sticky post

lagu yang dimainkan di blog ini adalah lagu favourite writer tika writer dalam kegembiraan dan juga kesedihan. sesiapa yang tak senang mendengarnya, sila slow/ mute kan speaker anda. terima kasih.

scroll down for new post :)

20120926

Hilang sudah masa itu.

Assalamualaikum^^

hello readers (eh ade ke?)..oh hye blog. sudah lama kiranya diri ini tak menjenguk blog. aku letih. sobs. aku penat. sobs. balik balik dah lepak. satu keje pon tak boleh nak buat. hampeh betul masa aku sekarang. kalau keje betul betul macam mana lah kan.kalau ade suami, ade anak..memang mati kebulur lah gaknya mereka tu. tak senonoh.

dah hampir 3 minggu di alam realiti. baru kau tahu macam mana suka DUKA kan? haaaaa..dulu kalau tengok tv berangan nak kerja dalam aircond, berangan nak kerja duduk mengadap komputer sampai keras punggung. kan? sekarang? hambek kau. mana masa lepak lepak? mana masa yang tangguh tangguh buat kerja? mana? takde dah kan. dushhhh! *tumbuk diri sendiri sebab tak boleh nak manjakan diri lagi*

sekarang arahan kene ikut, masa macam dah di tetapkan. kerja buat kene on time. sebab kalau nak sambung buat besok, tak ke keje untuk besok dah jadi bertambah? gosshhhhhhh. serius tak suka! tapi takpe, bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. kenal lah kau dengan kerja puas puas. dan alah bisa tegar biasa. dah lama lama biasalah kan. cuma nak biasakan tu amatlah susah. dussshhhhhh *lagi*

hmmm nasiblah semua officemate baik baik belaka. akak akak semuanya. peramah semuanya. cuma ada bataslah aku nak bergurau. yela kan. kalau dengan kengkawan kelas, main seloroh je aku bercakap. kalau kat tempat kerja pon aku nak hentam macam dekat kelas/dengan kawan kawan, memang tak dapat la jeppppp hoiiii~ elak muka kene baling je la dengan fail fail yang berlambak dekat office tu. kuikuikuikui..

dulu masa kelas boleh balik awal. kalau kelas habis pukul 10, 9.30 je masing masing dah tak sedap nak duduk kan? kalau habis kol 9, masing masing dah yeayyyyy! sekarang hade ke nak yeay lagi? boleh ke bos cepatkan masa suruh balik? takde kan..selagi tak pukul 5/5.30 takdenye nak bangun dari kerusi. betul tak? masa disiapkan dengan siapkan kerja sbb taknak tertangguh esok. sedihnyaaaa.*sambil diiringi music kenny G* tapi itulah realiti. nak tak nak kita kene lalui. arrgghhhh!

hilang sudah kan masa masa ketika student dulu. bukan student?! ye ye student lagi. i mean macam kat kelas, kat kolej, kat rumah sewa. masa masa tu dah takde. T_T sedih hoi. saat saat ni terkenang bila kerja tengah berlambak/tengah boring dalam office. masa tu lah baru nak hargai semuanya. seriously. tak percaya tanya kawan kawan saya. haaaa..hati depa sama dgn hati saya. doakan kejayaan bersama ye!

semoga semuanya berjalan lancar sehingga aku mengenggam segulung ijazah lagi sekali..selamat berjaya semua. selamat berjaya rakan rakan seperjuangan! i really miss u guys!


muahhhhh XOXO




terima kasih sudi baca^^

20120917

ROBERTA FLACK killing me softly

kenapalahhhh lagu ni menjadi pilihan dahku di saat ini. tapi serius enjoy dgr lagu ni. tenanggggg je jiwa dahku dengar music dia.. killing me softly babe!






Strumming my pain with his fingers
singing my life with his words
killing me softly with his song
killing me softly with his song
telling my whole life with his words
killing me softly with his song

I heard he sang a good song, I heard he had a style
And so I came to see him to listen for a while
And there he was this young boy, a stranger to my eyes

I felt all flushed with fever, embarrassed by the crowd
I felt he found my letters and read each one out loud
I prayed that he would finish but he just kept right on

He sang as if he knew me in all my dark despair
and then he looked right through me as if I wasn't there
But he just came to singing, singing clear and strong

:')


*p/s  kalau nak nyanyi/karaoke di sini, sila pause kan kenny G di bawah. menggangu. terima kasih.

20120910

hari ini bermulanya episod baru. Internship. Day 1.

Assalamualaikum..




nampak tarikh kat atas tu? *lepas dok cop invoice, sempat pulak aku cop buku note aku ni. kihkihkihkih. nampak tak keboringan di situ? boring sampai lebih 10kali menguap. *my friend alan suruh mention. 


okay, harini, bertarikhkan tarikh di atas, bermulalah kehidupan as a practical student *kegedikan ayam*. oh oh ohhhh. penat! penat bukan sebab penat kerja, penat sebab tadi satu hari aku diam. diam seribu bahasa. agaknya kalau budak budak kelas aku tengok aku tadi. mati hidup balik pun dia tak percaya tu aku. okay fine -_-"

semalam dengan niat nak tidur awal. pukul 10 dah naik bilik. pukul 11 nekad nak tidur. tapi tak boleh tidur. okay takpe. bagi muka lagi dekat mata. biarkan dia nak terbuka. buat buat kemas bilik lepastu borak borak dengan adik. pukul 12 nekad dengan kedua kalinya nak tidur. tak boleh tidur juga. okay fineeeee~. lantak lah mata ni terbuka sampai pukul 1. sobs sobs T_T. tapi tah macam mana tiba tiba dengar alarm. hoihhhh! bila masa tidur pun tak tahu. mata dah macam ada batu bata. bila ngadu dekat mak, mak jawab. tu lah biasakan lagi tidur lambat =,='

tepat jam 8am. terpacaklah aku depan bangunan PTP. perut macam ada rama rama, lutut goyang. masuk je building tu jumpa receptionist. ku sangka amoi, tapi tidak. melayu kita. putih kemainnnnn~ oh praktikal ye? boleh saya mintak ic? nanti saya bagi awak pass masuk. *bagi ic* miss sila tunggu sebentar ye... sambil bosan dok menunggu tu. sempatlah tangan yang gatal ni snap picture. 


laluan masuk. semua pintu masuk nak berscan. surau pun. nasib toilet tak. sigh..


tunggu amoi tu panggil. saje nak nampakkan yang colour purple tu sebab UiTM sentiasa di hatiku :') hewhewhew

bila naik je level 1, jumpa HR..oh kemain baik lagi dia. lembut. terasa dimanjakan saat itu. briefing 5 minit. and then dia terus hantar ke department saya. department finance.

yang sweetnya tadi, my classmates mesej. *tak perlu mention siapa. bertubi tubi mesej masok. pada waktu yang lebih kurang sama. memasing bagitahu dan tanya perihal masing masing. sweetkan mereka? ohh rindunyaaaa mereka. :') GOOD LUCK everyone!




inilah dia department finance. 1 level khas untuk finance sahaja. inilah ruangannya. *ni pun curi curi snap, malu kalau orang tengok. nanti tak pasal orang cakap jakun. tapi dia tak tahu aku ni kaki blogging. kihkihkih




alu diletakkan disini. ini mejaku untuk hari ini. esok aku dipindahkan ke meja sebelah. SEBELAH SAHAJA.


tadi jarak dekat.ni jarak jauh sedikit.




muka buruk. kihkihkihkih.. kau hade? selain ic dan lesen, ini nyawa ketiga aku menggantikan kad matrik UiTM. kalau takde ni, memang satu pintu pun tak dapat masuk kecuali pintu surau. sigh -_-"



memang saje nak nampakkan colour purple tu. semua dah tahu kan sebab apa? ok dah.


diary harian yang akan ku isi luahan hatiku. eh? ni buku kerja lah!


fuhhh..tadi aku dah beri pass masuk, username and password for my own computer. tu maknanya besok bermulalah kerja. esok nadia dah boleh buat account receivable. nanti akak ajar ye? *gulp. buat je la kan. dah takde dah nak manja manja tangguh tangguhkan kerja. takde nak gedik gedik lagi nak malas malas.    hukhukhuk. ni lah realiti. nak tak nak kene bertahan selama 5 bulan. lama!

semoga semuanya baik baik sahaja. aamiin(Ya Allah, kabulkan doa kami) *post from my friend, KD..bergunakan amin u? ;p

dah pukul 10. jom tidur!




terima kasih sudi baca :)







20120908

Di Penghujungnya

Assalamualaikum...

why this song? errrmmmmm maybe i think this song and the lyrics is really suit for me...



Bila setiap tutur kata yang kita ucapkan
Lebih menyakitkan sayang
Tiada akhirnya bertengkar dalam kecewa

Mungkin perasaan cinta yang dulu dibangga
Kini sudah hilang sayang
Janganlah cuba memaksa hati yang tawar
Tak guna lagi
Engkau dan aku
Berpura pura masih bersatu
Sedangkan dua
Muka bertentangan
Suatu penyeksaan
* Tak guna lagi
  Untuk ku terus
  Berpaut janji
  Yang telah lupus
  Perjalanan kita
  Mungkin sudah tiba
  Di penghujungnya
Mungkin perasaan cinta yang dulu dibangga
Kini sudah hilang, sayangg
Janganlah cuba memaksa hati yang tawar
* Ku doakanmu dapat ketemu seorang insan yang lebih baik dariku
  Doakan aku dapat ketemu cinta yang lain untuk menemani hidup
Tak guna lagi
Engkau dan aku
Berpura pura masih bersatu
Sedangkan dua
Muka bertentangan
Suatu penyeksaan
*doakan kebahagiaan masing masing ye awak. mungkin jodoh kita sampai sini :(


20120907

tersenyum dan menangis

Assalamualaikum^^

lagi kata kata mutiara....


senyumlah kembali pada mereka yang bersedih. senyumlah walaupun hati membuku sedih. senyum adalah terapi pada setiap masalah.





terima kasih sudi baca^^

20120906

siapakah dia

Assalamualaikum...

di petang yang indah. aku duduk berteleku di jabatan gantung yang agak usang. melihat alam sekeliling. penuh kehijauan. tenang. bunyi deras air sungai yang mengalir. dingin. sejuk mata memandang. 

sedang aku meneliti keindahan alam, terhenti pandanganku di suatu sudut. seorang manusia sedang duduk memeluk kakinya. pandangan ku terus terhenti kearahnya. batu dibalingnya ke sungai satu demi satu. banyak persoalan yg sedang melanda di fikiranku. balingan batu tadi terhenti kerana tersedar dia diperhatikan olehku.

senyuman ku lemparkan padanya. senyuman dibalas dengan senyuman berserta lambaian. aku kembali memandang komputer ribaku. meneruskan apa yang aku taip seketika tadi. seketika, pandangan ku kembali ke arahnya. kakinya di labuhkan kedalam air sungai yg jernih mengalir. "ish best pulak macam tu". detik hatiku.

pandangan kembali ke komputer ribaku. sambung menaip. kerja yang aku perlukan siapkan dengan segera. "ahh malas". hatiku menjerit halus. sesekali pandanganku kembali kearahnya. dia masih ada. masih! masih dengan renungannya pada air yang mengalir deras itu. oh apakah dia fikir ketika ini. hatiku menggumam.

sedang aku khusyuk dengan kerjaku, aku dikejutkan dengan balingan batu. balingan batu dari arahnya. ya dari arahnya! aku kerutkan dahi kearahnya petanda yang aku tak faham dengan tindakannya. "nadia! aku balik dulu!". dia menjerit halus kerana melawan bunyi derasan air sungai yang mengalir. "okay okay". balasan ku. mataku mengekori langkahnya meninggalkan tempat itu.

sehingga bayangnya hilang dari pandanganku, aku terfikir sejenak! nadia? eh mana dia tahu namaku? sedangkan kami tidak pernah berjumpa apalagi berbicara. aku segera bertindak menutup komputer ribaku dengan niat ingin mengejarnya. tetapi hampa. sangkaanku meleset. langkahnya laju dari langkahku. dia hilang begitu sahaja.

siapakah dia.............................





terima kasih sudi baca^^

20120901

Dunia akhir zaman.

Assalamualaikum..

sedang kita bersuka ria, gelak ketawa dengan sahabat handai, kunyah cekodok sambil mengadap pesbuk, menonton tb sambil duduk/baring dengan pelbagai gaya, adakah kita terfikir apa yang terjadi pada dunia sekarang. oh sungguh sedih. dunia dah tua. lebih tua dari usia kita. lebih tua dari emak abah kita. lebih tua dari datuk nenek moyang kita.

Ya Allah, aku tak percaya tentang ramalan manusia. aku tak percaya tentang karut 2012,tapi aku tak boleh menolak takdir dengan kebesaran kalimah KUNFAYAKUN Mu. maka jadilah ia. semua tak tahu tentang rahsiaMu Ya Allah.

mengikut pembacaanku sebelum ni, menjelangnya tahun 2009/1430H iaitu dari 2006,2007,2008, kalimah Allah telah muncul di setiap pelusuk dunia. ini dikatakan 'alamat' dari Allah yang maha kuasa kepada semua bahawa kebangkitan semula Islam akhir zaman. tetapi sayang, amatlah sedikit yang memahami 'alamat dari Allah ini'. manjadi lumrah alam juga kepada umat yang memegang ajaran Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W diburu oleh manusia. begitulah yang kita tahu apa yang terjadi di tanah Arab kini.

apa yang dikatakan 'alamat' Allah ialah terteranya kalimah Allah dimana mana. subhanallah....mari kita lihat..


di Brunei


dari Angkasa


dan juga terdapat video yang sempat dirakam..menunjukkan kebesaran Allah yang maha Esa..Allahuakbar..






di Putrajaya, Malaysia..tempat kita..


Mengenai mesej kalimah Allah ini di angkasa Allah SWT berfirman:
Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa al-Quran itu benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu.
( Fussilat 41: 53)
sedarlah wahai kita semua.. Wallahualam..Allah know the best...


terima kasih sudi baca^^





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...