Assalamualaikum.
Satu lagi nyawa telah diambil olehNya. Nenek saudaraku. Moga Allah mencucuri rahmat keatasnya. :(
Syukur sangat sangat ke hadrat Ilahi juga kerana mengurniakan aku pengalaman baru. mungkin ini bukan pengalaman pertama untuk korang. tapi ini serius pengalaman baru untuk aku.
mak : jom teman mak mandikan jenazah nenek
aku : eerrrrr
mak : jom! kesian nenek.
aku : *gulp
mak : selawat banyak banyak
aku : *menuruti tanpa bantahan.
*gulp* bukan bermakna aku taknak. tapi aku sedikit takut dengan pengalaman ni. memandikan jenazah. bila aku fikir balik, bila lagi aku nk belajar cara mandikan jenazah kalau bukan sekarang. peluang dah ada depan mata. esok lusa kita juga yang menghadapi situasi tu. betul tak?
dengan kekuatan dari diri aku sendiri. Alhamdullilah :) semuanya selesai dengan mudahnya. selawat dan Al-fatihah bermain di bibirku tatkala sedang memandikan jenazah.
lepas ni kalau pergi rumah uncle, mesti teringat nenek. rindu!
AL-FATIHAH~
terima kasih sudi baca^^
No comments:
Post a Comment