sticky post

lagu yang dimainkan di blog ini adalah lagu favourite writer tika writer dalam kegembiraan dan juga kesedihan. sesiapa yang tak senang mendengarnya, sila slow/ mute kan speaker anda. terima kasih.

scroll down for new post :)

20120301

Debaran Kematian.

Assalamualaikum,

siaran Al- Hidayah di tv3 menyentap hati aku. sesungguhnya aku tak bersedia menghadapi kematian lagi :'(. Ya Allah ampunkanlah dosa aku dan dosa kedua orang tuaku, dosa adik beradikku, dosa sahabat sahabat ku dan dosa kaum muslimin dan muslimat di dunia ini. sebak pilu menyelubungi diri.

selalu kita tertanya tanya, kenapa Allah merahsiakan kematian pada kita. sebab pada kita kalau kita tahu kematian kita, kita akan sentiasa berbuat ibadah sampai tarikh kita mati. tu fikiran yang salah sama sekali.

bila aku tangok Al Hidayah tadi, aku sedar akan hikmah Allah merahsiakan kematian.


1) Tidak melakukan kejahatan.


bila kita tak tahu akan hari kematian kita. kita akan merasa sentiasa takut dan sentiasa melakukan kebaikan. cuba kalau kita tahu tarikh kematian kita, mula mula mesti kita enjoy, kita lupakan dia yang Maha Berkuasa sebab nak dekat hari kematian baru kita nak bertaubat. sebab kita dah sedia tahu Allah maha pengampun dan Maha Penyayang.


2) Berlumba lumba melakukan kebaikan.


bila kita cintakan kematian kita akan melakukan persiapan sebelum hari kematian. kerana cintakan Allah kita bersiap sedia untuk bertemu Kekasih hati kita yang sebenar. kita dah sedia tahu amal kebaikan lah yang membantu kita di alam selepas alam dunia ini. bila kematian dirahsiakan, setiap manusia akan berlumba lumba melakukan ibadah kerana mungkin esok lusa ajal kita sampai.


dan tersentuh juga aku terbaca ayat dari salah seorang sahabat aku...

"Dari terlalu obses memikirkan jodoh, renung-renungkanlah juga kematian. Nakkan jodoh yang baik, bekalan untuk akhirat juga mesti yang terbaik. Selain jodoh, ajal rahsia Allah juga. :)"


betul tu syafa.......



renung renungkan lah..ajal bila bila boleh menjemput..






terima kasih sudi baca ^^





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...