sticky post

lagu yang dimainkan di blog ini adalah lagu favourite writer tika writer dalam kegembiraan dan juga kesedihan. sesiapa yang tak senang mendengarnya, sila slow/ mute kan speaker anda. terima kasih.

scroll down for new post :)

20120603

Lagi sekali terusik hati wanita

Assalamualaikum.

lama dah aku tak hapdate blog ni rasanya. hati wanita aku malas nak tengok blog ni lagi. mengenangkan benda yang lama tu amat perit dalam hidup. ya aku perempuan lemah. ya aku ada rasa hasad dengki. ya aku pernah rasa sedih. ya aku bergelak ketawa bersama rakan- rakan. ya aku marah. ya aku bosan. ya semua tu ya. sebab aku seorang manusia.

nak kesal dengan kehidupan pun tak guna. sebab tu jalan yang aku pilih dulu. tapi Alhamdullillah semua dah kembali pulih dan aku dipelihara olehNya. susah nak menghadapi hidup tanpa keceriaan..kengkadang kita dah rasa okay. tapi ada je dugaan yang datang. ya dugaan mesti akan datang. kalau tak takkan dipanggil kehidupan. ye tak?

aku perlukan kawan dalam hidup. untuk aku gembira. untuk aku berkongsi. untuk aku ceria. untuk aku berborak. dan yang penting untuk aku bergaduh manja. manja ke? kadang tak jugak. ada yang gaduh menyakitkan hati. tapi tu lah lumrah bila kita berkawan. give and take tu penting. tapi aku sangat bahagia memperoleh kawan kawan yang memahami aku. kalau aku ada salah, mohon diampunin ya pakkk  ;) dan terima kasih kerana hadir dalam hidup aku.

yang penting, janganlah buat orang sakit hati. memang kadang kadang kita tak perasan. kalau yang tak perasan tu takpe. tapi yang perasan atau sengaja buat orang sakit hati? macam mana? bahaya kalau buat manusia sakit hati. sangat bahaya sebab kita tak kenal hati setiap orang macam mana. betul? pada kita biasa. pada kita gurau. pada orang yang terkena tu? mungkin dia akan menangis. mungkin dia akan terjatuh. mungkin dia akan memendam. dan pendaman itu mungkin akan jadi dendam.

diam tak diam umur dah 23tahun. dah tua. makin lama makin tua. so makin lama kene banyak gunakan akal dari hati. ikut hati confirm mati. ha keluar pantun dua kerat kau. haha. pandanglah kedepan nadia, pandanglah kedepan kawan kawan. janganlah pandang belakang lagi. semua tu dah berlalu. nak dikejar/diulang balik pun takkan dapat sampai kiamat. apa yang kita pandang kedepan tu, tulah yang kita dapat. *padahal motivate diri sendiri..oh well, nak kaverrrrrr..

hati oh hati. silalah tenang. sila bebaskan diri awak dari apa pun. sila sila sila. kalau aku dapat keluarkan hati ni, lama aku dah keluarkan. cuci siap siap bagi bersih licin. tapi tak mampu dek kederat seorang manusia. manusia yang kerdil di mata Allah. so jangan berlagak/takbur dibumi Allah. sebab kalau dia nak ambil kita, dia ambil je. takde sign sign dah waktu tu. takde dahhhhhh. takdeeeee.tak takut? hoi manusia hape kau nih?

hidup ohhh kehidupannnn..#eh

so jalanilah kehidupan bersama keluarga dengan kawan kawan yg chillllll~ aku sayang kawan kawan aku. sebab mereka hari hari bibir aku dihiasi dengan senyuman dan gelak ngilaian aku...kahkahkah


Adios



terima kasih sudi baca^^

1 comment:

  1. jangan kenang kisah yang lalu..pandang ke depan..kisah dulu tu, yg baik ambil ikhtibar..yg buruk lupa2 kan je..jangan kesal dgn ape yg da berlaku..it is part of from ur life..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...