sticky post

lagu yang dimainkan di blog ini adalah lagu favourite writer tika writer dalam kegembiraan dan juga kesedihan. sesiapa yang tak senang mendengarnya, sila slow/ mute kan speaker anda. terima kasih.

scroll down for new post :)

20110427

PELENGKAP SOLAT

kita sedar kita semua adalah makhluk tuhan sekerdil kerdilnya di muka bumi ini. solat adalah tiang untuk menegakkan dan meneguhkan agama kita yang mula goyah dari hari ke hari.


menghadap ALLAH yang maha esa ketika solat ibarat kita berbual dan mengadu nasib denganNYA ketika berdoa. kadang kadang ketika kita bersolat,ada sahaja gangguan yang mengganggu fikiran kita menybabkan kekusyukkan kita menghadap ALLAH hilang seketika. amatlah sedih.


salah satu cara untuk kusyuk dalam solat adalah kita faham setiap makna makna kalimah yang kita ucapkan ketika solat. lebih lebih lagi surah AL-FATIHAH.


dengan ini,saya ingin kongsikan terjemahan setiap ayat-ayat dalam surah AL-FATIHAH. marilah sama sama kita memperbaiki solat kita. INSYAALLAH....



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


ayat pertama:
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.


ayat kedua:
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


ayat ketiga:
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).


ayat keempat:
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.


ayat kelima:
Tunjukilah kami jalan yang lurus.


ayat keenam:
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.




SELAMAT BERAMAL :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...