sticky post

lagu yang dimainkan di blog ini adalah lagu favourite writer tika writer dalam kegembiraan dan juga kesedihan. sesiapa yang tak senang mendengarnya, sila slow/ mute kan speaker anda. terima kasih.

scroll down for new post :)

20120126

kronologi rambut

assalamualaikum ^^


tengok orang rambut panjang. jeles -_-" sebab teringat rambut panjang dulu. haih. tapi nak buat macam mana. dah takdir macam tu. yela kalau kau tak nak. takkan takdir tu datang. kan. ok fine~



1989 - 2006
rambut panjang mengurai jahh. panjang sampai ke lutut. tipu? seriously tak tipu. kenapa boleh panjang sampai macam tu? sebab dari mula memang tak potong. kalau potong pon sikit je. yang bawah bawah tu sebab nak ratakan bg kemas. tu je. dulu masa zaman jahilliyah, free hair kan. pergi mana mana mesti orang tegur pasal rambut. lagi lagi kalau orang india. memang tak sah kalau dia tak tegur. pada diorang cantik kalau anak dara rambut panjang macam tu. siap bagi suggestion lagi guna minyak kelapa la, jangan ikat la. so aku ikut kata hati je masa tu. masa tu mak aku rajin jugak bawak aku pergi saloon buat rawatan. kalau pergi cuci kan. rambut aku palaing mahal. sebab bila bilas rambut aku, macam bilas kain. panjang and sangat lebat. gheti? aku ingat lagi satu kedai je yang boleh terima rambut aku. kedai lain tak sanggup. sebab diorang kata susah ank cuci. sadis kan?




2007
okay masa ni lah berakhirnya rambut aku. nak tahu sebab apa? masa ni dapat tawaran PLKN. u know PLKN stands for? PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA tu haaaa. pasai tu la rambut aku kene potong. mula mula tak jangka jugak. nak tahan lagi. nak dekat sebulan kat sana. dapat cuti 3 hari sebab raya cina, rambut dah macam apa masa tu. gugur, kulit kepala seriously rosak, merah.merah. then pergi ke saloon nak buat rawatan. akhirnyaaaaaa~ apa yang orang cina tu cakap? dia kata tak ada pilihan melainkan potong sebab kalau biakan pun rambut akan jadi lebih tipis sebab kulit kepala dah rosak. so nak tak nak terpaksa merelakan. oh tidak. tuhan je yang tahu perasaan masa tu. bayangkanlah dari kecik bela kasi panjang, lepas tu tiba tiba potong dalam masa 10 saat je. oh man, oh man, oh mannnnnnn~~~~




2007 - 2009
rebond, rebond and rebond... tu lah kerja aku selama 2 tahun tu. banyak kali. tak de kesedaran masa tu. ingatkan kalau buat teknik rebonding tu, rambut makin cantik, sihat.. rupanya tidak. makin rosak. oh aku tertipu. sebenarnya kejadian tuhan lagi sempurna~ tak payah la nak ubah ubah okay. tuhan nak jadikan terbaik untuk kita. rambut asli lagi elok dari rambut rebond.




2009 till now
kekalkan rambut asli. alhamdullilah..bila tak amalkan rebond, rambut dah tak segugur macam rebond dulu. kalau tak macam orang sakit lukemia tu ha. betul tak eja. ahhhh korang faham faham sendiri. heeee. cuma sekarang potong yang bawah bawah untuk menghabiskn sisa sisa rebond yang masih ada. rambut pun makin lebat. suka suka suka :) biarlah tak secantik macam rebond dulu asalkan sihat. kan kan? hehehehhe... and alhamdullillah bertudung sekarang....tu yang penting ^_^




haaaaaa...dah tak payah nak jeles jeles tengok rambut orang panjang. kau dah tak ada ! redha je lahhhhhhh

tu lah serba sedikit kronologi rambut..hikhikhik





terima kasih sudi baca ^^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...