apa yang aku taip seketika tadi. seketika, pandangan ku kembali ke arahnya. kakinya di labuhkan kedalam air sungai yg jernih mengalir. "ish best pulak macam tu". detik hatiku.

pandangan kembali ke komputer ribaku. sambung menaip. kerja yang aku perlukan siapkan dengan segera. "ahh malas". hatiku menjerit halus. sesekali pandanganku kembali kearahnya. dia masih ada. masih! masih dengan renungannya pada air yang mengalir deras itu. oh apakah dia fikir ketika ini. hatiku menggumam.

sedang aku khusyuk dengan kerjaku, aku dikejutkan dengan balingan batu. balingan batu dari arahnya. ya dari arahnya! aku kerutkan dahi kearahnya petanda yang aku tak faham dengan tindakannya. "nadia! aku balik dulu!". dia menjerit halus kerana melawan bunyi derasan air sungai yang mengalir. "okay okay". balasan ku. mataku mengekori langkahnya meninggalkan tempat itu.

sehingga bayangnya hilang dari pandanganku, aku terfikir sejenak! nadia? eh mana dia tahu namaku? sedangkan kami tidak pernah berjumpa apalagi berbicara. aku segera bertindak menutup komputer ribaku dengan niat ingin mengejarnya. tetapi hampa. sangkaanku meleset. langkahnya laju dari langkahku. dia hilang begitu sahaja.

siapakah dia.............................





terima kasih sudi baca^^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...