sticky post

lagu yang dimainkan di blog ini adalah lagu favourite writer tika writer dalam kegembiraan dan juga kesedihan. sesiapa yang tak senang mendengarnya, sila slow/ mute kan speaker anda. terima kasih.

scroll down for new post :)

20121014

pandangan bertaut kembali setelah bertahun lamanya hilang!

assalamualaikum^^

niat diri dengan mambawa laptop dan kertas kertas yang diconteng untuk meneruskan thesis yang dah seminggu tak disentuh. buka laptop, nampak google chrome *em tengok tuiter jap lah* lepas dah check, *em tengok facebook jap lah* dah siap berkomen komen dengan peminat *mampus situ* terus lah otak tiba tiba teringat dengan kisah yang berlaku petang tadi.....................*terbayang* oh so sweetttt..

alkisahhhhhh

em macam ni..teman la mak pegi kedai. hantar adik pergi gunting rambut sekali. lepastu sementara tunggu adik, mak kata nak pergi kedai dulu beli barang dapur sikit. sebelum tu pergi tuang minyak dekat petronas. *detail sungguh kau jah* then teruslah menuju ke supermarket berdekatan. mak tunggu dalam kereta. so terkedek kedek la aku keseorangan mencari barang barang dapur kat supermarket tu.

 first yang aku amek tepung gandum. lepas ambil, aku terus la keluar dari lorong tepung tu. masa nak keluar dari lorong tu, uish lagi sikit nak bertembung dengan sorang mamat ni. nak terjatuh tepung aku. bila berpaling ke wajah dia, oh my crushhhhhh! muka dia pun agak terkejut tengok aku. masing masing speechless..hanya merenung wajah masing masing. dan akhirnya bertukar senyuman.aku terus ke kaunter.

dalam hati berdegup kencang. mana tak nya jumpa balik crush dulu. Mr S.. dulu masa diploma mesej non stop. dengan ber ym, dengan ber friendster. ahh teringat semua memory. dengan kejutan raya. tiba tiba crush call cakap nak datang rumah. berpeluh jugak masa tu sbb nervous. kihkihkih..

masa tengah bayar tu aku nampak yang dia juga sedang perhatikan aku untuk memastikan betul ke tak tu aku. aku siap berlakon buat buat tak nampak. bukan sebab sombong, tapi segan..hampir 4 tahun lost contact macam tu je. pertemuan tak dijangka kami diatur kembali. masa aku masih dikaunter, dia makin hampir dengan aku sebab nak amik air dalam fridge belakang aku. dengan amek pulangan baki dari cashier, aku pun keluar dari supermarket tu.

bila sampai je rumah, teringat pertemuan tadi..dalam hati, marah pada diri sendiri. marah kenapa? marah sebab kenapaaaaaa lah tak tegur je tadi. menyesal! haish..kalau tak mesti dah bertukar number telefon. kan Mr S kan! si hensem crush aku dari sekolah! haihhhh..lepas rasa menyesal tu, pergi kedapur konon nak luahkan dekat mak. nak tahu mak jawab apa? mak kata "kenapa tak tegur je, kau pun satu" haihhhh bertambah penyesalan tadi.

takpe..rumah tak sekangkang kera sebenarnya..jalan kaki pun sampai. tapi disebabkan 4tahun lamanya tak contact, tetiba rasa janggal tu muncul antara kami. my friend cakap, kalau ada jodoh,mesti jumpa lagi. tak kira lah jodoh untuk berkawan or jodoh untuk lain. sebab dunia ni kecil sahaja. dan my friend siap pesan, jangan lupa senyum dan tegur bila jumpa balik. yes! i'll do!

tadi pertemuan kita ditentukan oleh Allah. kalau Allah nak temukan lagi, insyaAllah kita jumpa kembali ye ;). i really miss that moment time kita berhubung 4 tahun lalu. kita jadi kawan rapat kan time tu. ingat tak? sweet nyaaaaa :')

sekian luahan....



terima kasih sudi baca ;)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...