sticky post

lagu yang dimainkan di blog ini adalah lagu favourite writer tika writer dalam kegembiraan dan juga kesedihan. sesiapa yang tak senang mendengarnya, sila slow/ mute kan speaker anda. terima kasih.

scroll down for new post :)

20120827

kunjungan bermakna (PLKN 2007)

Assalamualaikum^^

ohh sungguh ku tak sangka. kunjungan dari sekumpulan sahabat yang tidak dijangka. setelah 5 tahun berpisah akhirnya bertemu semula di teratak ku..hukhukhuk.. mereka masih ingat aku! terharu :')

kalau tak kerana satu mesej ucapan hari raya sampai pada malam raya. memang takdelah aku dijodohkan untuk bertemu dengan mereka ni. terima kasih alan! siapa alan?

alan ni kawan aku masa kat plkn dulu. apa? nak tgk muka dia? sat naaaaa. sat lagi aku bagi hangpa tengok gambaq dia. sory alan. saya bercerita pasal awok sikit. kihkihkihkih. haaaa..dia ni bukan jenis lupa kawan. masa aku part 1 ke part 2 diploma, masa tu puasa. kan depan uitm tu ada bazar kan. haaaa dia datang bazar tu. dan dia belanja aku soya! yes soya! tapi aku tak ingat belanja dia apa masa tu. masa kat PLKN, dia belanja aku burger. kan alan kan? hahaha..tah igt ke tak dia tu. hewhewhew.

nak jadikan sebab buat mereka beraya ke rumah aku. *bunyikan jari jemari. ecehh bajet nak taip pepanjang* masa malam raya tu. on the way balik jusco, satu mesej raya sampai from alan. haaa start dari situ mula contact balik sampailahhhh alan nak raya ke rumah aku bawak kawan kawan PLKN lain. kebetulan masa tu aku tgh masak nasi lemak sambal udang. memang langkah kanan la mereka tu. hiks!

lebih kurang pukul 3 mereka sampai di rumah aku. lalu highway danga. aku suruh follow exit gelang patah nusajaya tuas..tup tup sampailah mereka depan rumah dengan 2 bijik kereta. fuhhhh.. mula mula cam segan jugak sebab takut tak ingat. yang aku masih ingat alan sorang je. bila nampak je muka mereka sorang sorang, barulah teringat. gembira tak terkata! Alhamdullillah. Allah pertemukan kami kembali! group ALPHA! hooyeeehhhhhh :)))))

so di rumah start la aktiviti berborak. rupanya ada yang dah kahwin, ada yang dah ada anak, ada yang dah tunang, ramai yang dah keje dan ada juga yang masih belajar (aku lettew). lepastu aku keluarkanlah gambar masa PLKN dulu. masing masing cuba ingatkan nama sorang demi sorang yang ada dalam gambar tu. best sungguh masa tu! tapi yang sadisnya ada juga yang dah meninggal akibat kemalangan jalan raya. Inalillahh..

lepas je daripada tu. baru aku jumpa facebook masing masing. tu pun bila di suggestkan oleh Alan. ohhh rindunya mereka! tapi aku suka! raya tahun ni bermakna bila silaturrahim disatukan kembali setelah sekian lama terpisah :)

siapa yang nak tengok sangat muka kawan kawan PLKN aku tuh? meh aku kasi tunjuk sikit. kihkihkih

ini mereka! hoyeehhhhh..
teha, nadia,alin
alan, mael, kecik
nak tahu? yang paling sweet ever bila dapat tahu mereka mereka masong masing dah bertunang antara satu sama lain. PLKN mengeratkan kami sampai ada yang bertemu jodoh. kecik bersama tunangannya di belakangnya. dan mael bersama tunangannya alin yang belang belang tu. teyha dengan alan je tak. masing belum bertunang. maybe ada pilihan hati masing masing kot. heh :)

sempat nak bergambar dengan tuan rumah sebelum balik. macam gambar family kan? mak aku pulak yang capture kan. heh

lepas nak balik tu punyalah beria mak aku suruh mereka pergi LEGOLAND. mereka pun layan. singgah jugak di LEGOLAND. sampai sesat sesat awak oiiiiii~ haha. kelakar sungguh moment tuh!




kami di LEGOLAND~
aku main sarung je kardigen. selekeh nak cepat punya pasal. berbedak tabur je masa tu. sungguh!

apa apa pun sungguh aku gembira saat, ketika, dan hari tu. sungguh. pertemuan dan kehadiran yang tak dijangka. tak sabar nak kerja. nanti boleh lepak lepak lagi dengan mereka. almaklumlah semua Johorean :)

dan last picture yang aku nak tunjuk kat korang


TAAADAAAAAA!

ALPHA GROUP

PLKN PUSAT BINA SEMANGAT  YPJ MERSING JOHOR 
KUMPULAN 2 SIRI 4/2007

cuba cari mana aku. mesti tak nampak kan! pandai pandai lah korang yawwwww! hahaha..
siapa cakap PLKN tak best tu. tu tipu semata mata. PLKN is the best moment ever! mula mula je rasa nak balik. bila dah last last disuruh balik, memang sampai tak nak balik. namoak tak macam mana bestnya. hewhewhew


okay. till then. jari dah lenguh sebab menari lama atas keyboard. ehehehehe..jumpa di next entry yaww!




terima kasih sudi baca ^^



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...