sticky post

lagu yang dimainkan di blog ini adalah lagu favourite writer tika writer dalam kegembiraan dan juga kesedihan. sesiapa yang tak senang mendengarnya, sila slow/ mute kan speaker anda. terima kasih.

scroll down for new post :)

20120505

Faqir.

Assalamualaikum^^
apa yang terlintas kat otak korang kalau cakap pasal fakir? mesti terus terfikir pasal duit kan? tapi sebenarnya tak. fakir duit memang ya. tapi ada lagi fakir lain yang betul betul fakir. aku terjumpa satu blog menceritakan tentang fakir yang sebenar dalam dunia. so aku nak share. kadang kadang baca ada yang aku tersentap. kahkahkah..padan muka aku~

Kesempitan yang direka-reka oleh lemahnya keimanan
Walaupun sedikit sahaja pesanannya, tetapi pesanan Dr Ala’ itu benar-benar mengetuk jiwa saya.
Contoh paling dekat kita boleh petik adalah tidak cemerlang dalam peperiksaan. Sudah berusaha bersungguh-sungguh, tetapi gagal. Bila gagal itu, kita rasa dunia telah gelap. Rasa tidak bermaknanya kehidupan.
Contoh lain, putus cinta. Bila cinta putus, rasa dunia seperti hendak kiamat. Rasa semuanya tidak lagi punya makna untuk diteruskan. Benda-benda lain seakan tidak lagi punya harganya.
Contoh lain adalah kematian orang yang tersayang. Kita rasa seperti hidup ini sudah tidak boleh berjalan. Kita rasa semua tidak lagi bermakna dan hilang harganya.
Dan tidak kurang ramainya yang membunuh diri akibat kekecewaan dalam hal-hal demikian.
Itulah dia Faqir yang Dr Ala’ nyatakan.
Ya. Faqir.
Ujian Allah beri sedikit sahaja sebenarnya. Dan kita tidak tahu apa yang Allah kehendaki daripada kita sebenarnya. Tetapi sepatutnya kita amat arif Allah itu hanya mahu yang baik-baik sahaja kepada hambaNya. Namun oleh kerana dunia itu kita letak besar dalam hati kita, maka bila kehilangan sesuatu, kita pun hilangkan segala-galanya.
Sedangkan, selain perkara yang kita hilangi itu, rahmat Allah tetap wujud dengan wujudnya perkara lain di dalam kehidupan kita. Sekurang-kurangnya, kita masih hidup, diberikan peluang meneruskan kehidupan. Diberikan peluang berusaha. Diberikan peluang untuk mencuba.
Namun kita sempitkan dunia kita dengan keimanan kita yang lemah.
Kita akhiri segala-galanya. Menyebabkan kita menjadi Faqir, tidak punya apa-apa di sisi Allah pada akhirat kelak.

ha kan? so macam mana? sebenarnya apa yang terjadi pada kita, semua ada cerita di sebaliknya. bukan saja2 Allah nak bagi macam tu kat kita. fikir positif. tu yang penting :)



terima kasih sudi baca^^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...