sticky post

lagu yang dimainkan di blog ini adalah lagu favourite writer tika writer dalam kegembiraan dan juga kesedihan. sesiapa yang tak senang mendengarnya, sila slow/ mute kan speaker anda. terima kasih.

scroll down for new post :)

20120430

Hanya untuk suamimu

Assalamualaikum^^



ppssttttttt..ppsssttttt(selagi tak puas hati)..ppssstttttt(selagi orang tak bersin)..ppsstttttttttttttttttttttttttt(selagi orang  dekat sebelah tak pengsan).. *pssstttt means adegan tgh spray minyak wangi. saja highlight sebab tahu tak semua faham -_-"


ha macam tu lah kan kalau orang yang suka pakai minyak wangi. lumrah perempuan suka cantik cantik, suka wangi wangi. kalau seorang perempuan melintas di hadapan kita, haruman dia tak hilang walaupun dah 10 tapak dia meninggalkan kita. dalam hati mesti memuji muji bau haruman tu kan lepastu tertanya tanya jenama apa yang perempuan tu pakai. kan kan? eh tak? aku lettewwww..LOL


kita yang perempuan dah macam tu, kalau kaum adam yang bau wangian macam tu agak agak macam mana? mestilah confirm confirm lah (nampak tak banyak 'lah' kat situ) suka lepastu siap tertoleh toleh nak tengok gerangan wanita yang berbau harum tu.


kalau benda atau situasi macam ni berlaku, maknanya berdosalah wanita itu kerana telah menarik minat (atau nafsu) kaum Adam terhadapnya.


Allah juga sukakan kecantikan dan menggalakkan umatnya berwangi wangian, berhias untuk kelihatan cantik bila melakukan ibadah. tapi yang bersesuaian. Dalam surah Al-A'raaf, ayat yang ke-31 ada menyatakan bahawa :



"Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadah (atau mengerjakan solat), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas."

Dan juga kene ingat perhiasan kaum wanita hanya terhad pada golongan tertentu sahaja. betul....tak tipu...

ada surah yang boleh buktikan, surah An-Nuur, ayat 31 yang bermaksud bahawa :


"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

banyak jugak riwayat dan sabda yang melarang wanita memakai wangi wangian.

"Seorang wanita yang memakai bau-bauan dan melintasi satu kaum (orang banyak) maka dia itu adalah perempuan zina" (Abu Dawud, Tirmidzi)

Nabi s.a.w bersabda "Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima solatnya sehingga ia mandi dahulu (membersihkan dirinya dari wangi-wangian tersebut)." (Sahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)

Abu Hurairah menceritakan bahawa dia pernah bertemu dengan seorang wanita sedang pulang daripada masjid dan ia berbau wangiannya, lalu beliau menegur "Wahai hamba Allah, apakah kamu pulang dari masjid. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa Allah s.w.t tidak akan menerima solat wanita yang memakai bau-bauan ke masjid sehingga dia pulang dan mandi......" (Abu Daud, An-Nasaie, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)

Abu Musa meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda, "Setiap mata itu berzina (apabila memandang dengan nafsu wanita yang asing). Dan seorang wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melalui sesuatu majlis, maka ia adalah demikian, demikian...(penzina)" (Riwayat Tirmidzi)

Jelaskan hadis kat atas tu menyatakan bahawa wanita dilarang/haram memakai wangi wangian ketika keluar dari rumah dan juga berhias berlebih lebihan kecuali bukan untuk suaminya. kalau takut sangat bau badan, banyak dah deadorant yang jual kat kedai kedai tu. tu lah pelindung bau badan.

entry ni tak bermaksud nak siapa siapa. tapi sekadar nak mengingatkan. untuk kebaikan kita sebagai Islam juga :)

dan kesempatan ni kan, nak ucapkan tahniah pada cik dah kita sebab nak melakukan satu perubahan yang pada aku la kan, perubahan yang sangat besar. Alhamdullillahh :) nak ikut boleh?


wahai wanita, kecantikkanmu dan kewangianmu hanyalah untuk suamimu



terima kasih sudi baca^^


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...