sticky post

lagu yang dimainkan di blog ini adalah lagu favourite writer tika writer dalam kegembiraan dan juga kesedihan. sesiapa yang tak senang mendengarnya, sila slow/ mute kan speaker anda. terima kasih.

scroll down for new post :)

20120829

matang ke tidak lagi?

Assalamualaikum^^

dikeheningan malam jari masih lancar menari gangnam style di atas keyboard. idea baru datang. haihh idea, memalam ni kau barulah nak datang. time aku duduk syiok mengadap mara clara taknak pulak kau datang. heh.


kematangan penting dalam diri. kalau tak, macam mana nak kahwin? ye tak? *dalam banyak banyak, kahwin jugak kau pikir? meh la aku bagitahu sikit kalau tak matang lagi macam mana.


anda tidak matang lagi sekiranya :

1) anda sanggup menghabiskan top up untuk berbual dengan kekasih hati sedangkan duit tu dari mak atau abah untuk buat beli atau belanja benda benda yang berfaedah. ni tak, kau dok habiskan dengar suara manja boyfriend/girlfriend kau. isk isk isk.



2) anda dok tunggu kekasih pujaan hati jiwa dan raga lintas depan kau walaupun masa tu hujan lebat. habis basah pon dalam hati kau kata tak apa. oh sweet nya kau. tapi bila kau nak ngadap tuhan? hujan pun kau jadikan alasan tak boleh nak pergi solat jumaat. tolong fikirkan.


3) anda memarahi adik bila adik ganggu kerja sedikit. kadang bukan setakat marah, siap kau maki hamun, menampar, pukul. masa tu lah tangan kau nak ringan kan. sebaliknya bila dengan girlfriend/boyfriend kau sanggup tahan tangan yang ringan tadi, malah kau sanggup menadah telinga bila kene maki hamun dengan girlfriend/boyfriend. fuhhh. malang sungguh.


4) anda dok terkenang wajah kekasih. padahal baru je 5 minit tak jumpa. wajah mak abah yang berbulan tak jumpa tu, takde pulak kau nak ingat. ha macam mana tu?


5) baca novel beratus ratus muka surat dalam sehari. baca Al Quran? tolong fikirkan lagi sekali.


6) semerbak harum mewangi kalau nak jumpa kekasih hati yang belum tentu jodohnya. sembur segelen minyak wangi kat badan sampaikan orang lalu sebelah pon nak terbersin. cuba kalau jumpa kekasih yang kekal abadi (Allah Taala). kadang pakai singlet je. kadang tu tak mandi bacin bacin pon boleh solat.


7) lebih banyak ucap i love u/ i miss u dari ucap kalimah kalimah memuji Tuhan yang Maha Esa.



Jadi perlulah sekiranya berfikir sejenak bahawa anda dah matang ke belum sebenarnya. peringatan untuk diri ini juga, marilah muhasabah diri. ingat, cinta abadi dan cinta hakiki itu hanya cinta Allah S.W.T. sekian.


p/s hanya pandangan writer. mohon maaf jika salah/terasa. tiada kene mengena dengan hidup atau yang meninggal dunia. sekadar peringatan. terima kasih.



terima kasih sudi baca ^^




2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...